Followers

Beras yang sesuai untuk pesakit diabetis

Assalamualaikum...
Hai.. Dah start berpantang gula sekarang which is sangat-sangat dan harap-harap dapat lah mengurangkan apa yang perlu dikurangkan secepat yang mungkin. Target nak check balik kandungan gula tu adalah insyaAllah pada awal tahun ni. sis takut nak check sekarang sebab takut nak tengok result kandungan gula tu so better posponed dulu la kan. 
So apa yang sis buat yang kata nya berpantang sangat tu ? Bila kita tengok balik la kan memang makanan yang kita makan hari-hari tu mengandungi gula dalam kita tak sedar. Nasi pun boleh bertukar jadi gula juga ~_~  So jalan nya tak payah makan nasi ke macam mana ?
Actually sebenarnya daripada bacaan sis mendapati kita perlu makan nasi yang kandungan GI rendah. Contoh nya beras basmathi, beras herba poni dan seangkatan dengannya lah. So untuk beras ni sis dah cuba beras Faiza Taj Mahal. Beras dia kecik-kecik dan rasa nya pun sedap. Cara nak masak nisbah air 1:3... 1 cawa n beras sama dengan 3 cawan air. so bila masak dia akan mengembang tapi tetap nasi dia elok dan tak melekat atau lembik. 

Sis ada baca juga kalau beras biasa ada syarat-syarat nya yang boleh mengurangkan kadar GI nya iaitu ;

(1) Beras dimasak dan dimakan selepas 24jam (nasi sejuk)
(2) Nasi yang di goreng
(3) Nasi yang dimasak kurang air , kalau masak lembik tinggi GI.

Disebabkan nasi adalah kumpulan karbohidrat, so untuk orang yang hidap kencing manis memang kenalah berpantang sebab karbohidrat apabila diuraikan akan menjadi glucose.....

Sejak dua menjak ini,sis memang suka sangat cari info berkenaan kencing manis yang sis akan kongsikan disini sedikit demi sedikit. 

Apa yang dapat disimpulkan , setelah mengkonsume beras Faiza taj mahal ini, perut kurang lapar berbanding sebelum ini.So sangat-sangat lah okay sebab sis adalah sejenis yang cepat lapar especially pukul 4 ptg .... berharap sangat agar sis dapat istiqomah dan lead a healthy life ... Dah terantuk baru nak tengadah kan .. Ni lah akibatnya ... ~_~


No comments:

Post a Comment

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!