Followers

AZAM TAHUN BARU

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people all around the globe...
Happy new year!!! 2hb Jan baru gatal nak ucap Happy new year kan.. hikhik...
Busy tak sempat nak ucap kelmarin... yela kemarin iolls cuti so tak sempat la .
iolls pergi jalan-jalan dengan adik dan sepupu shopping-shopping sikit.. ^_^
Untuk tahun ni punya azam rasa nya macam tak ada yang berubah sangat la..
Sama ja macam tahun lepas ... AZAM BARU TAHUN 2013 ...
Tak mau dah senarai lain letih hehheheee...
Apa-apa pon harap tahun yang baru ni akan lebih menggembirakan untuk kita semua.
2014 adalah tahun yang mencabar sebab untuk sekian lama nya
terpaksa hidup di perantauan setelah 5 tahun berada di kampung halaman yang indah...
Sama-sama lah kita doakan untuk kesejahteraan kita bersama ..
Sekian ... ^_^

TOTOI KENA BELASAH.

 Assalamualaikum,...
Anyeonghaseyo beautiful people ^_^
Ini kisah Sabtu lepas. Petang kejadian Totoi dok lepak-lepak dalam bilik...
Tidoq-tidoq baring-baring jilat-jilat bulu dia.

Macam ni lah rutin harian Totoi kalau tak keluaq umah..
Lena macam manusia kalau gerak pon tak bangun... 

Malam tu Totoi keluaq main.. pi bergalak ligan-ligan betina...
Lepas keluaq sat dia masuk balik dalam umah pastu dia keluaq balik...
Dalam pukul 10 , masa tu sepupu aku nak balik umah dia ...
Masa nak bukak pintu tengok Totoi dok depan pintu .. Dengan hidung dan mulut berlumuran darah.
Hampa boleh bayang kan dak perasaan aku masa tu macam mana ?
Geram kot... Masalah nya kecederaan dia tu bukan di akibatkan oleh kucing, tapi manusia!
What the hell????

Tengok muka Totoi yang comel dah serebeh macam ni ..
Whats the point nak buat kucing sampai macam ni sekali...
Dia hentuk kepala totoi di lantai atau mungkin dia guna kasut dan katuk kepala
Totoi sampai tersentuk di lantai wallahualam..
Tak tau cara mana yang dia buat...
Kita tak kisah kalau Totoi balik ke rumah luka-luka sebab bergaduh,itu normal.
Tapi kalau sampai mcm ni jadi nya bukan normal lagi...
Manusia jangan ingat kau kuat kau boleh seksa binatang yang lemah macam kucing aku.
Tunggu lah satu hari nanti biar Allah sahaja yang membalas nya ....
Sekian ... 

BYE BYE 2013

WEE... MACAM TAK PERCAYA KAN ESOK DAH NEW YEAR ...
SEMUA DAH ADA AZAM MASING-MASING KE ?
LIEYA RASA BANYAK AZAM YANG TAHUN LEPAS TU TAK TERCAPAI LAGI.
SO MAYBE AZAM-AZAM TAHUN LEPAS TU AKAN DI CARRY FORWARD KE
TAHUN 2014 LAH PULAK KAN..
SO MALAM NI LAH AKAN SENARAI AZAM TU ...
TUNGGUUUUUUUU...

CASH OUT NUFFNANG UNTUK PERTAMA KALI NYA

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people...
Yay! Hari ni Lieya dah cash out Nuffnang !
Macam tak percaya ja kan ... dulu masa mula-mula daftar Nuffnang
serius tak terfikir duit tu akan jadi banyak dan boleh cash out.
Tapi alhamdulillah akhirnya berjaya cash out untuk pertama kali nya...


