Followers

ARMENIAN STREET

Assalamualaikum....
Pernah ke tak kagum dengan bandaraya Georgetown Penang ? Memang tak pernah pun tak kagum.. Asal menjejakkan kaki ke Pulau ja pasti ternganga tengok bangunan-bangunan penuh dengan sejarah di sekitar Bandaraya George Town. Last few weeks time family aku datang ke rumah , aku ada bawak depa pi berjalan-jalan di sekitar bandar which is orang panggil Armenian street... The ever famour mural town ni memang terkenal sangat di kalangan pelancong which is that day pun memang ramai sangat pelancong especially orang putih tua yang suka naik beca ... Tak kurang orang kita pun ramai yang datang ke tempat ini untuk bergambar sebab selain penuh dengan tinggalan sejarah, tempat ni memang lawa ... sis tak tipu okay.... Seburuk-buruk bangunan pun boleh jadi cantik uolls ... 

Kami bergegas ke Pulau seawal pukul 9 pagi. Sebelum tu memang isi perut dengan nasi lemak dulu which is not my choice of food now as i am leading a healthy life .... Rasa nya eversince that day memang iolls dah tak makan nasi lemak .. Semoga sis sentiasa istiqomah ^_^ Sebab nak berjalan kan perlukan tenaga betul tak... Untuk pengetahuan semua nya , mural ni semua nya duduk jauh-jauh dan untuk kali ini time bawak mak dan adik-adik memang tak ambil langsung pun gambar mural sebab ada lah jumpa gambar mural yang budak naik basikal tu kan ,,, Tapi sebab ramai sangat orang dok bergambar kat situ, so kami pun tak jadi lah nak ambil jugak. Lagipun mural tersebut dah macam agak kabur sikit lah sebab dah lama dan sangat ramai orang yang ambil gambar kat situ... 


Kat tingkap pun jadi kerja na ... Memang kat sini pintu dan tingkap pun nampak lawa ... so tak hairan lah kalau menjadi pilihan ramai. Selain jalan kaki ada ja perkhidmatan beca which is beca tu akan bawak hampa semua p ke mural-mural yg lawa-lawa dan siap ajar lagi cara nak posing sebab depa memang dah hafal dah tempat-tempat dia. Harga dia ikut jam ya minimum 30 minit lah uolls.
Selain tu uolls jugak boleh sewa basikal which is as low as RM5 ye sistur sekelian..
Sebab nak pecahkan lemak , we choose to use our foot beside sangat jimat iaitu free ^_^




Tudia gambaq pelancong kita.. Harap-harap semua nya tak serik untuk datang bertandang ke Penang lagi.. boleh la iolls bawak jejalan ya ^_^ Lepas dah penat lelah bergambar di sini , kami beransur ke Queens bay mall pulak. Tapi tak lama kat sana sebab teringat ayah yang tinggal di rumah sorang-sorang hehehehe .... Kalau nak ikut kan gambar tu memang banyak yang di ambil tapi cukup lah beberapa ketoi sahaja untuk di kongsikan bersama di sini....

Till then .... have a nice day all 


 

Bercanda di Pantai Robina

Assalamualaikum....
Last few weeks , my family ada datang bertandang ke rumah , tidur semalaman aja ....
Hari keesokan nya kami berjalan-jalan di sekitar bandar George Town.
Di sebabkan ayah tak ikut jalan bersama, petang yang indah sebelum mereka berangkat balik, kami singgah sebentar di Pantai Robina , which is dekat sangat dengan rumah which is kalau tengok dari tingkap pun dah nampak laut ... ^_^


Pantai Robina ni kalau hujung minggu memang ramai lah orang yang datang bertandang ... Lebih kurang macam Kuala Perlis jugak lah.. Geng Moto, Geng Rempit yang bawak family semua nya mai dok berkumpul di sini. Selalu memang kalau tak bawak mak ayah memang tak dak la nak mai ke sini time petang , tak sangka plak ramai sangat yang kumpul kat sini, di samping gerai-gerai jualan pun berlambak rasa cam lebih ramai dari pembeli ^_^


Puas bergambar kami pun bersurai dari sini.... Walaupun singgah sat saja , tak apa lah asalkan boleh hibur hati ayah yang kena tinggai sejak pagi sebab kami pi berjalan ^_^
Lain kali mai lagi lah nak bawak pi berjalan tempat lain pulak ...

