Followers

KILLER CLOWN - JOHN WAYNE GACY


                                                 
Anyeonghaseyo beautiful people :)
How`s your life ??
I hope you have a wonderful one...
So hari ni saya nak cerita pasal seorang lelaki yang di beri gelaran 
"Clown Killer ".
And he is one of the most notorious killer in American history ever exist.
Wah hebat kan bila di beri gelaran macam ni.
Memang dapat di simpul kan yang lelaki ini memang seorang yang sangat menakut kan.
tapi hakikat nya tidak....
Kenapa saya cakap tidak????
Macam tak betol pulak kan tiba-tiba saya menyebelahi si clown killer pulak.
Ok kalau nak tau terus kan lah membaca :)

Kehidupan Awal John Wayne Gacy

John Wayne Gacy semasa kanak-kanak
Di lahir kan pada 17 March 1942 di Chicago, Illinois, 
beliau merupakan anak ke dua daripada 3 adik beradik.
Di besar kan di dalam keluarga yang serba lengkap, 
Ayah John Wayne , John Stanley Gacy mengharap kan ,
anak nya berjaya dalam hidup.
Beliau ingin kan anak nya membesar dan menjadi 
seorang lelaki yang dia harap kan.
Tetapi apa yang ayah John Wayne harap kan itu adalah berlebihan dari
apa yang John Wayne dapat berikan .
Ini kerana kesemua yang ayah nya ingin kan itu
tidak menepati dengan minat dan keupayaan John Wayne.
Semasa John Wayne berumur 4 tahun , 
dia di pukul oleh ayah nya dengan tali pinggang di sebab kan kesalahan kecil.
Semasa umur 6 thun John Wayne telah mencuri permainan dari kedai 
runcit berdekatan rumahnya.
Ibu nya Marion Elaine Robinson menyuruh John Wayne memulang kan
semula permainan tersebut dan meminta maaf kepada 
tuan kedai tersebut.
Apabila ayah JohnnWayne mengetahui tentang perkara ini, 
Sekali lagi dia di pukul.
Mulai saat ini , ibu nya bertindak untuk melindungi 
anak nya yang malang ini dari di pukul oleh ayah nya.
Disebab kan perkara ini,
ayah nya sering menggelar kan dia "lembut"
"anak emak" dan "akan membesar menjadi pondan".
Semasa John Wayne membesar , dia gagal untuk membuat kan
ayah nya bangga dengan diri nya.
Di sekolah dia tidak dapat menyertai aktiviti sukan yang lasak di sebab kan 
tahap kesihatan nya yang kurang mengizin kan
iaitu jantung nya yang lemah.
Dia juga tidak mempunyai ramai kawan dan sering di buli.
Akan tetapi , John Wayne adalah pelajar yang suka membuat 
kebajikan dan menolong cikgu nya di sekolah.
Di sebab kan tahap kesihatan jantung nya kurang memuaskan ,
John Wayne pernah di masuk kan ke hospital selama berminggu dan 
ketinggalan dalam pelajaran menyebab kan 
dia tidak dapat memberikan markah yang memuaskan .
Ini menambah kan lagi kekecewaan ayah John Wayne .
Walaupon John sakit terlantar di hospital , 
ayah nya mengatakan yang John hanya berlakon sakit
dan langsung tidak ada sifat kesian terhadap John.
Semasa umur John Wayne 9 tahun , 
dia telah di cabul oleh seorang lelaki yang di kenali oleh keluarga .
Akan tetapi John hanya berdiam diri dan tidak memberitahu
kepada sesiapa kerana takut dia pula yang akan 
di salah kan oleh ayah nya .
Lebih teruk lagi ayah nya juga pernah memukul dan memarahi nya 
di hadapan kawan-kawan nya sendiri .

