Assalamualaikum...
tiba-tiba sahaja muncul satu message di dalam handset adik...
Aku pon baca...
Di dalam message tersebut menyatakan ...
Seluruh umat islam di pohon membaca surah :
al-baqarah ayat 26 dan 27
yunus ayat 85,86,88
Surah ini di baca utk menghancurkan Israel.
Dan aku tanpa berfikir panjang.
Demi utk memusnah kan Israel,
Terus baca ayat-ayat tersebut...
Semoga Allah sentiasa melindungi umat Islam di Gaza.
Dan sama-sama lah kita berdoa..
Amin
surah Al-Baqarah ayat 26
Terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 26
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat pertunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik
Surah Al - Baqarah ayat 27
Terjemahan ayat 27
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang sungguh rugi.
Surah Yunus Ayat 85
Terjemahan Surah Yunus Ayat 85
Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas".
Surah Yunus Ayat 86
Terjemahan Surah Yunus Ayat 86
(Nabi Ya`qub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah, dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahi) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Surah Yunus Ayat 88
Terjemahan Surah Yunus Ayat 88
Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.
Sila lah baca wahai sahabat sekalian...
Semoga doa kita semua makbul
Amin..... :)
No comments:
Post a Comment
Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!