Actually Liya start blog ni sejak tahun May 2011 lagi..
Masa tu tulis belog untuk suka-suka saja tak pernah terpikir nak aktif pon.
Tulis luahan perasaan .. macam org tak betul. pastu terus tak tulis.
bulan Oct 2012 buka ja blog tengok walaupon tulis benda yang entah apa-apa
ada pulak yang view so why not tulis benda berguna dan share
dengan semua kan... Di situ lah bermula nya aku mula aktif.
Aku padam buang semua luahan hati yang ntah apa-apa ntah tu 
dan mula tulis benda yang berguna

Walaupon dah aktif dan menulis benda yang berguna ,
still lagi masih dalam fasa menulis syok seniri..
Yela tulis-tulis orang ada yang datang baca tapi tak da yang komen .
Ada la yang komen tapi berapa orang lah sangat...
Nuffnang pon xnaik-naik dok kupang-kupang macam tu ja kan...
Pastu mula lah rasa macam down dan malas nak tls.
Tapi walaupon musim menulis ni pasang surut still jugak aku tls ..
Bila mula dapat CPUV pada bulan July 2013 bertambah semangat aku menulis.
Sampai lah ke hari ni semangat aku masih berkobar-kobar.

Di kesempatan ini Liya nak ucap kan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan blogger yang sudi datang membaca, mengomen dan menabung kat
belog Liya ... hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian...
InsyaAllah di masa akan datang , Liya akan meningkatkan lagi mutu
penulisan dan pengisian di dalam belog ini....

Love u all.... bye !_!


JINDO SEA PARTING FESTIVAL

Assalamualaikum...
Anyoenghaseyo beautiful people ....
Hari ni masa search kat internet ada terjumpa pasal satu cerita tentang laut terbelah di Korea.
Tak ingat dah sumber dari mana aku baca sebab masa nak tekan tu dia macam tak loading so
aku pon dengan inisiatif sendiri terus cari kat internet dan jumpa...
Peristiwa laut terbelah ini bukan nya berlaku sekali sahaja malahan setiap tahun .

source : National Geographic

Setiap tahun beribu orang dari dalam dan luar negara akan datang ke sini untuk menyaksikan
dan mengalami sendiri keajaiban ini...
Fenomena ini terjadi disebab kan perbezaan pasang surut air yang membentuk
satu ruangan sempit sepanjang lebih kurang 2.8 km dan 40m ke 60m lebar
membolehkan pengunjung berjalan ke Pulau Modo dari Pesisiran pantai Jindo.

source : www.amusingplanet.com


Fenomena ini pertama kali di lihat oleh seorang duta dari negara Peranchis pada tahun 1975.
Beliau sangat teruja dengan fenomena ajaib ini dan menggelar kan nya sebagai,
" Keajaiban Nabi Musa Di Korea" .
Berita tentang ini telah di tulis di dada akhbar Peranchis dan menyebabkan ianya
tersebar ke seluruh pelusuk dunia..


Fenomena ini berlaku 2 hingga 3 kali setahun di antara bulan March hingga June.
Pelancong dapat menikmati keajaiban ini dengan berjalan kaki ke pulau Modo ,
manakala rakyat tempatan pula mengambil peluang ini untuk mencari hasil lautan seperti kepah .



Pandangan udara . nampak macam semut ja kan ... ^_^ 

source : www.departful.com

Ahjumma tengah dok mengorek mencari haiwan laut yang bersembunyi kat bawah tanah..
Wee memang best la kan kalo dapat korek-korek dan masak fresh-fresh..
source : korean tourism site
Comel kan banner dia untuk tahun 2013 punya ni kan... ^_^
So kalau ada yang nak pegi boleh ikut direction kat bawah ni..
Ni pun aku copy dari website Korean Tourism

From Seoul Central City Terminal, take an express bus to Jindo (진도).

* Bus Schedule: 07:35, 09:00, 15:30, 16:35 (Subject to change)From Jindo Bus Terminal, take the Gagye-Hoedong (가계, 회동) or Songgun-Hoedong (송군, 회동) route bus to Hoedong (회동).Go 40m along the sea.

Tengok dari picture ni macam mana laut terbelah tu ye..... nampak tak?
Okey lah setakat ni ja lah nanti kalo betol-betol ada peluang pergi kat sini,
boleh lah kongsi gambar sendiri pulak ye...
Bye for now.. TQ for reading... ^_^