John Wayne Gacy bersama ahli politik

John Wayne Gacy tinggal berasingan dengan keluarga nya semasa umur
 18 tahun  mula menjinak kan diri dalam politik 
dimana dia menjadi pembantu kepada calon parti yang akan
bertanding di kawasan kejiranan nya.
Perkara ini telah membuat kan ayah nya semakin berang dan 
sekali lagi melontar kan kata-kata keji terhadap beliau.
John Wayne Gacy hanya ingin diri nya diiktiraf dan di hargai oleh
orang lain selain dari ayah nya kerana 
tiada satu pon benda yang dia buat yang boleh membuat kan 
ayah nya puas hati.
Selain itu John Wayne Gacy pernah bekerja di rumah mayat dan Syarikat 
yang menjual kasut.
Di sini lah beliau bertemu dengan seorang wanita yang bernama Marlynn Myers
dan berkahwin.
Hasil daripada perkahwinan ini beliau di kurnia kan 2 orang anak.
Ayah John Wayne Gacy yang dulu nya tidak 
pernah puas hati dengan nya turut gembira 
dengan kejayaan anak nya untuk membentuk 
sebuah keluarga dan bekerja tetap.
Setelah berkahwin dengan Marlynn , John telah di lantik menjadi 
Manager restoren KFC yang dimiliki oleh ayah mertua nya di Waterloo,Iowa.
Semasa menjadi manager, John Wayne telah menyertai satu kelab yang 
dikenali sebagai Jaycee dan menerusi kelab ini dia telah
menjadi orang yang penting kerana berjaya menarik ramai 
orang lain untuk menyertai kelab ini.
Dan di sinilah segalanya bermula.

Permulaan titik hitam di dalam hidup John Wayne Gacy.

Pada satu malam semasa beliau dan rakan-rakan mula mabuk,
salah seorang rakan nya telah melakukan seks oral terhadap diri nya
Di sebab kan John Wayne Gacy pernah di cabul semasa di zaman kanak-kanak,
dia agak keliru dengan keinginan seksual nya.
Tanpa pengetahuan isterinya , 
John Wayne Gacy terlibat dalam dadah, pelacuran, pertukaran isteri,
dan pornography,
Semua aktiviti ini dilakukan di bahagian bawah tanah pejabat milik nya.
Walaupon kesemua pekerja yang datang ke kelab tersebut adalah berbilang jantina,
akan tetapi beliau lebih menggemari lelaki,
Keinginan seksual songsang ini telah menyebab kan 
John Wayne Gacy mula berminat dengan lelaki remaja belasan tahun.
Ini di buktikan apabila dia telah mencabul seorang budak lelaki ,
Donald Voorhees yang berumur 15 tahun.
yang merupakan anak kepada ahli kelab Jaycee itu sendiri.
John Wayne mengarah kan budak itu untuk berdiam diri.
Percubaan pertama ini dilakukan pada tahun 1967.
Selain remaja tersebut , beberapa remaja lain turut menjadi mangsa beliau.
Pada tahun 1968, Donald Voorhees telah menceritakan
segala perbuatan John Wayne Gacy kepada ayah nya. 
Dan tanpa berfikir panjang ayah nya telah membuat laporan polis dan 
John Wayne Gacy telah di tangkap.
Selepas John di tangkap, ada pula remaja lain yang
datang kehadapan dan membuat pengakuan yang 
mereka juga pernah di cabul oleh John.
John telah di penjara selama 10 tahun.
John tabah menghadapi hukuman ini walaupon seluruh keluarga 
nya menangis dengan hukuman yang telah di kenakan kepadanya
termasuk ayah nya sendiri.
Pada hari yang sama John di jatuhi hukuman , 
isteri nya Marlynn telah memfail kan penceraian mereka.
Dan dia tidak pernah berjumpa dengan isteri dan anak - anak nya 
lagi setelah bercerai.

isteri pertama John Wayne Gacy
Semasa berada di penjara John telah menjadi ketua memasak 
kerana sifat nya yang memang suka kan kerja-kerja memasak.
Beliau telah mencipta beberapa resipi yang baru
untuk santapan rakan-rakan semua.
Pada tahun 1969, Hari Krismas , ayah John meninggal dunia 
disebabkan penyakit hati.
Setelah mengetahui tentang berita ini John berasa sangat sedih.
Dia memohon utk pulang melihat pengkebumian ayah nya 
tetapi permintaan nya di tolak.
Dia amat kecewa dengan kematian ayah nya dan 
merasakan kan yang diri nya adalah punca 
yang menyebab kan ayah nya meninggal dunia.