Until then ... have a blast......





Beras yang sesuai untuk pesakit diabetis

Assalamualaikum...
Hai.. Dah start berpantang gula sekarang which is sangat-sangat dan harap-harap dapat lah mengurangkan apa yang perlu dikurangkan secepat yang mungkin. Target nak check balik kandungan gula tu adalah insyaAllah pada awal tahun ni. sis takut nak check sekarang sebab takut nak tengok result kandungan gula tu so better posponed dulu la kan. 
So apa yang sis buat yang kata nya berpantang sangat tu ? Bila kita tengok balik la kan memang makanan yang kita makan hari-hari tu mengandungi gula dalam kita tak sedar. Nasi pun boleh bertukar jadi gula juga ~_~  So jalan nya tak payah makan nasi ke macam mana ?
Actually sebenarnya daripada bacaan sis mendapati kita perlu makan nasi yang kandungan GI rendah. Contoh nya beras basmathi, beras herba poni dan seangkatan dengannya lah. So untuk beras ni sis dah cuba beras Faiza Taj Mahal. Beras dia kecik-kecik dan rasa nya pun sedap. Cara nak masak nisbah air 1:3... 1 cawa n beras sama dengan 3 cawan air. so bila masak dia akan mengembang tapi tetap nasi dia elok dan tak melekat atau lembik. 

Sis ada baca juga kalau beras biasa ada syarat-syarat nya yang boleh mengurangkan kadar GI nya iaitu ;

(1) Beras dimasak dan dimakan selepas 24jam (nasi sejuk)
(2) Nasi yang di goreng
(3) Nasi yang dimasak kurang air , kalau masak lembik tinggi GI.

Disebabkan nasi adalah kumpulan karbohidrat, so untuk orang yang hidap kencing manis memang kenalah berpantang sebab karbohidrat apabila diuraikan akan menjadi glucose.....

Sejak dua menjak ini,sis memang suka sangat cari info berkenaan kencing manis yang sis akan kongsikan disini sedikit demi sedikit. 

Apa yang dapat disimpulkan , setelah mengkonsume beras Faiza taj mahal ini, perut kurang lapar berbanding sebelum ini.So sangat-sangat lah okay sebab sis adalah sejenis yang cepat lapar especially pukul 4 ptg .... berharap sangat agar sis dapat istiqomah dan lead a healthy life ... Dah terantuk baru nak tengadah kan .. Ni lah akibatnya ... ~_~


KEPUTUSAN MEDICAL CHECK UP.

Setelah dua hari menunggu akhirnya masa untuk mengetahui keputusan medical check up telah pun tiba. Tepat jam 2 petang kami sampai di BP lab . Masa tu orang tak ramai jugak lah just ada beberapa orang sahaja yang mungkin datang untuk mengambil keputusan ujian darah dan air kencing seperti kami berdua ^_^ Kami menunggu hampir sejam sebelum nama kami di panggil dan aku masuk dahulu daripada kawan aku dan soalan pertama yang diajukan oleh doktor ...

Doktor : Memang u cuma ada talasemia sahaja ka ? 
(that day aku cakap kat doktor aku pembawa telesimia)

Aku: Ya , doktor ....

Doktor terus buka helaian demi helaian dan mula mengomel

Doktor : u ada kencing manis woo.. tengok u punya result .. u ada puasa kan that day ...

Terbuntang mata aku tengok bacaan blood glucose aku !

17. something .. which is sangat tinggi!

Biar betul aku kata dalam hati masa tu di samping tengah berdebar sesangat  ~_~

Doktor : U memang kena start makan ubat kalau macam ni.. Tak pa u try pi check kat klinik lain pulak if result still sama , u kena start makan ubat ...

Dalam hati aduhaiii apalah nasib ku .... ketakutan yang selama ini memang sangat-sangat di khuatiri akhirnya menjadi jugak la ...
Patut lah selalu rasa letih semacam sahaja ... dan kadang tu rasa cm sakit - sakit sendi tapak kaki.
tangan rasa kebas ... Tak tau sejak bila aku mengalami nya yang pasti aku tak pernah mencatu gula yang aku ambil....

