Followers
MISCARRIAGE AT SIX WEEKS :( PART 2
Misscariage at 6 Weeks :( Part 1
UJIAN SARINGAN HIV UNTUK MENDAFTARKAN PERKAHWINAN
Ujian HIV ni mengambil masa yang sangat lah singkat disebabkan Perlis memang negeri kecik dan memang tak ramai orang sangat pun .. Kalao tak salah ada dua pasangan je termasuk kami berdua ...
So lepas dah kena cucuk hujung jari dan memang non reactive lah kan... so boleh terus kan ke next step pulak ^_^
KHLONG NGAE MARKET THAILAND
Assalamualaikum.......... Tak terhitung dek jari jemari posting yang di tulis berkenaan dengan Thailand. Sebab Thailand ni dekat sangat dengan umah aka kampung halaman... Baru je memandu dalam setengah jam ajo dah sampai Thailand uolls .. so takkan lah tak nak pergi kan ? kan ?
So baru-baru ni nak kata baru sangat pun ada lah dalam dua bulan lepas kot,
Kami sefamily which is mak ayah lia dan adik dua orang berkesempatan pergi ke Thailand iaitu Hatyai untuk percutian 2 hari 1 malam .... ^_6
Tapi hari ni yang sis nak ceritakan kepada uolls semua adalah bukan nya tempat yang macam orang lain selalu pergi tu tapi ni tempat agak lain sikit lah ..
Pasar pagi Khlong Ngae ni adalah pasar pagi yang menjadi kegilaan kepada pencinta bundle.
Pendek kata bundle tu memang lah barang preloved dan jugak branded la kan ???
Barang apakah ? Macam-macam lah uolls bukan stakat baju ja tapi kasut , beg , jam tangan , spek mata dan seangkatan dengan nya ...
Nampak dak keramaian di situ ? Boleh di katakan pasar ini mengambil ruang yang sangat besar dan menjual bermacam-macam benda . Kalau dah mai kat sini elok la pakai pakaian yang tidak menjolok mata ,,, hahaha lawak ja ,, pakaian harus lah selesa. pilih je kain cotton ,, Tak yah pakai baju kain yang xserap peloh sebab nya kalo mai thailand memang cam tu.. Nampak ja di langit macam tak hangat tapi hangat depa ni jenis membahang tak sama macam kat Malaysia ya kawan-kawan.
Seluaq jeans pulak memang ada banyak pilihan jugak cik adik cik akak ...
Geng bundle kalau mai sini memang boleh kelam mata la ..
Bawak lah duit tu banyakk na jangan bawak sikit kalau dak hampa menyesai.. ^_^
Yang ni pulak kasut... ^_^ kasut sukan branded baq hang..
Nak brand apa ? Adidas , Nike , Puma, Acsic .. Semua nya ada..
Kami grab satu.. memang berbaloi la.. Walaupun bundle..
Dah murah gila pastu kualiti dia tudia ... dh memang barang ori kan ..
Apa nak di kata...
Sambil menyoping jangan lupa grab makanan ringan ...
Sedap tak tau nak cerita na benda ni,
Dia buat dari ikan , cmpur kacang panjang pastu goreng..
Perghhhh.. tak terkata sedap dia leh jilat jari ...
Nampak dak ??? T shirt ni berkualiti .. Try pegang kain dia ..
Kemain lembut.. bundle sini kan memang elok2 la,,
kalao baju jenis yang depa juai selai rm5 tu memang xdak la ..
hat helok-helok saja ada di sini.
Selain daripada baju-baju bundle dan seangkatan dengan nya . pokok bunga pun ada gak la di juai disini. dan bukan pokok bunga je lah
Antara makanan ringan lain yang ada di sinii..
Cucur pisang , ubi dan lain-lain lagi.
Sayur pun ada jugak ye.. murah-murah la sayur dia .. cabai dia pun seplastik banyak gila...
Tapi tak beli pun,,, menyesall
Basically pasar ini menggabungkan pasar sehari dengan pasar jualan bundle.
Makna nya bukan pencinta bundle sahaja boleh mai sini...
Mak-mak kita pun leh gak la.. mak soping ikan kita soping barang bundle
Akhir kata kalau uolls berminat nak pi try soping kat sini...
Boleh la type kat google maps Khlong Ngae.. memang dia akan bawak hampa semua ke pasar yang best gila gila padu nii...
^_^
SURAT KEBENARAN UNTUK BERKAHWIN DARIPADA KEDUTAAN
Assalamualaikum.............
