Followers

THE UNCANNY COUNTER REVIEW AND SYNOPSIS

Assalamualaikum...............
Anyeonghaseyo beautiful people. Welcome back to my blog.
Today sis nak review cerita Korea lagi ya...... Sejak cuti lockdown ni banyak spend time tengok cerita Korea kat Netflix jer gais. So untuk hari ni drama yang terpilih tersebut adalah bertajuk,
THE UNCANNY COUNTER. 


"The Uncanny Counter" adalah kisah empat sekawan yang di pertemukan untuk menghapuskan roh jahat yang berleluasa di muka bumi. 
Roh jahat ini menumpang di tubuh manusia dan memakan roh lain untuk mendapatkan kuasa yang luar biasa. Kebiasaan nya roh jahat ini akan mendampingi org yang berhati jahat dan suka berbuat jahat juga. Keempat-keempat mereka mempunyai nasib dan kisah hidup yang berbeza , 
tetapi ada satu sahaja perkara yang menyamai mereka iaitu mereka berempat pernah berada di ambang maut iaitu hampir meninggal dunia tapi telah di selamatkan oleh malaikat-malaikat yang memerlukan mereka untuk melakukan kerja-kerja menangkap roh jahat. 
Mereka berempat mempunyai kuasa yang luar biasa yang dianugerahkan oleh malaikat di Yung yang merupakan tempat persinggahan sebelum pergi ke alam lain.
Jadi setiap orang daripada mereka berempat ni mempunyai kuasa yang berbeza tetapi kuasa yang sama adalah mereka mahir seni mempertahankan diri.
Mereka bekerja sebagai penjual mee untuk menyembunyikan identiti mereka.
Jom kita berkenalan dengan watak dalam Cerita Korea ni ya gais 


Seo Mun , adalah watak yang dilakonkan oleh Jo Byung Gyu seorang pelajar yang telah kehilangan kedua ibu dan ayahnya dalam kemalangan jalanraya dimana kereta yang dipandu mereka di langgar oleh sebuah lori muatan berat. 
Seo Mun satu-satunya yang terselamat dalam kejadian tersebut , dan hanya mengalami kecacatan kekal di kakinya yang menyebabkan dia tempang.
Ibu dan ayah Seo Mun merupakan anggota polis yang pada ketika itu giat menyiasat kes-kes yang melibatkan ahli politik pada ketika itu. 
Seo Mun dapat merasakan kelainan pada dirinya apabila pada suatu hari dia mendapat kuasa luar biasa setelah salah seorang ahli The uncanny counter meninggal dunia semasa misi memburu roh jahat.
Seo Mun yang pada ketika itu sedang bersama kawannya terkejut apabila merasakan satu kuasa luar biasa masuk ke dalam tubuhnya dan rambut nya serta merta bertukar menjadi kerinting. 
Di dalam mimpinya dia bertemu dengan malaikat pelindungnya Wigen.
Wigen menerangkan seberapa sedikit berkenaan tugas penangkap roh jahat dan Seo Mun diberi pilihan untuk menerima atau pun tidak tugas tersebut.
Di dalam anggota The Uncanny Counter, Seo Mun adalah yang termuda dan terkuat walaupun sikapnya agak keras kepala dan selalu mengancam nyawa malaikat pelindungnya juga .
Ini kerana setiap apa yang dilakukan oleh Seo Mun, Wigen turut merasainya.
Seo Mun juga mampu membuka medan kawasan mereka dimana apabila mereka berada didalam medan kawasan tersebut , kuasa mereka akan bertambah.
Seo Mun amat bersedih apabila mengetahui kematian kedua ibu bapanya adalah kematian yang di rancang dan dia berjanji akan menuntut bela diatas kematian mereka berdua.
Roh ibu bapanya juga telah dimakan oleh roh jahat sejak 7 tahun yang lalu.


Ga Mo Tak , watak yang dimainkan oleh Yoo Jun Sang adalah seorang bekas pegawai polis yang turut menerima nasib yang sma seperti kedua ibu dan ayah Seo Mun.
Dia telah turut juga di arahkan untuk dibunuh oleh ahli politik namun disebabkan nasib menyebelahinya, dia cuma koma dan semasa dia koma itulah dia di datangi oleh malaikat dari Yung yang menjanjikan kehidupan kepadanya dengan menjadi penangkap roh jahat.
Gang Mo Tak juga adalah orang terakhir yang dihubungi oleh ibu bapa Seo Mun.
Semasa berada di dalam keadaan koma, Gang Mo Tak dijaga oleh kekasihnya yang juga seorang anggota Polis iaitu Kim Jeong Yeong yang dibintangi oleh Choi Yoon Young.
Setelah sedar dari koma, Ga Mo Tak tidak lagi mengenali kekasihnya. 

ak
 

 Watak Choo Mae Ok dibintangi oleh pelakon Yeom Hye Ran merupaka seorang "healer" dalam kumpulan ini. Beliau boleh menyembuhkan sebarang kecedaraan dan kecacatan.

Setelah Seo Mun menjadi sebahagian daripada anggota kumpulan ini, beliau juga telah menyembuhkan kecacatan kekal pada kaki Seo Mun. Setelah dirawat oleh Ms Choo kaki Seo Mun tidak tempang lagi dan dia dapat bergerak seperti sediakala.

Ms Choo juga pernah berada di ambang maut dimana , dia dan anaknya menemui kecelakaan bersama-sama yang mengakibatkan dia meninggal dunia manakala Ms Choo pula koma. Ms Choo berpasangan dengan anaknya yang menjadi malaikat di dunia Yung yang bekerja sebagai penyimpan rekod orang mati. Walaupun dapat berjumpa dengan anaknya sekali skala di Yung, kesedihan Ms Choo tetap terasa kerana anaknya telah meninggal dunia.


Do Ha Na adalah watak yang di bintangi oleh Kim Se Jeong. Hana adalah ahli anggota Uncanny yang boleh mengesan kedudukan roh jahat jika berada di kawasan yang terdekat. Ibarat kuasa psikik Ha Na akan mendapat imbasan dimana roh jahat tersebut berada.

Ha Na adalah seorang perahsia dan pendiam dikalangan ahli uncanny Counter. Dia lebih suka bersendiri dan tidak suka digana nggu. Seluruh keluarganya terbunuh kerana keracunan makanan. Ayah nya pada masa itu banktrup kerana ditipu oleh pakciknya sendiri. Sejak kejadiaan itu Ha Na merasa sangat bersalah kerana dia seorang sahaja yang masih hidup dikalangan ahli keluarganya.


Pelbagai rintangan telah di lalui oleh kumpulan The Uncanny counter untuk melawan roh jahat yang semakin hari semakin kuat kerana telah menelan banyak roh-roh orang mati. 

Kesimpulannya dalam drama ini walaupun ada roh yang jahat tetapi ada juga manusia yang sama jahat daripada roh jahat malah lebih daripada itu lagi. Walaupun diri tidak dirasuk sebarang roh jahat, kejahatan yang ada dalam diri tu terlalu banyak sehingga dapat melangkaui kejahatan roh jahat. 

Dengar kata siri ini ada season 2. Ada rumours juga mengatakan yang watak Seo Mun akan ditukar dengan pelakon lain kerana watak yang sedia ada mendapat tentangan dari netizen di sebabkan pelakon utama drama ini pernah membuli rakan di masa sekolah dahulu, berbanding dalam drama ini dimana dia dan rakan-rakannya dibuli oleh anak datuk bandar dan kawan-kawan

 Saya bagi 8/10 untuk drama ni ye gais . Until then have a nice day!




 

 




No comments:

Post a Comment

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!