Followers

Showing posts with label RENUNGAN BERSAMA. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN BERSAMA. Show all posts

Driver bas pulak yang risau lebih

Assalamualaikum..........
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Nak cerita kisah selepas aku berjaya dapatkan bas sambungan dari cerita INI .
Masa tu kan aku memang tak da tiket sebab last minit aku naik bas tu kan..
So aku pon duduk la barisan yang paling depan... 
Bas tu bertolak pada pukul 11.30 malam dan singgah pulak di Klang Sentral.
Masa tu aku berdebaq gila , mana tau tiba-tiba tak dak tempat duduk untuk aku.
Tapi aku tetap bertawakal jugak... 
Tiba-tiba pak cik bas tu panggil aku duduk di belakang pulak .
Masa tu dia suruh aku teman seorang budak perempuan yang duduk seorang diri di belakang,
yang konon nya di kacau oleh beberapa budak lelaki..
Jadi aku ni konon-konon menjadi penghalang la kan ...
Tapi bila aku pergi ja kat belakang tu aku tengok budak perempuan tu siap dok sengeh-sengeh gelak-gelak,
macam rela ja diri tu di kacau .. confius pulak aku seketika..
Tapi dah pak cik tu suruh duduk takkan nak bangkang pulak .
Tak pasal aku kena halau pulak kan...


Budak perempuan tu akan turun kat Butterworth ...
Selepas beberapa ketika , budak perempuan tu kena turun sebab kena tukaq bas lain.
Bas yang aku naik tu akan menuju terus ke Aloq Staq sampai lah ke Kangar sahaja .
So kecewa lah budak-budak lelaki itu..
so aku kena pi dok depan pulak... bas masih belom berjalan lagi.
Pastu naik pulak seorang akak ni duduk di tempat yang sama jugak dengan perempuan tadi.
Pastu aku kena pulak dah duduk tempat yang sama balik.
Aku ni kena tendang macam bola sat ke depan sat ke belakang.
Pak cik tu tak mau bagi lelaki duduk dengan perempuan jadi tempat duduk depan tu budak laki duduk.
Sebab kalo tidak budak laki tu kena duduk dengan kakak tadi..
Pak cik bas ni ok gak macam menjaga jugak la sebab selalu nya mana ada pak cik bas nak rombak tempat duduk macam ni kan .. so grateful walaupon kena tendang mcam bola...
Sekian :)

Detik cemas di Stesen bas Shah Alam

Assalamualaikum........
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke kampung halaman..
Ku panjat syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi pertolongan kepada aku.. 
Semalam tepat jam 8 malam , aku dan Diana bertolak dari rumah ke Stesen Bas Shah Alam.
Tak sangka jalan jem terok menyebab kan kami sampai lewat di stesen bas,
Akibat nya , Diana terlepas bas sebab kami sampai tu jam dah pon pukul 9.15 mlm
walhal tiket bas dia pada pukul 9 malam... 
Sebelom sampai kami cuba menelefon sykt bas terbabit tapi tidak di angkat..
Malahan mereka langsung tidak menelefon menanyakan tentang kelewatan tersebut..
Memang tersangat kecewa dengan sykt bas berkenaan...
Pastu mula la cari sykt bas lain pula tapi kebanyakan nya Sold Out...
Apa lagi , Diana dh mula menangis ... bas aku pulak di jangkakan lewat sejam..
Selepas bertanya di kebanyakan kaunter akhirnya ada sykt bas yang menawarkan bas tambahan ..
Alhamdulillah dapat jugak Diana balik ke kampung walaupon terpaksa mengeluarkan duit lagi.

Tinggal lah aku seorang menanti bas aku untuk sampai..
At last dlm pukul 10 lebih bas yang di nanti pon sampai.
Aku pon apa lagi terus lah naik.. 
Namun tanpa di sangka , tempat duduk aku sudah berpunya..
Lebih teruk lagi tiket aku tiada dalam rekod mereka..
Aku terpaksa turun dan menunggu di kaunter..
Masa tu hanya Allah yang tahu betapa keciwa nya hati aku...
Nak cari bas lain ? Memang semua bas dh pon penuh...
Aku duduk mengenangkan nasib sambil di temuramah oleh pekerja kaunter tu ...
Aku mula cerita macam mana aku beli tiket tu dan aku jugak bagitau yang selepas aku beli
tiket tu dan rasa sedikit curious aku ada pergi check balik di kaunter malang nya 
pekerja di situ cakap tak da apa masalah ...


Masa tu memang bengang sangat at the same time berdoa pada Allah mudah-mudahan ada bas utk aku balik.
Pekerja kaunter tersebut cuba mencari bas utk aku namun tiada.
At last aku pikiaq2 pada aku dok tunggu saja, baik aku pergi cari seniri.
Aku cuba setiap kaunter tiket dan semua nya dah penuh...
Debaran di dada makin teruk.. Takkan nak tunggu pagi esokan nya iaitu hari ni baru nak bertolak?
Rugi pulak 1 hari cuti aku .. Masa aku dok jalan-jalan , tiba-tiba ada seseorang menyapa aku.
" Adik nak balik mana ? "

" Kangaq "

" tunggu tepi ni satgi kalau ada kami bagitau"

Aku pon tunggu dan at last ada! Yes!
Aku terus pergi ambil beg aku dan duit tiket yang di janji kan akan di ganti balik itu,..
Alhamdulillah ... Dapat jugak!! Walaupon bas ni aku tak pernah naik tapi tak sangka bas ni dah tolong aku.
Syukur sangat-sangat at last aku dapat jugak balik seperti yang di janjikan 
walaupon terlambat sedikit dari biasa...



Moral of the story next time jangan beli lagi tiket yang di tulis dengan tangan..
beli ja tiket yang di keluarkan dari sistem komputer .
Kebarangkalian rekod tiada tu adalah sangat-sangat lah kurang...
Pastu lepas ni xmau dah naik bas kat shah Alam .
Better pergi amek bas kat Pudu ja . 
Kat sana banyak bas , kalau jadi perkara macam ni at least ada backup..
Tapi kalau boleh tak mau dah hadapi perkara macam ni...
Dah serik.... sangat.. Sekian...

TQ for reading !_!

Sekelip Mata Kau berubah................

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people........
Actually sejak minggu lepas lagi nak cerita pasal ni tapi tak sempat...
Busy betoi minggu ni sampai cerita pon tersadai...........
Sebenarnya aku nak cerita pasal perangai orang lelaki ...
Tak pasti lah samada perempuan pon perangai macam ni jugak.
Kisah ni berlaku kepada orang terdekat dengan aku jugak.
Even dulu-dulu zaman jahiliah pon aku pernah terkena.
Punya lah layan yang terbaik 1st class kan, alih-alih dia tinggalkan kita .
Pastu guna reason yang entah apa-apa yang buat kita rasa bersalah
walhal dia yang buat perangai...........



Tsskkk.... Tragis kan.... Memang lelaki macam ni ke ??
Rasa nya kalau terlalu baik sangat macam tak dak cabaran kan...
Yelah buat lah apa pon , she will always be there,
Jadi si lelaki jadi tak ralat dan langsung tak jaga relationship tu sebab si perempuan ni sentiasa ada.
Tapi bagi diri aku sendiri pulak aku tidak di tinggal kan tapi aku meninggalkan..
But still orang tersebut tak pernah mengaku yang dia memang ada simpan perempuan.
Best of all aku bukan lah yang utama sebab ada sorang lagi yang menunggu dia.
Hebat kan bisa mempermainkan hati ramai orang....
Tapi ni cerita lama , cuma terkenang kembali sebab perkara macam ni masih berlaku.
Kesian orang perempuan kan...........
So next time kalau ada marka baru sepak terajang ja setiap hari...
Baru dia reti... buat baik pon tak da yang hargai kan.
 Tak payah nak jaga sangat hati dia sebab kalau terlampau jaga pon macam ni la jadi nya...
Maybe Love does not exist anymore , only lust conquered people mind and soul.......

