Followers

Showing posts with label MISCARRIAGE. Show all posts
Showing posts with label MISCARRIAGE. Show all posts

BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN.

Assalamualaikum ... 


Anyeonghaseyo beautiful people. Hari ni genap lah hari ke 18 sis berpantang setelah keguguran pada 27hb Jan lalu .. Selama tempoh dua minggu ini, sis banyak merujuk kepada Mr. Google tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan pantang setelah keguguran.
Minggu first sis berpantang kat umah sewa di Pulau Pinang , tempat sis bekerja . Sebab hubby kerja so macam kesian pulak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat umah tu time tengah berduka lara . Lagipun sis cuma keguguran je kan . Kalau beranak memang ku tinggal jugak lah , kihkih ^_^.
So di minggu pertama tu sis jaga diri sendiri .. Everyday sis memang memasak masakan seperti orang berpantang . Sis banyak refer kat google, mak dan adik sis yang pernah beranak. Walaupun hari-hari akan menu yang sama ja , sis redho.. Terpaksa kan .. Demi untuk kesihatan diri sendiri juga . Betul tak .. ^_^ 


Antara sayur yang menjadi pilihan sis semasa berpantang adalah :
(a) bayam 
(b) Sawi
(c) Carrot
(d) Brokoli
(e) Pak Choy
(f) Asparagus 
(g) Kentang 
(h) Tomato
Yang ni je la kot yang sis makan kalo ikut refer kepada google dan lain-lain nya tu.. Yang lain harus 
tak yang makan pun tak pa .. 


Buah-buahan pulak yang menjadi pilihan sis sudah tentunya adalah 
(a) Oren
(b) Apple 
(c) Lemon
eh ni je ? Haah ye lah ni je buah yang sis nikmati untuk 2 minggu ni ..
Bahan wajib dalam masakan sis setiap hari adalah beberapa bahan - bahan seperti berikut 
(a) Halia
(b) Lada Hitam
(c) Bawang Putih
(d) Bawang Merah


Air minuman pulak yang menjadi pilihan sis sudah tentunya air putih ye kengkawan. Tapi air bancuhan pun ada minum gak seperti 
(a)Milo
(b) Horlicks.
(c) Susu..
Actually sis ada modified sedikit menu berpantang sis yang berbeza sikit daripada orang yang berpantang beranak .. Contoh nya makanan dalam pantang yang orang beranak tak boleh makan sebab effect kepada anak atau perkembangan susu . so yang makanan berkaitan macam ni sis bedal sahaja kecuali lah makanan yang berangin dan sejuk. Yang tu memang sis betul-betul jaga .
Pernah sekali sis termakan macadamia cookies .. Apa lagi angin satu badan . sis punya family memang alergik kacang .. Nenek sis pun meninggal time berpantang di sebabkan termakan kacang . so memang sis betul-betul kena titik beratkan hal ini. 
Alhamdulillah 2 minggu berlalu dengan tenang. Macam sis ada baca kat google , kebanyakan wanita berkerjaya berpantang keguguran selama 2 minggu sahaja . Tapi kalau ikutkan sepatut nya kena pantang macam orang beranak jugak. So sis harus istiqomah untuk betul-betul berpantang macam orang beranak jugak. Sis harap dapat teruskan kalau boleh sampai lah 100 hari.Tapi menurut mak bidan , banyak makanan yang harus berpantang untuk tempoh 6 bulan dan ada jugak yang setahun ...
Apa pun sis redha sahaja sebab untuk diri sendiri jugak kan bukan untuk orang lain sebab nanti tua-tua yang sakit tu pun kita , bukan nya orang lain... Akhir kata sis harap kawan-kawan tolong doakan kesihatan sis dan doakan juga sis dapat mengandung lagi dalam masa yang terdekat ini..
Sekian .. ^_^

MISCARRIAGE AT SIX WEEKS :( PART 2

Assalamualaikum......... 

Continued dari Post terdahulu



27 Januari 2019

Pagi yang hening dan sunyi tu aku bangun. Walaupun ahad , En. Suami memang kerja ,dan aku berhajat nak kerja juga sebab nak overtime dan siapkan kerja-kerja yang simple-simple yang terbengkalai sebelum ini seperti kerja-kerja filing dan seangakatan dengannya. Sejak semalam memang ada cairan koko keluar dan pagi ini fresh blood pulak menyusul. Hati dah mula cuak gila tapi hanya mampu berdoa . Sebab ada google pasal benda ni jugak so memang berdoa yang kandungan aku tak da apa-apa. Teruskan je sembahyang subuh macam biasa dan masa part nak berdoa tu berjurai ayaq mata.. Memang takut sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku kepada penghuni rahimku ini.. 

