Followers

Merah

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people....
Kelmarin lepas pergi beli sayur dan ikan kat pasar, kami pergi ke rumah lama..
Rumah lama tu kat kat kampung la , tapi kampung pun bukan nya jauh sangat pon.
Dalam 3km dari rumah sekarang ja.....
Tujuan kami pi sana nak tengok anak kucing yang ayah aku bela kat situ.
Ayah dah bela dia dekat sebulan dah pon ..
Pi tengok ja apa lagi memang kena bawak balik la sebab COMEL. 

Dah besaq ni... masa ayah amek tu lagi kecik ... suka dengan corak kat badan dia.. ada pusaran

Susah nak ambil gambaq budak tecit ni... Dia tak pandai posing ^_^

Nendia... comel tak ?? Macam tikuih pulak muka dia hikhik

Masa bawak balik pakat dok pikiaq nama ...
Padahal ayah aku dah letak nama dia MERAH .
Patung rimau ni permainan totoi masa kecik-kecik dulu... hehehhee...

Comel dop kucing itewwww....?




Permata hati ku ^_^

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people......
Hari ni hari ke 3 di kampung halaman ^_^
Tadi kak aku hantaq 3 keping gambaq ni kat aku ....
Gambaq anak-anak dia pakai baju yang aku beli kan hehehhe comell...

 Si kakak Areesya ,,,, pakai skirt .. comel sangat

 Iqi si adik yang merap kuat... :) 

Sayang dua orang budak tecik ni sangat-sangat..
Areesya dah pandai posing.. Iqi pulak macam terpinga lagi..

Next time balik kampung mesti depa dah besaq dah ^_^

Driver bas pulak yang risau lebih

Assalamualaikum..........
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Nak cerita kisah selepas aku berjaya dapatkan bas sambungan dari cerita INI .
Masa tu kan aku memang tak da tiket sebab last minit aku naik bas tu kan..
So aku pon duduk la barisan yang paling depan... 
Bas tu bertolak pada pukul 11.30 malam dan singgah pulak di Klang Sentral.
Masa tu aku berdebaq gila , mana tau tiba-tiba tak dak tempat duduk untuk aku.
Tapi aku tetap bertawakal jugak... 
Tiba-tiba pak cik bas tu panggil aku duduk di belakang pulak .
Masa tu dia suruh aku teman seorang budak perempuan yang duduk seorang diri di belakang,
yang konon nya di kacau oleh beberapa budak lelaki..
Jadi aku ni konon-konon menjadi penghalang la kan ...
Tapi bila aku pergi ja kat belakang tu aku tengok budak perempuan tu siap dok sengeh-sengeh gelak-gelak,
macam rela ja diri tu di kacau .. confius pulak aku seketika..
Tapi dah pak cik tu suruh duduk takkan nak bangkang pulak .
Tak pasal aku kena halau pulak kan...


Budak perempuan tu akan turun kat Butterworth ...
Selepas beberapa ketika , budak perempuan tu kena turun sebab kena tukaq bas lain.
Bas yang aku naik tu akan menuju terus ke Aloq Staq sampai lah ke Kangar sahaja .
So kecewa lah budak-budak lelaki itu..
so aku kena pi dok depan pulak... bas masih belom berjalan lagi.
Pastu naik pulak seorang akak ni duduk di tempat yang sama jugak dengan perempuan tadi.
Pastu aku kena pulak dah duduk tempat yang sama balik.
Aku ni kena tendang macam bola sat ke depan sat ke belakang.
Pak cik tu tak mau bagi lelaki duduk dengan perempuan jadi tempat duduk depan tu budak laki duduk.
Sebab kalo tidak budak laki tu kena duduk dengan kakak tadi..
Pak cik bas ni ok gak macam menjaga jugak la sebab selalu nya mana ada pak cik bas nak rombak tempat duduk macam ni kan .. so grateful walaupon kena tendang mcam bola...
Sekian :)

Detik cemas di Stesen bas Shah Alam

Assalamualaikum........
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke kampung halaman..
Ku panjat syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi pertolongan kepada aku.. 
Semalam tepat jam 8 malam , aku dan Diana bertolak dari rumah ke Stesen Bas Shah Alam.
Tak sangka jalan jem terok menyebab kan kami sampai lewat di stesen bas,
Akibat nya , Diana terlepas bas sebab kami sampai tu jam dah pon pukul 9.15 mlm
walhal tiket bas dia pada pukul 9 malam... 
Sebelom sampai kami cuba menelefon sykt bas terbabit tapi tidak di angkat..
Malahan mereka langsung tidak menelefon menanyakan tentang kelewatan tersebut..
Memang tersangat kecewa dengan sykt bas berkenaan...
Pastu mula la cari sykt bas lain pula tapi kebanyakan nya Sold Out...
Apa lagi , Diana dh mula menangis ... bas aku pulak di jangkakan lewat sejam..
Selepas bertanya di kebanyakan kaunter akhirnya ada sykt bas yang menawarkan bas tambahan ..
Alhamdulillah dapat jugak Diana balik ke kampung walaupon terpaksa mengeluarkan duit lagi.

