Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Friday, 18 January 2013

D.B COOPER




source fbi.gov
Anyeonghaseyo beautiful people :)
Hari ni saya nak cerita sesuatu yang agak menarik kepada anda semua.
Saya tak tau anda semua tahu atau pon tak tentang kisah ini..
Ini bukan kisah dongeng tapi kisah 
seorang penjenayah yang di kenali dengan nama jolokan D.B Cooper .
Apakah yang membuat kan D.B Cooper ini menjadi terkenal ???



Di waktu tengah hari yang agak hening, 
Di hari Thanksgiving , 24 November 1971,seorang lelaki yang telah membeli tiket
dia atas nama Dan Cooper, lingkungan umur 40an
telah menaiki kapal terbang 
dari Portland , Oregon ke Seattle Washington.
Beliau lengkap berpakaian seperti seorang business man dan membawa sebuah briefcase .
Tepat pada jam 2.50 pm , kapal terbang tersebut berlepas.
Dan Cooper telah memberi kan sekeping nota kepada seorang pramugari yang bertugas.
Di sangka kan lelaki tersebut memberi no telefon kepada nya,
Peramugari tersebut menyelit kan nota itu dalam purse milik nya.
Dan Cooper memanggil pramugari tersebut dan mengarah kan
nya utk membuka dan membaca nota tersebut.
Di nota tersebut tertulis.
"Dalam briefcase saya ada bom. Saya akan guna jika perlu.Saya nak awak duduk di tepi saya.
Awak akan saya jadikan tebusan"
Pramugari tersebut bertindak mengikut arahan. Dia juga meminta Cooper utk menunjukkan bom 
yang di katakan oleh beliau tersebut.
Juruterbang dan juga kakitangan lain di beritahu tentang hal ini.
Cooper meminta 200k dolar America dan 4 payung terjun.
Semua penumpang yang memenuhi 1/3 daripada kapal terbang tersebut
telah di maklumkan penerbangan untuk ke Seattle telah di tunda 
di sebab kan masalah teknikal.
Cooper kelihatan tenang dan tidak melakukan sebarang keganasan.
Cara percakapan nya juga lembut yang membuat kan tiada seorang pon penumpang 
yang perasan bahawa mereka semua telah menjadi tebusan.
Pihak polis dan FBI telah di beritahu tentang hal ini,
Dan mereka telah menyediakan duit yang di minta oleh Cooper tersebut.
Di samping itu kesemua no siri duit tersebut telah di ambil.
Kapal terbang tersebut mendarat di Tacoma - Seattle Airport. 
Setelah menerima sejumlah wang yang diminta dan juga payung terjun,
Cooper melepas semua penumpang termasuk pramugari,
Yang tinggal hanyalah Cooper dan juruterbang  dan anak-anak kapal  yang 
semua nya 4 orang sahaja.
Cooper juga mengarahkan juruterbang untuk pergi berlepas menuju ke Mexico city 
dan terbang pada ketinggian yang agak rendah dengan pintu yang terbuka 
memudah kan beliau utk terjun bersama dengan 
wang tebusan tadi.
Cooper betul-betul mengambil risiko.
You jump you die or You jump you alive with all the money.
itulah yang dapat di ibarat kan dengan kerja gila Cooper ini.
Dan dia memang terjun . 
Di kawasan yang agak terpencil dan jauh daripada orang,
Polis dan FBI cuva mengesan beliau selepas beliau terjun
tetapi tidak berjaya.

pic source fbi.gov.


Operasi menangkap D.B Cooper 
Pihak polis dan FBi telah mengedar kan senarai no siri
wang yang telah di jadi kan sebagai bayaran untuk tebusan kepada Cooper ke
semua institusi kewangan , bar, casino,dan macam-macam lagi
ke seluruh dunia.
Sehingga tahun 1974, tiada sekeping wang pon yang dapat di kesan 
walaupon tawaran yang menarik telah pon di tawar kan kepada semua peniaga dan 
institusi kewangan.
Persoalan nya, Adakah D.B Cooper selamat semasa beliau terjun 
bersama wang sejumlah 200k dolar Amerika tersebut?

nymag.com


Penemuan 
Pada February 1980, seorang budak lelaki berumur 8 tahun ,
Brian Ingram telah menemui 3 paket wang yang di percayai 
duit yang di larikan oleh Cooper tersebut di Colombia River 
semasa sedang berkelah bersama keluarga nya.
Penyiasat berpendapat kemungkinan duit ini telah di hanyut kan dari satu kawasan .

picture sources from cornnews.net

Kesimpulan .
Para penyiasat yang terlibat dalam kes ini telah menyimpul kan bahawa ,
berkemungkinan besar Cooper tidak selamat semasa penerjunan yang di buat.
Ini kerana, tiada seorang pon penerjun payung yang akan membuat 
terjunan di malam yang gelap, semasa waktu hujan, dengan angin 200km/j 
yang meniup di muka , dengan hanya memakai kasut loafer dan coat.
Terlalu berisiko .
Dan payun terjun yang di guna kan oleh nya adalah payung terjun yang
di gunakan untuk latihan sahaja.
Beliau mungkin hanyalah petugas cargo semasa hayat nya 
dan ada sedikit pengalaman mengguna kan payung terjun...
Sehingga kini, identiti beliau tidak dapat di kenal pasti dan 
kes ini di anggap sebagai kes yang tidak dapat di selesai kan walaupon 
pada tahun 2009 pihak yang berkaitan
telah cuba untuk menyiasat kes ini dengan menggunakan teknologi yang lebih moden.

pic from fbi.gov


Apalah yang agak nya terjadi kepada D.B Cooper ini yer ?
Yang pasti beliau membuat tindakan ini tanpa berfikir panjang 
dan tanpa mengkaji dengan lebih mendalam lagi.
Tindakan beliau ini hanya meragut nyawa nya sendiri.

Sekian... :)







2 comments:

  1. wahh, awk dapat dari mana info2 macam ni ? :D
    nice entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari dokumentari, bacaan dan media lain . Sebab minat sangat2 benda mcm ni . dan bila ada yang menarik saya terus kongsi kan cerita kat belog ni :) thanxx for reading :)

      Delete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!

Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart