Assalamualaikum ................
Baru-baru ini, syarikat kite ada anjurkan "medical checkup" kepada semua pekerja disebabkan ada seorang pekerja yang meninggal secara tiba-tiba.
"Medical check up tu di buat di BP lab yang terletak di Jalan New Ferry , Butterworth ....
Actually dah lama sebenarnya disuruh buat medical check up tu tapi sebab nak bagi peluang kepada orang lain , diri sendiri tunggu lah dulu kan.... ^_^
HR setiap bulan dok tanya bila nak pergi sebab depa memperuntukkan 5 orang untuk pergi ke sana setiap bulan. Nak arrange orang pergi pun ambil masa gak kan sampai lah pada bulan Nov ni baru lah berpeluang dan pekerja yang di pilih cukup nya ada 3 orang sahaja.
Untuk medical check up ni , syarikat dah pun membayar sejumlah wang yang kita hanya bawak voucher je bila nak ke sana so ada lah balance 2 lagi voucher so sis terus ajak kawan pergi alang-alang dan ada voucher berbaki lagi 2 tu kan ... Lagipun pada tarikh berkenaan jugak, memang sis agak kelapangan jugak lah so kami pun berpuasa pada malam sebelum itu,,,,,
Sampai ja di tempat kejadian setelah memberikan voucher medical check up tersebut,
staf kat situ yang sis tak tau jawatan dia terus cucuk lengan untuk ambil darah.
Punya lah susah nak jumpa urat sebab halus sangat dan end up depa cucuk aku tiga kali!
Yang kali ke 3 tu as suggested by me sebab last time buat medical check up pun ambil dari urat yang sama . Pada mula nya depa refuse sebab urat tersebut kelihatan sangat kecil tapi sebab aku cuba yakin kan at last depa ambil gak la..
That time memang tak sempat nak ambil gambar bagai lah.
Dengan kena cucuk tiga kali nak ambil gambaq lagi ??? tobat dak...
Gambar kat sini adalah ehsan daripada kawan sis sahaja.
Seusai sesi pengambilan darah siap , kami diarahkan untuk memberikan sampel air kencing .
Setelah itu kami juga di x ray..
Berat badan dan tinggi juga di ambil dan macam biasa lah , obese ^_^
Ujian penglihatan juga dibuat dan ternyata memang sis tetap rabun walaupun tak teruk sangat..
Selain itu ujian untuk fungsi paru-paru juga dibuat dan doktor cakap result tak cun di sebabkan oleh cara kami tiup benda tu tak betul.
Last but not least ujian pendengaran. setakat itu sahaja ujian yang dibuat pada hari tersebut dan lastly kami dapat jumpa doktor bertugas dan doktor just tunjuk keputusan xray dan yang tiada kaitan dengan darah dan air kencing sahaja ...
So kami dijadualkan untuk menerima keputusan ujian kami tersebut pada hari Khamis iaitu 2 hari selepas tarikh kami melakukan medical checkup..
Sis nervous sangat that day sampai tak sempat nak selpie ,,
Hanya video ja yang sempat ambil , tu pun melalui instagram story ...
Keputusan ujian ??? Till next time sis akan ceritakan ya ..
Till then bye bye dulu ya ^_^
semoga semuanya baik2 sahaja
ReplyDeletetak berapa baik la cik nor ~_~
DeletePastu jadi apa
ReplyDeletebaca la kt blog i ^_^
DeleteThank yyou for sharing this
ReplyDelete