John semasa menjadi Head Cook di penjara
John Wayne Gacy dibebaskan 

Pada 18 June , 1970 selepas 18 bulan dipenjara,
John Wayne Casy dibebaskan di bawah pengawasan parol.
John ingin membina hidup baru,
Beliau pulang ke rumah ibu nya di Chicago.
Dengan bantuan kewangan daripada ibu nya ,
John telah membeli sebuah rumah di  Norwork Park,
selepas beliau dibebaskan sepenuh nya.
Beliau berpindah ke rumah baru pada tahun 1971 dan bertunang dengan 
Carole Huff seorang janda anak dua yang
di kenali nya semasa zaman sekolah dahulu dan berkahwin pada tahun 1972.
Ibu nya berpindah dari rumah itu untuk memberikan 
privasi kepada pasangan tersebut.
John Wayne telah membuka syarikat kontraktor yang diberi nama 
PDM Contractor dan beliau jugak turut menjadi sukarelawan.
Semasa beliau menjadi sukarelawan ,
beliau akan berpakaian seperti badut dan menghiburkan kanak-kanak
dan menggelarkan diri nya dengan nama "Pogo".
Semasa tempoh ini, beberapa individu telah 
mengadu kepada polis tentang perbuatan songsang John.
Akan tetapi semua laporan itu tidak dapat dibuktikan kerana 
pelapor gagal hadir di hari perbicaraan.

Perkahwinan ke dua John 
John Wayne Gacy mula bertindak lebih ganas.
Walaupon John telah berkahwin dengan Carole , 
akan tetapi sifat songsang nya itu tetap bertapak di dalam diri nya.
Suatu malam , pada tahun 1972,
beliau telah mencabul seorang remaja lelaki dan menikam budak tersebut
di dada budak tersebut bertubi-tubi.,
John menyedari dengan mencabul dan membunuh beliau
dapat mencapai tahap orgasma yang tinggi .
Mayat lelaki tersebut di tanam di ruangan bawah tanah rumah nya 
John sekali lagi di cerai kan oleh isteri nya 
kerana telah mengabai kan isteri nya tersebut di sebab kan sifat songsang nya itu.
Ini memberi kan peluang keemasan kepada John 
apabila dia tinggal seorang diri.
Dia lebih bebas melakukan aktiviti songsang nya .
Dari tahun 1972 sehinggalah kegiatan nya 
terbongkar pada tahun 1978 .
Mangsa yang di catat kan adalah berjumlah 33 org. 
Perbuatan John Wayne Gacy dapat di hidu oleh pihak berkuasa apabila 
keluarga mangsa terakhir nya telah melaporkan kehilangan 
anak teruna mereka yang berumur 15 tahun yang bekerja
di sebuah farmasi yang telah mengupah sykt John utk
mengubahsuai farmasi tersebut.
Pemilik farmasi tersebut telah memberitahu kepada 
pihak polis bahawa orang terakhir yang berjumpa dengan budak tersebut adalah John.
John tidak mengakui yang dia telah berjumpa budak tersebut.
Polis datang ke rumah nya untuk menggeledah. 
Tapi John Wayne tetap bersikap tenang dan 
melayan polis tersebut dengan perasaan tidak bersalah.
Sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah juga.
Akhirnya semua kegiatan songsang John terbongkar 
dengan penemuan tulang-tulang manusia di bahagian bawah tanah rumah nya.