Dah siap-siap terus pergi ke tempat kerja macam biasa. Nak sarapan masa tu memang dah rasa tak lalu sebab dah risau sangat. Kebetulan hari ni memang hari appointment dengan doktor panel tu kan. Asalnya en suami memang tak bagi pergi dah sebab doktor tu jenis tekan-tekan perut kuat sangat , tapi bila dah jadi cemni , memang kena pergi jugak la. Dalam tak lalu makan tu aku suap jugak la walaupun tak habis . Sebab pikirkan kita sharing makanan dengan kandungan kan so telan jugak. Darah mula keluar lagi. At first memang tak nak cakap kat en suami sebab tau dia kalau risau sampai tahap tak leh nak makan apa pun . So sebab dh risau sangat , aku pun cakap jugak.. Apa lagii, dia yang memang datang kat aku dengan tujuan nak amek nasi sarapan terus terbantut. 

Aku selamat sampai kat klinik tu... Boleh pulak dah sampai cam terpikir balik , eh kenapa lah aku pergi sendiri ? Kalau ada apa-apa terjadi kat aku cam na lah aku nak balik ... Rasa cam bodoh sangat dengan tindakan berdikari aku yang tak kena pada tempat nya . Dalam masa yang sama , sakit tu sekejap ada sekejap tak ada. Sampai giliran aku , terus masuk kat tempat scan . Aku cakap kat doktor yang pagi ni aku bleeding. Doktor tanya aku ni tak cukup rehat ke apa . Kalau ikutkan kerja aku memang lah aku tak cukup rehat .. dengan stress sepanjang masa . Dia scan memang baby ada lagi.
6 minggu 2 hari. Masa tu memang rasa lega yang amat sangat ... At least nampak masih ada kantung kat situ.

Doktor bagi aku mc 5 hari untuk aku rehat . Dia bagi ubat penguat rahim juga . Dia suruh aku rehat secukup nya dan jangan pikir stress ja . Aku pulang dengan perasaan lega . Dalam perjalanan rasa sakit tu tetap ada . Sekejap ada sekejap tak ada . Agak nya macam contraction la kot. Sampai ja kat tempat kerja aku terus mencari en suami dulu.. Sebab dia dah risau sangat. Bila dh tunjuk imej dari scan tadi dia pun rasa lega.                                                                                        Hari yang sama ada janji gak dengan abg ipar nak ke JPJ atas urusan . Dia pun otw nak jemput aku kt pejabat. Sampai je kat pejabat , aku rehat seketika . Memang ingat nak tunggu abg ipar tapi , tak sangka pulak sakit makin lama makin teruk plak.. Rasa macam nak beranak ja .. Terus call abg ipar dan tanya dia kat mana dan cakap tak jadi nak pergi hari tu sebab sakit sangat-sangat. 

Call en suami , tapi tak dapat . Dia off phone pasal nak setting simkad .. Aku terus bergegas ke kereta . Tak tau nak buat cam mana lagi aku terus hon ja . Dia pun datang ke kereta dan terkejut tengok keadaan aku. Dalam keadaan cemas , dia bawa aku balik ke rumah . Masa tu sakit hanya Allah ja yang tahu. Dalam masa yang sama tetap berdoa semua nya akan okay. Sampai je kat umah terus masuk ke bilik air . Darah masih keluar dan kali ini semakin banyak , dan tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang lebih besar keluar dan sejurus selepas itu perasaan sakit itu mulai kurang . Mujur lah aku tahan dengan tangan . Sah! memang aku dah keguguran .. Sesuatu seperti seketul daging sebesar tapak tangan keluar bersama ketulan darah.

Aku panggil en suami. dia tak mampu nak melihat .Sedih .. Akhirnya aku keguguran juga. Kecewa yang teramat sangat masa tu. Pada hari yang sama jugak kami bertolak balik ke Perlis. Kalau kat Penang kami pun tak tau macam mana nak uruskan kandungan yang gugur tu. Sampai kat umah mak yang uruskan semuanya . Memang yang sebesar tapak tangan tu uri agaknya. Bila di basuh sebelum nak ditanam tu sama macam seketul daging .

Redha dan pasrah saat itu .. Tak tau salah nya di mana . Mungkin Allah tak izinkan kami untuk mempunyai anak lagi. Tapi aku bersyukur di beri peluang walaupun hanya sebulan lebih , Allah bagi nikmat mengandung tu. Semoga Allah memberikan rezeki yang lain kepada kami di masa akan datang. Tak mungkin aku menyalahkan takdir atau sesiapa pun di atas segala yang berlaku kepada kami suami isteri. 27 Januari 2019, Tak mungkin aku lupakan tarikh ini. Hari ni aku keguguran setelah 6 minggu 2 hari bersama kandungan ini..

The end ..