Renung - renung kan lah............ ^_^ 

PEMERGIAN YANG TAK DI DUGA

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people....
Tengah tidur semalam tiba-tiba ada message masuk..
Kawan aku , Mek Tie hantaq message ada anak kawan kami meninggal.
Tapi di sebab kan dia ada typo so aku tak berapa paham message dia.
So pagi ni aku hantar chat kat dia. ye lah kredit tak dak tu yang semalam tak tanya apa.
Baca ja message terus lena balik sebab tak mau pikiaq sangat...
Rupanya yang meninggal tu adalah anak kepada housemate kami time belajar
di politeknik Jitra dulu-dulu ni...
Anak dia baru ja 6 bulan dan meninggal tanpa sebab macam kes yang kita selalu dengar.
Dalam masa terdekat ni banyak jugak kes anak sekecil itu
meninggal dunia secara tiba-tiba....
Bila kes macam ni terjadi kita pun tak tahu siapa harus di persalahkan..
Nak buat post mortem pada tubuh sekecil itu ?
Tiada ibu bapa yang sanggup rasa nya .............
Mungkin Allah lebih sayang kan dia ...
Mudah-mudahan Ayu dan suami tabah menghadapi dugaan hidup ini..
Semoga roh si kecil tenang di sana .. amin....




ANTARA SUAMI DAN IBU


Apakah hukum seorang anak yang mentaati dan mendahulukan suami nya, tapi
dalam masa yang sama perbuatan nya ini menyebabkan ibu nya sendiri terasa dan sakit hati ?

Ada sesiapa yang boleh tolong jawab ?

Atau bagi pandangan ... ^_^ Terima kasih

Assalamualaikum

TAKUT KENA POTONG!

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people.... ^_^
Remember last time aku ada cerita aku di hantar oleh dua orang uncle chinese kan..
To rewind lets read this entry! ok now remember ?
Salah seorang uncle tu yakni uncle ah wai belom berkahwin...
Utk memecah kesunyian aku pon mula bersembang dengan ke dua uncle tersebut.
Sebab uncle tu belum berkahwin dan umur nya dah 48 tahun so aku pon tanya lah..
" uncle , kenapa uncle tak kawen ? 
Uncle pon jawab , " Kita orang susah , macam ada amoi yang nak. 
kereta pon buruk. amoi cina penting kan duit. tak macam amoi melayu.
Hati amoi melayu banyak cincai. Mereka nak hidup bersama dan bahagia dengan pasangan
bukan nya penting kan wang semata-mata "
Oh macam tu ye uncle.. aku pon mengiaka pn sahaja....
 
" Orang melayu pakai motor pon boleh kahwen, kalau orang lelaki cina banyak susah.
Kena sediakan semua nya complete baru boleh kahwin .... "
" Kalau tak payah masuk islam dan tak payah potong , mesti dah ramai lelaki cina
yang pilih lelaki melayu " 
Aku terkedu dengaq ! oh macam tu ye,,, jadi kerana takut kena potong je lah.... 
Kalau tak mesti ramai orang cina dah pilih melayu kan ? hikhik...
Syabas kepada lelaki cina yang dah memilih amoi melayu... kamu memang seorang yang berani !
So kenapa aku cerita benda ni kat sini.... Nak habaq yang orang cina respek kat perempuan melayu !_!
Tetiba rasa berbangga kembang semangkuk tak tentu hala.....
Ok bye!. tq for ta your precious time reading this ^_^
P.s : Walaupon hati perempuan melayu cincai, jangan lah pakat dok take advantage.
Sebab ramai perempuan melayu di luar sana yang dalam diam menjadi ketua keluarga ,
Memikul tanggungjawab seorang lelaki dalam menguruskan rumah tangga... 
So lelaki please take note!