John Wayne Gacy akhir nya menyerah kalah 

Pada 22 December 1978, John Wayne Gacy mengaku kepada
pihak polis yang dia telah membunuh dan mencabul
lebih daripada 30 orang remaja lelaki pada sekitar tahun 1972 - 1978.
Selain daripada tulang temulang mangsa ,
barang peribadi milik mangsa jugak di temui di rumah 
John Wayne Gacy.
Pada 6 February 1980 John Gacy dibicarakan atas
pertuduhan membunuh dan mencabul 33 org remaja 
lelaki di Mahkamah Chicago.
Sebelom beliau di bicara kan ,
Peguam beliau memohon supaya John di periksa oleh ahli psikiatri utk 
menguji adakah beliau mempunyai masalah mental.
Hasil daripada kajian mereka mendapati 
John Wayne Gacy adalah seorang yang menghidapi 
Paranoid schizophrenic yang menderita dengan pelbagai watak 
yang ada di dalam diri nya,
Maksud nya dia ni boleh jadi baik, 
kadang-kadang jahat tanpa sedar.
Akan tetapi penyiasat bertegas yang John Gacy melakukan semua 
jenayah tersebut dalam keadaan waras.
Ini kerana John telah mengarah kan salah seorang daripada orang 
yang dikenali nya untuk memperbesar kan tempat beliau menanam semua
mangsa-mangsa yang dibunuh nya itu.

wajah John semasa menghitung hari utk di hukum
John Wayne Gacy Di jatuhi hukuman mati 
Pada March 3, 1980 setelah beberapa minggu di bicarakan 
akhirnya John Wayne Gacy di jatuhkan hukuman mati.
Akan tetapi hukuman yang di jatuhi kepada nya tidak di lakukan 
serta merta tetapi selepas 14 tahun  iaitu pada tahun 1994.
Semasa beliau berada di penjara menghitung hari kematian nya , 
John Gacy menghabiskan masa nya melukis.
Antara lukisan nya ialah lukisan Badut yang menggambar kan
diri nya seniri pada satu ketika dulu.
Hasil seni nya itu terjual dengan harga $200 ke $20k dolar
dan wang hasil jualan telah di salur kan 
kepada badan-badan yang tertentu.
Selain itu beliau juga membaca buku undang-undang di masa lapang.
John Wayne Gacy mendakwa selain diri nya
ada lagi beberapa orang yang terlibat sama dalam
jenayah yang di lakukan oleh nya.

John`s sister


Goodbye Pogo.

Pada 9 May 1994, John Wayne Gacy telah di hukum mati 
dengan Lethal injection(di inject dengan kandungan dadah yang
mampu membunuh ) .
Sebelom dia menghembus kan nafas nya yang terakhir,
dia bertemu dan mengucap kan selamat tinggal kepada kakak kesayangan nya .
Ibu nya telah meninggal dunia semasa dia berada di dalam penjara.
Semasa ibu nya mengetahui yang anak nya telah menjadi 
pembunuh , ibu nya berkata dia tetap sayang kan
John walau apa pon yang terjadi.
Di luar pintu penjara , ramai orang yang datang untuk meraikan kematian 
John Wayne Gacy . 
Selepas John Wayne Gacy disah kan meninggal dunia,
otak nya dikeluar kan untuk di kaji.
Namun tiada apa yang abnormal di jumpai pada otak tersebut dan
memberikan tanda tanya kepada semua kenapa
John Wayne Gacy bertindak sedemikian rupa.

hasil seni John 
Inspirasi dari kes John Wayne Gacy.
Kisah hidup dan jenayah yang dilakukan oleh 
John Wayne Gacy telah di terbitkan dalam 
dalam versi buku , filem dan dokumentari.

buku yang menulis tentang diri nya

Kesimpulan 
Dari kisah John Wayne Gacy ini saya dapat simpul kan 
yang beliau adalah seorang anak yang malang semenjak kecil.
Ayah nya jugak tidak pernah memberikan peluang kepada nya 
untuk melakukan apa yang dia ingin kan,
Kalau lah Wayne tidak terseksa jiwa dan minda nya 
berkemungkinan dia tidak akan menghadapi masalah 
kepelbagaian watak yang ada dalam diri nya.
Jadi sebagai manusia yang waras kita seharus nya memberikan 
layanan yang sama kepada semua anak dan 
jangan memaksa mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak suka 
dan bersifat kasar yang melampau.
Cukup lah sekadar memukul anak utk mengajar mereka sahaja. 
Bukan nya memukul untuk kepuasan diri sendiri.
Setiap anak yang dikurniakan haruslah
dia jaga dan didik dengan sempurna bukan nya
diherdik dan di kecil-kecilkan seolah-olah anak tersebut 
tidak berguna,

Fuh! penat saya menaip ,
Thanxx kepada yang sudi membaca..
Sarang hae!