Biskut famous amos tu memang favourite sangat . Air bancuh sehari sampai berapa gelas. coklat, kek , biskut aku buat macam makan nasi je.. Air botol macam marigold peel fresh , kopi wonda , semua tu memang menjadi kegemaran,, Sekarang ni nak makan apa pun rasa tak mampu sebab takut ...
So maybe next time sis akan share serba sedikit mengenai diabetis ya ^_^

Sekarang dalam proses untuk lead a healthy life.. walaupun tak mudah tapi ku gagahi jua demi umur yang memang meningkat .... doakan sis ya ....

Until then... Have a blast everyone  


P.s : Muka senyum sebelum ambil result ~_~


MEDICAL CHECK UP DI BP LAB

Assalamualaikum ................
Baru-baru ini, syarikat kite ada anjurkan "medical checkup" kepada semua pekerja disebabkan ada seorang pekerja yang meninggal secara tiba-tiba.
"Medical check up tu di buat di BP lab yang terletak di Jalan New Ferry , Butterworth ....
Actually dah lama sebenarnya disuruh buat medical check up tu tapi sebab nak bagi peluang kepada orang lain , diri sendiri tunggu lah dulu kan.... ^_^
HR setiap bulan dok tanya bila nak pergi sebab depa memperuntukkan 5 orang untuk pergi ke sana setiap bulan. Nak arrange orang pergi pun ambil masa gak kan sampai lah pada bulan Nov ni baru lah berpeluang dan pekerja yang di pilih cukup nya ada 3 orang sahaja.
Untuk medical check up ni , syarikat dah pun membayar sejumlah wang yang kita hanya bawak voucher je bila nak ke sana so ada lah balance 2 lagi voucher so sis terus ajak kawan pergi alang-alang dan ada voucher berbaki lagi 2 tu kan ... Lagipun pada tarikh berkenaan jugak, memang sis agak kelapangan jugak lah so kami pun berpuasa pada malam sebelum itu,,,,,


Sampai ja di tempat kejadian setelah memberikan voucher medical check up tersebut, 
staf kat situ yang sis tak tau jawatan dia terus cucuk lengan untuk ambil darah.
Punya lah susah nak jumpa urat sebab halus sangat dan end up depa cucuk aku tiga kali!
Yang kali ke 3 tu as suggested by me sebab last time buat medical check up pun ambil dari urat yang sama . Pada mula nya depa refuse sebab urat tersebut kelihatan sangat kecil tapi sebab aku cuba yakin kan at last depa ambil gak la..
That time memang tak sempat nak ambil gambar bagai lah.
Dengan kena cucuk tiga kali nak ambil gambaq lagi ??? tobat dak...
Gambar kat sini adalah ehsan daripada kawan sis sahaja.


Seusai sesi pengambilan darah siap , kami diarahkan untuk memberikan sampel air kencing .
Setelah itu kami juga di x ray.. 
Berat badan dan tinggi juga di ambil dan macam biasa lah , obese ^_^
Ujian penglihatan juga dibuat dan ternyata memang sis tetap rabun walaupun tak teruk sangat..
Selain itu ujian untuk fungsi paru-paru juga dibuat dan doktor cakap result tak cun di sebabkan oleh cara kami tiup benda tu tak betul.
Last but not least ujian pendengaran. setakat itu sahaja ujian yang dibuat pada hari tersebut dan lastly kami dapat jumpa doktor bertugas dan doktor just tunjuk keputusan xray dan yang tiada kaitan dengan darah dan air kencing sahaja ...


So kami dijadualkan untuk menerima keputusan ujian kami tersebut pada hari Khamis iaitu 2 hari selepas tarikh kami melakukan medical checkup..
Sis nervous sangat that day sampai tak sempat nak selpie ,,
Hanya video ja yang sempat ambil , tu pun melalui instagram story ...
Keputusan ujian ??? Till next time sis akan ceritakan ya ..
Till then bye bye dulu ya ^_^