PERISTIWA DI KEDAI MAKAN

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people all around the world.
Hari ni aku lunch sorang-sorang... +nur hannis mohamad dah berhenti kan,
Kak Nurul pulak tak mai keja hari ni mak saudara dia sakit.
Tiba-tiba rasa macam nak makan nasik dengan sup daging.
Tak dak kedai lain dah nak di terjah kalau nak makan sup dengan nasik .
Dah tentu kedai terlebih ajinomoto dan cekik darah nak mampus tu.
Tapi kalau nasik sup dia berbaloi la sebab harga berpatutan pulak..
RM4.50 ja pon sup sekali dengan nasik..
So masa aku nak bayar duit tu kan, tiba-tiba ada la sorang budak lelaki ni..
Siam maybe dalam umur 4 - 5 tahun macam tu sebab dia pakai rantai mas.
Dia dok sepak-sepak kucing yang ada kat kedai tu...
aku ni dalam hati ai kalau anak aku dah kena tarik telinga dah  budak ni nasib baik anak orang.
So suddenly ada sorang budak perempuan ni , pakai baju sekolah .
Umur dalam lingkungan 8 - 9 tahun rasa nya ...
Dia pon cakap dekat ayah dia...

" ayah tengok budak tu dia dok sepak kucing"

Slumber ja ayah dia jawab " tak pa lah"

Dia pon jawab balik kat ayah dia... " Aik bukan tak boleh ka ayah sepak kucing tu ,
mana boleh tak pa , tak pa"

Aku pon tergelak sorang-sorang. Pandai jugak budak ni kan.. bagus...
Tak salah menegur ayah kan kalau benda tu adalah benda yang betol..kan kan..



Moral of the story : Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak untuk tidak menyeksa binatang sejak dia kecil lagi. Kalau kecik-kecik dah menyepak-nyepak binatang macam tu dah tentu kalau besaq memang dah melambong aku rasa kucing tu.. so sayangilah binatang ^_^


GAGAL BERHENTI

Assalamualaikum.....
Anyeonghaseyo beautiful people....
Kelmarin masa pergi amek adik aku Zahirah kat Poli dia , kami pon bersembang.
Dia ada lah cerita tentang dua orang budak poli yang telah GAGAL BERHENTI.
Dua orang tu sebenar nya best fren dan dua-dua kena masalah yang sama gara-gara pakai contact lens yang
murah yang boleh di dapati di mana-mana.


 Sebelah mata dinaikki selaput dan sebelah mata lagi dah jadi kabur-kabur..
So nak belajaq dan amek exam memang agak sukar lah bagi mereka berdua.
Pihak politeknik pon ada buat beberapa inisiatif untuk menolong depa berdua ni tapi tak berjaya.
Sebab mereka berdua memang tak dapat belajar dan tak dapat nak menjawab exam dengan betol.

Sayang kan? Sebab mata adalah anugerah Allah yang paling bernilai...
Bila kita tak dapat melihat maka aktiviti kita akan terbatas ...
Kalau nak pakai contact lens pon beli lah yang elok punya kan yang jual kat kedai cermin mata tu...
Yang murah ni kita tak tau dari mana depa ambil ..
Cantik sementara ja tapi menderita seumur hidup..

Kalau nak bergaya gunalah contact lens macam kat atas ni yer..
Ok lah setakat ini sahaja untuk kali ni.
Bye semua ^_6


TAK AMBIL DUIT BALANCE

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people all around the world....
Pening kepala aku hari ni ... bangun pagi dah mula pening mai keja bertambah pening..
Tapi ni bukan nak ceta pasal pening yer kawan-kawan...
Hari tu kan aku pernah cerita pasal over balance kan...
Kali nak cerita kisah tak ambil balance ... Pernah tak terjadi kat hampa??
One day aku pergi beli nasik kandaq... ( Nasik kandaq lagii. kikiki)

Okey pastu nasik aku tu lebih kurang dalam RM5 ++ ..
Lepas aku bayaq guna duit RM50 .. aku terus blah !
Langsung tak sedaq apa sampai kat opis dah telan-telan nasik tu sampai kenyang ..
Check beg duit , aik awat duit aku ada sikit... Tetiba teringat oh my!
Aku tak ambil duit balance .. so pada hari tersebut aku telah rugi sebanyak RM40++.
Tapi takkan nak pi kedai tu tanya pulak kan ? Sapa lah nak bagi..
Yang hairan nya kalo ya pon aku terlupa nak ambil duit balance tu kenapa lah si
cashier kedai tu tak ligan aku bagi balik duit ?
Agak-agak dia happy pon sebab aku dah terlupa balance... Kurang asam kan ?
Tapi aku tak pangkah pon kedai tu tetap gak dok pi dan anggap duit RM40++ tu bukan rezeki aku..
So i move on with my life... Actually that was not the only time!!
Pernah gak kedai runcit auntie pon terjadi gak...
Ada time auntie dok kalut-kalut so dia pon tak perasan dia tak bagi balance
dan ada time bila auntie perasan aku tak ambil duit balance dia panggil aku balik..
Agak-agak mungkin sebab pembawakan umur jugak ni.. Kan???
Tapi aku pernah tengok seorang lelaki ni yang kebetulan 1 kelas masa aku darjah 5 dan 6 dulu.
Dia memang tak cam aku so aku buat bodoh.. hahahhaa


Dia beli barang kat guardian masa tu.... Lepas ja bayaq dia terus keluaq ... hahahaa..
Lucu tak ?? Barang dia tak amek pon sampai kan cashier guardian dok terpekik panggil dia.
Las-las dia masuk balik sambil garu kepala... hehehhee... aku tergelak ja masa tu...
Padahal dia masa belajaq tu budak nya pandai. mungkin banyak sangat belajaq kot...
So kawan-kawan pernah tak alami situasi yang sama dengan aku dan
jugak kawan kelas aku tu... ^_^
Cerita mai sikit... ok bye.. TQ for reading

SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people.......
Zaman sekarang ni macam-macam manusia ni buat untuk mendapat kan duit...
Antara nya macam kat dalam gambaq di bawah ni... 
Jenis macam ni kawan aku pon pernah terkena aku pernah gak tulis kat dalam blog ni dulu.
tapi tak ingat plak tajuk nya... dan yang pasti nya pasangan india pastu bawak baby
untuk mengaburi mata masyarakat untuk kesian kat depa...

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh baca kat SINI yer kawan-kawan..
Harap-harap semua berhati-hati. Sekarang ni nak menolong orang pon kena pikir sejuta kali..
Ok bye.. tq for reading !_!

PAM DAN PERIKSA

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people...
Pernah dengaq tak tentang satu kempen kat radio hot fm iaitu
PAM DAN PERIKSA atau PDP.
Nampak tak betapa serius nya permasalahan ini sehinggakan stesen radio sendiri
membuat kempen PDP ini untuk seluruh rakyat Malaysia..
Sebab kes ni memang berlaku pon....
And to tell u the truth la kan , aku dah banyak kali terkena ....
Tapi yang tidak melakukan PDP tu bukan lah puteri-puteri comel yang ada di office ni.
Kami yang comel ni dah sedia maklum dah flush toilet kami tu memang tidak berfungsi dengan baik.
Means kena menimba ayaq dan mencurah kedalam mangkuk jamban untuk
kesan clean and clear... yes we all know that...


Tapi masalah nya lah kan kadang-kadang adalah staff-staff yang datang ke
office tapi bersifat sementara ni depa bukan tau pon...
Lepas lega membuang depa flush tapi depa tak tengok adakah serdak-serdak
tertinggal di dalam mangkuk tandas itu ?
So tindakan untuk PDP ni memang lah amat-amat di galakkan sangat supaya
orang yang menggunakan tandas selepas anda tidak perlu mendapat hadiah
yang tak berapa nak lumayan... Mau tak mau terpaksa lah kita pulak yang
tolong cuci .. kalo di biaq macam tu ja nanti orang kata tu yang kita punya pulak kan ?
Kalo nak heboh-heboh pon kita malas nak mengaib kan orang lain.
So senyap je lah . Buat lah apa yang patut...
So to all the people out there .. please please please....
Do the action of PDP..... Ok sayang sekelian .. kan semua comel-comel kan.
So mesti lah PDP sebelom memblah kan diri dari toilet...
Sekian.... Thanks for reading...

HIDUP DAN MATI

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah) Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.


O ye who believe! Be not like the Unbelievers, who say of their brethren, when they are travelling through the Earth or engaged in fighting: "If they had stayed with us, they would not have died, or been slain." This that Allah may make it a cause of sighs and regrets in their hearts. It is Allah that gives Life and Death, and Allah sees well all that ye do.