Tinggal lah aku seorang menanti bas aku untuk sampai..
At last dlm pukul 10 lebih bas yang di nanti pon sampai.
Aku pon apa lagi terus lah naik.. 
Namun tanpa di sangka , tempat duduk aku sudah berpunya..
Lebih teruk lagi tiket aku tiada dalam rekod mereka..
Aku terpaksa turun dan menunggu di kaunter..
Masa tu hanya Allah yang tahu betapa keciwa nya hati aku...
Nak cari bas lain ? Memang semua bas dh pon penuh...
Aku duduk mengenangkan nasib sambil di temuramah oleh pekerja kaunter tu ...
Aku mula cerita macam mana aku beli tiket tu dan aku jugak bagitau yang selepas aku beli
tiket tu dan rasa sedikit curious aku ada pergi check balik di kaunter malang nya 
pekerja di situ cakap tak da apa masalah ...


Masa tu memang bengang sangat at the same time berdoa pada Allah mudah-mudahan ada bas utk aku balik.
Pekerja kaunter tersebut cuba mencari bas utk aku namun tiada.
At last aku pikiaq2 pada aku dok tunggu saja, baik aku pergi cari seniri.
Aku cuba setiap kaunter tiket dan semua nya dah penuh...
Debaran di dada makin teruk.. Takkan nak tunggu pagi esokan nya iaitu hari ni baru nak bertolak?
Rugi pulak 1 hari cuti aku .. Masa aku dok jalan-jalan , tiba-tiba ada seseorang menyapa aku.
" Adik nak balik mana ? "

" Kangaq "

" tunggu tepi ni satgi kalau ada kami bagitau"

Aku pon tunggu dan at last ada! Yes!
Aku terus pergi ambil beg aku dan duit tiket yang di janji kan akan di ganti balik itu,..
Alhamdulillah ... Dapat jugak!! Walaupon bas ni aku tak pernah naik tapi tak sangka bas ni dah tolong aku.
Syukur sangat-sangat at last aku dapat jugak balik seperti yang di janjikan 
walaupon terlambat sedikit dari biasa...



Moral of the story next time jangan beli lagi tiket yang di tulis dengan tangan..
beli ja tiket yang di keluarkan dari sistem komputer .
Kebarangkalian rekod tiada tu adalah sangat-sangat lah kurang...
Pastu lepas ni xmau dah naik bas kat shah Alam .
Better pergi amek bas kat Pudu ja . 
Kat sana banyak bas , kalau jadi perkara macam ni at least ada backup..
Tapi kalau boleh tak mau dah hadapi perkara macam ni...
Dah serik.... sangat.. Sekian...

TQ for reading !_!

Beli Watch Malaysia Secara Online..

Assalamualaikum......
Anyeonghaseyo beautiful people........ ^_^
Eh hensem dak So Ji Sub oppa kiter ?????
Lagi handsome bila dia pakai jam kan ???

Ada ka orang yang tak suka pakai jam kat dunia ni ??
Of Course lah ada tapi tak semua kan yang pasti nya ramai yang suka ....
Pernah tak hampa terfikir , jam sebenarnya melambangkan diri dan personaliti seseorang ?
Bukan itu saja , jam yang kita pakai juga memperlihatkan sisi gaya kehidupan 
dan juga citarasa dan kemampuan seseorang dalam bergaya..
Contoh nya orang tak berada takkan nak pakai jam berjenama kan ?
Asal boleh tengok waktu sudah memadai kan ..

Kebiasaan nya pakaian seseorang seringkali di padankan dengan item lain 
bagi mencipta persalinan yang menarik untuk digayakan.
Sebagai contoh , selain baju kita perlukan seluar, jeans, blazer, jacket, kasut,
shawl dan pelbagai barang lain untuk memperlihatkan sesuatu gaya penampilan...
Macam cik abang kita kat atas ni lah....
Dengan kemeja siap pakai necktie di serikan lagi dengan jam tangan .
Kita tengok pon rasa tergoda ^_^

Selain pakaian aksesori turut memainkan peranan yang sangat penting dalam fesyen.
Antara aksesori yang sering menjadi pilihan buat lelaki dan wanita 
ialah jam tangan.
Jam tangan boleh di dapati dalam pelbagai jenis, rekaan, warna dan saiz
untuk kegunaan yang sama iaitu mengetahui masa.
Jika dahulu jam tangan hanya dianggap sebagai aksesori yang biasa,
namun kini ianya di kenali sebagai aksesori yang sangat penting
untuk membuat penampilan seseorang kelihatan lebih bergaya .
Macam abang kita yang no 2 kat atas ni... 
Selain gelang tangan , jam membuat kan beliau kelihatan lebih bergaya .


Dalam masa yang sama, jam juga dianggap sebagai pengukur status seseorang.
Bagi mereka yang mampu, jam mewah lah yang menjadi pilihan mereka.
Bagi lelaki , jam tangan dengan rekaan terbaru yang moden dan stylish mampu 
membantu mereka dalam menonjolkan sisi maskulin dan gaya yang lebih urban.
Kini bukan hanya kat kedai ja kita boleh beli jam.
Online pon boleh .. ^_^ Kat mana lagi kalau bukan di watches Malaysia .
Watches Malaysia dari ZALORA  menawarkan pelbagai jenis jenama dengan harga yang berpatutan,
dari semurah RM29 sehingga ke harga yang lebih mahal.
Seperti yang semua sedia maklum ZALORA sememangnya website online yang
boleh di percayai dan kualiti barangan nya amat lah baik sekali di samping 
servis nya yang sangat memuaskan hati pelanggan 
Nak tengok jam pilihan Liya ???


Yang ni bercorak ... sangat santai .

Yang ni macam seluar jean punya corak. cantik!

Yang ni! Oh my sangat-sangat teruja untuk membeli...

Anda pulak macam mana ? 
Cepat-cepat ke website ZALORA dan pilih watch Malaysia kegemaran anda !
Ok semua .. bye!!!