Assalamualaikum....
Anyeong haseyo everyone! 안영하새요 !
Thanx for spending some time to read this.
Especially tuan punya body...
(Aku tahu mu tengah baca ni sambil kembang hidung)
Who is Hasinah Hasbullah..??
She is my best friend semenjak tahun 2003.
Kami berkenalan semasa sama-sama belajaq kat PKB dan dia adalah manusia yg terawal menjadi kawan aku di bumi Kelantan .. :)
Masa tu dalam Kelas aku sorang-sorang ja org utara di kalangan perempuan la.. Kalo lelaki ada la dua orang tapi nak buat apa kan kalo lelaki.
Jadi membawa lah diri ku dan berkawan lah dengan semua orang yang ada.
Pada mula nya si Hasinah ni berkawan dengan seorang budak yang agak alim-alim gitu.
Selepas sebulan tu, ada sorang budak lagi yg kebetulan asal dari Perlis jugak.
Izza nama dia. Aku pon berkawan dengan dia ni. Ada pulak seorang lagi budak Kelantan jugak mai join sekaki . Jadi kami 3 orang la. Tiba-tiba mungkin tak tahan ke apa , si Hasinah ni pon masuk join dengan geng aku ni. Jadi lah kami 4 orang satu geng satu kepala.
Aku, Hasinah, Izza dan MAriam.
Datang lewat ke kelas bersama-sama. kena marah bersama-sama. semua nya bersama-sama.
Semester kedua, group yang empat orang ni dah semakin bertambah menjadi 9 orang.
Masa semester tiga waktu Latihan Industri pon bersama jugak . Tapi telah berlaku perselisihan faham antara kami berdua yang melibat kan pihak lain. Tapi Alhamdulillah Allah masih sayang kan kami.
Hubungan yg hampir terputus tetap kekal sampai ke hari ni. Sebab kasih sayang
tu tetap ada dan tak kan berubah.. ewah2.
Daripada apa yang terjadi antara kita berdua ..
aku dapat simpul kan yang berterus terang dari hati ke hati itu adalah penting di dalam persahatan mahupon percintaan. Sebab kadang-kadang benda yang kita rasa tak puas hati atau sakit hati,
kawan kita tak tahu. Jadi bila kita terus memendam rasa akhir nya macam-macam yang timbul.
Dan orang yang tak sepatut nya terlibat pon turut menjadi mangsa.
So sekarang my best friend ni dah pon berkahwin dengan Lelaki yang memang dari dulu lagi mencintai dia
Khairul Anuar nama nya. Masa dapat tahu depa dua ni jadi , memang aku terkejut.
Sebab dulu-dulu bukan main lagi tak mau terima. Last-last dah memang jodoh tetap menjadi.
Setelah berkahwin dia telah di kurnia kan seorang anak yang bernama Danish Rayyan .. :)
Sekarang ni pon dia tengah mengandong anak yang kedua, :)
Semoga mu selamat melahir kan anak mu yang kedua tu yer.... Insya Allah
wah...nostalgia gila bila tengok gambaq ni...hahhahaa... :)
Last but not very least.
Ucapan utk sahabat baik ku ini...
Terima kasih utk persahatan ini... :) Aku harap persahatan kita ini akan terus kekal hingga ke hujung nyawa.
I love u my darling.. :)
Muah muah muah....
Mek nah mu jangan jerit sudah deh lepas habeh baca ni... hahhahaa ... :)
fewiiiiiiiiiiiit
ReplyDelete