Assalamualaikum..........
Seperti yang kita sedia maklum, hidup dan mati kita telah di tentukan oleh Allah s.w.t.
Andai nya terjadi sesuatu kematian dan terdetik di dalam hati kita ,

" Kalau dia tak pergi keluar tadi , mesti dia takkan mati"

"Kalau penjahat tu tak tembak dia, mesti dia takkan mati"

Ingatlah , bilamana terdetik dalam hati kita begitu ,
maka kita telah menjadi seperti orang munafik tanpa kita sedari.
Ingat lah Allah lah yang menghidupkan dan yang mematikan kita,
walaupun kita berada di rumah sekalipun pada ketika itu,
kita tetap akan mati andai itu yang telah di tetapkan untuk kita.
Hanya Allah sahajalah yang tahu segala rahsia yang ada di seluruh alam semesta .

Sekian... ^_^

KISAH TOTO.

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people...
Kebiasaan nya kalo kita duduk rumah bujang tak dak katil
mesti pakat-pakat tidoq atas toto kan ??
Sapa tak tau toto tu apa ? Toto ni bukan Toto 4D okeh ...
Ni toto yang tilam tidoq tu la...
Padahal semua orang tau aku ja dok buat qapla cendoi kat sini kan.. ^_^
Macam ni cerita dia , adik aku untuk sem ni dia tak dapat asrama.
So dia dan kawan-kawan duduk umah sewa.
Umah sewa pon dekat-dekat jela dengan tempat belajaq tu .
Kira nya nak pi ke tempat belajaq tu jalan kaki pon boleh.
So dalam umah tu ada 3 bilik... dan dalam bilik yang dia duduk tu ada 4 orang
termasuklah dia sendiri..
So hari pertama dia sampai kat umah tu dia pi naik bas.
Malam nak tidoq semua pakat-pakat tak bawak tilam/toto.
Yang bawak tu sorang ja lah tu pon sebab mak pak dia mai hantaq dengan kereta..
so malam tu dia pon lapik la toto dia kat atas lantai..
Dia bawak dua helai toto tu so dia lipat dua dan tidoq..
Kira nya tempat tidoq dia memang selesa gila la..
Yang kawan dia 3 orang ni plak pakat tidoq atas lantai lapik dengan kain..
Hampa boleh tangkap dak apa aku nak cerita kat sini ?
Punya lah baguih punya kawan boleh tak ajak kawan-kawan tidoq atas toto sekali..
Dia sedap-sedap ja dok tidoq sorang-sorang atas tu yang
kawan-kawan dia dok tergolek atas lantai... Kejam tak kejam ?
Pastu kan siang tu boleh plak dia tanya kat depa...
" Hampa tak sakit ka tidoq atas lantai ?"
Adik aku dan kawan-kawan lain pon jawab
" Dak la tak sakit kami dah biasa dah tidoq atas lantai , maklumlah orang susah."
Masa adik aku cerita tu kan aku memang terkejut gak la..

Ada jugak kawan yang perangai macam ni ..
Selalu nya kawan-kawan aku dulu pakat hampaq atas lantai dan tidoq ramai-ramai.
Bukan nya dok menyedap sorang-sorang , yang kawan-kawan plak
dok biaq tidoq atas lantai cemtu...
Tau lah tu tilam hang kan, tapi at least consider la sampai kawan-kawan
dah beli tilam masing-masing kan...
Kira nya sebulan gak la perkara ni terjadi sebelom boleh beli tilam seniri tu..
Kesian kan.. Sabaq je lah ^_^


Lani semua pakat ada tilam masing-masing dah.
Gambaq ni adik aku hantaq kat fb nak menunjuk tilam dia dah ada.. ^_6
so kawan-kawan sekelian pls pls jangan baik perangai macam ni hokey?
Hudoh bebeno tau dak ? Kan baik kalo kita berkongsi ^_^

P.s : Yang paling tak tahan nya budak tu orang Perlis jugak! 
Buat malu ja !!

OH ISTERI!