Anyeonghaseyo beautiful people ^_^ .. Happy Sunday !! Selalu kalau tak balik kampung , ahad memang kite kerja , tapi hari nie tak tau pasal apa perasaan malas tu menguasai seluruh jiwa dan menyebabkan saya membuat keputusan untuk bercuti sahaja.. Masak memasak , kemas-kemas umah sikit pastu sekarang time untuk hupdate blog pulak yerrrr ^_^ .. Kali ni betul-betul nak terapkan budaya rajin dalam diri untuk sentiasa update blog ni .... Hari ni di temani angin sepoi-sepoi bahasa dan pemadangan laut yang luas terbentang memberikan mood yang lebih untuk menulis.
Lieya nak kongsi salah satu syarat wajib dan salah satu prosedur yang diperlukan untuk berkahwin dengan warga asing.Tak kira lah orang nya tu berasal dari negara Amerika ke Zimbabwe ke tetap kena ada surat kebenaran ni ... ^_^
Masa kami ke Kedutaan tempoh hari, kesilapannya ialah kami pergi lewat .. lewat pun tak lewat jugak lah . Sampai kat sana dalam lebih kurang pukul 9pagi. Sebab nya memang bajet surat ni takkan dapat pada hari yang sama . Tapi , alih-alih rupanya kalau urusan tu siap sebelum pukul 11 , di benarkan untuk mengambil surat ini pada hari yang sama.
Urusan kami pada hari tersebut selesai pada pukul 12.30 tengah hari.
Kiranya lewat dalam sejam setengah je ... ^_^ Tak pe lah kan.. Redha je lah .
So lepas settle kat sini , pegi makan-makan terus balik je umah adik yang memang menetap di KL.
Untuk pengetahuan sekelian alam , Kedutaan untuk Indonesia ni terletak di Jalan Tun Razak tapi bukan lah Jalan Tar yang kita dok beli kain baju tu ye kawan-kawan. Tapi tempat lain.
Kat area ni ada banyak lagi kedutaan lain dan rata-rata kebanyakan kedutaan negara memang terletak di kawasan yang sama , tapi yang iolls notice that day hanya lah kedutaan Jepun sahaja.
Kedutaan Indonesia ini juga terletak berdekatan dengan KLIA dan Zouk ^_^..
So senang lah nak cari tempat ni sebenarnya ...
Keesokan hari nya , pagi-pagi lagi kami dah bertolak dari umah adik kat Cheras tu ...
Tapi macam biasa gak la bukan pagi jugak dalam pukul 9 sebab nak lepas jem ^_^
Sampai je terus ambil nombor dan tak sampai beberapa ketika kami pun terus ke kaunter dan mengambil surat kebenaran tersebut ... ^_^ Alhamdulillah settle peringkat kedutaan ni.
Tapi semua nya tak berakhir di sini sahaja sebab nya surat ni harus lah di cop di bahagian konsular kementerian Luar Negeri. Kementerian Luar Negeri ni terletak di Wisma Putra , Putrajaya.
Berbekalkan waze , sebab kite memang tak tau jalan sampai lah kami di sana dalam lebih kurang pukul 1 dan time tu depa rehat pulak tapi kaunter tetap berjalan seperti biasa.
That day kite pegi pakai biasa-biasa je la dengan tudung bawal je .
Time nak check dekat receptionist , boleh pulak kite di herdik.
Herdik macam mana ye ... bunyi herdik tu cam teruk sangat ..
Tapi macam agak tak puas hati gak la .. Macam tak boleh pulak cakap helok-helok kan.. Geram pulak aku.. mentang-mentang lah kita nak kahwin dengan orang luar ...
Masa kat Pejabat Konsular tu boleh dikatakan ramai juga lah orang-orang yang datang dengan urusan yang berbeza .. Agak dekat sejam jugak la kami tunggu . At last dapat jugak alhamdulillah..
Untuk nak cop pengesahan dari Kementerian Luar Negeri ni ada bayaran ye adik kakak..
Seketul cop ni hari tu kami bayar dengan harga RM20 .. ^_^
So lepas dah siap semua urusan kami kat sini, kami terus bergegas balik..
Singgah KL makan-makan then pukul berapa tah terus gerak balik ke Perlis ^_^
Okay guys ,,,, Nilah surat yang Lieya maksudkan tu..
Surat Kebenaran Untuk berkahwin daripada Kedutaan Indonesia .. Biaya gratis aja ya maksud nya Free lah kawan-kawan ye...Settle problem kami masa tu dan boleh dah nak submit borang nikah kami dengan ada nya surat ini ^_^ Nak settle kan urusan ni saja kita unpaid leave hampir 7 hari tauu.. kuss semangat gaji ku di potong tapi tak pe lah berbaloi sangat sebab urusan dah settle otak pun leh bertenang sikit kan .....
Okey until next time .... bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)