12 comments:

  1. Ada orang yang memang tak boleh terima tekanan kan? Ada orang boleh je. Apa yg dea lalui, dea jadikan motivasi untuk berjaya. Tapi tu lah. John ni mula2 dah berjaya. Tapi disebabkan adanya sifat negatif & kekeliruan watak tu yg jadik laen pulak. Btw, best baca cerita ni. Baca siket2 buatkan nak tau apa kesah seterusnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanxx dear liya sebab sudi baca kisah yang panjang ni . at least penat lelah orang yang menaip ni terubat juga, hehehe.. :)kdg2 cerita panjang2 ni orang xlrat nak baca . terus scroll tengok gambar je. betol cakap awak tu. tekanan boleh effect individu dengan cara yang berlainan.

      Delete
  2. Cerita yg sangat menyayat hati.... Dia terlalu memikirkan tekanan yg dia lalui dgn ayah dia... Smp efek ke masa depan dia... Dia dah berjaya, dia jd cm tu bkn sbb ayah dia tp sbb kawan2 dia & sikap negatif yg dia xleh nak bendung... Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. betol juga tu.. lagipon masa kecik dulu dia seniri pernah di cabul oleh seorang lelaki yang membuat kan dia sniri terdorong untuk menjadi mcm tu jugak. Di dalam hati dan jiwa orang yang mcm ni sukar utk kita nak selami.

      Delete
  3. menarik kisah ni kak . bila tahu kisah sebenar , kesian pula dekat John . bukan salah dia semua ni . banyak sangat konflik yg berlaku dalam dirinya . abg bella pernah tengok cerita yg diadaptasi dari cerita ni . dah lama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye , betol memang ada , lebih daripada 1. ramai sangat yang tertarik nak buat cerita berdasar kan kisah hidup dia.tapi kak seniri tak pernah tengok pon.. nnti ada masa nak try tengok juga. John dari kecil dah terima banyak sgt tekanan kesian dia, thanx sebab sudi baca :)

      Delete
  4. Wow saya baca sampi habisss! best pulak cerita dia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanxx sebab spend masa utk baca cerita yang panjang lebar ni yer,, :) betol memang sangat menarik. kiter seniri pon masa tengok dokumentari hampir2 mengalir kan air mata bila tengok saat akhir dia berpisah dengan kakak dia .. :(

      Delete
  5. Zaman kanak-kanak smpai remaja tu zaman paling banyak bg effect kat diri kita. kira masa tu lah kita nak cari identiti sendri..kalau sikit tsalah langkah mmg boleh bwk sampai besa..sbb tu keluarga tu penting untuk bawa anak-anak ke jln yg betul. Kalau mak ayah didik anak dgn kasih syg, Itu lagi senang dorang nak dengar ckp kita sbenarnye..ecceyh bebel mcm kite da ade anak je kan..hehe..nice entry sangat informative la..keep writing k..suka lah citer camni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betol tu saya setuju sangat dengan pendapat awak. Kalau dari awal tak dapat kasih sayang dan sentiasa di kecil kan , memang sukar nak di rawat. anyway thanxxx so much sebab sudi baca ni. InsyaAllah akan ada lagi cerita yang macam ni di masa akan dtg sebab saya memang minat sgt utk kaji benda mcm ni dan kongsi kepada semua . :)

      Delete
  6. Mula2 baca tu masih mngharap happy ending..bila dah baca habis baru tfikir pngajaran..best cerita ni..thnks sharing this..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome .. thanxx for reading... Bila permulaan hidup penuh dengan noda hitam , utk mendapat kan hidup yang heppy ending tu agak sukar lah sikit @_@ semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada semua,, :)

      Delete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!