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo pretty people.
Mesti ramai yang dah start bercuti hari ni kan.
Kiter kerja lagi . Esok baru kiter nak cuti sampai lah hari jumaat insyaAllah..
So pagi tadi kiter mcm biasa singgah kat satu kedai yang semenjak dua menjak ini kita dah mula jadi regular customer kat situ.
Kedai tu jual capati , nasik lemak, roti canai.
Memang lah makanan yang dia sediakan sangat lah sedap.
Selalu nya kalo pergi beli ada pak cik dan anak nya sahaja.
Tapi hari ni isteri pak cik tu pon ada dan anak dia ni yang lain pulak la.
Mereka ni jenis keturunan mamak tapi yang muka macam orang singh tu.
Hari ni terasa teringin nak makan capati kebetulan nasik lemak dah pon habis.
So kalo nak makan capati kena lah tunggu dulu kan.
Pak cik tu buat roti canai, Mak cik tu pulak buat capati.
Masa dok tunggu tu la kiter perhatikan satu kejadian yang tak sepatut nya berlaku.
Walaupon ia bukan lah benda yang besar tapi terdetik perasaan kesian di hati.
Mak Cik tu dengan slumber nya dok menengking laki dia.
Yang pak cik plak tunduk ja tak melawan..
Hampa bayang kan lah kat situ ada customer kan..
Dia langsung tak jaga maruah laki dia , so sad.
Sedangkan laki dia tu lah orang yang dia perlu di utama kan..
Tak boleh ka cakap elok-elok sikit ??
Kesian sangat tengok pak cik tu. Dah la orang yang datang makan tu kebanyakan nya regular kat situ.
so fikir-fikirlah sendiri kan. Perbuatan tu memang tak patut.
Isteri patut nya menjaga maruah dan air muka suami .
Bukan nya memalukan suami di khalayak ramai.
Wallahualam... ^_^





CHICKEN SOUP FOR THE SOUL

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautifull people....
Dok buat apa tu semua ?
Ka ada yang dok melengkaq dalam selimut lagi neh..
Kalo ada mangkit cepat !
Matahari dah dok atas pala dah nu..
Kiter macam biasa lah ,
Sabtu memang keja pon sejak 5 tahun yang lalu!
Walaupon hari ni mai keja dok main saja kan . hehhee...
Okey cukup lani nak ceta pasai
" Chicken soup for the soul "
Apakah yang di maksud kan ini ?
Sup ayam untuk jiwa ????
Eh jiwa pon leh makan sup ayam ke ?


Ni dia sup ayam untuk jiwa anda ...
I bet ramai yang dah baca buku yang sangat inspiring ni..
Sekarang ni pon kiter tengok yang versi bahasa melayu pon
ada juai jugak kat kedai buku...
For you guys info , buku ini lah yang banyak
membantu kiter dalam proses kematangan dan rawatan jiwa.
Buku ni jugak lah yang banyak membantu kiter menjadi
seorang manusia yang tabah dan sentiasa yakin
pada diri sendiri dengan bantuan dari Allah s.w.t jugakk..
Kiter start kenal buku ni pon masa umur 16 tahun,
time tu sekolah asrama and 1 of my senior ada buku ni
dan dia lah yang introduce buku ni sehinggalah 
buku ni menjadi buku kegemaran and then i pass on
to my sister and my sister like it too ^_^

This is the first chicken soup i ever read.
Actually for those yang memang minat buku ni,
mesti tahu buku ni ada banyak versi dan tajuk
nya jugak di asingkan mengikut jenis cerita.
Dab cerita nya pulak datang dari orang yang berlainan.
Maksud nya berdasarkan pengalaman orang lain
tentang certain issue...
So dari pengalaman mereka ni lah 
banyak pengajaran yang kita akan dapat ^_^
So starting this week maybe kiter nak
share story from this book..
Stay tune ^_6
Bye!!

P.s : Niat nak tulis sikit ja tapi terpanjang plak.. soriii ^_^


YOUR GOOD DEEDS


SEBANYAK MANA AMALAN YANG ANDA LAKUKAN
DI ATAS DUNIA , SEBANYAK ITU JUGALAH 
ANDA AKAN DI NILAI