Followers

Showing posts with label MY FAVORITE KOREAN MAN. Show all posts
Showing posts with label MY FAVORITE KOREAN MAN. Show all posts

OPPA SARANGHAE : LEE JANG WOO

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo pretty people.....
Hari ni Liya kembali bersiaran seperti biasa sebab keja dah habes!
Yes betol tak tipu.. hakhakhakk.... eh happy semacam ja kan....
Ok firstly jom kita bercerita pasal oppa-oppa sempena kerja dah tak dak ni..
So who is that lucky oppa ??? LEE JANG WOO !_!
  Ok Jom nak tempek gambaq dia ...

Kenal tak ? Kenal tak ? Eh tak kenal ?? tipu lah tak kenal dia ...
Dia comel sapa tak kenal dia pendek umow... (gurau ja )
First time tengok dia masa dia berlakon cerita yang bertajuk
I DO , I DO bergandingan bersama Kim Sun Ah.. ^_^


Dalam cerita ni dia jadi seorang pereka kasut muda yang jatuh cinta 
dengan pereka kasut senior.. Best cerita ni ...
Reason tengok cerita ni sebab suka dengan Kim Sun Ah ni punya lakonan..
Tapi tak sangka boleh tersangkut dengan Jang Woo ni pulak...
Pastu bila dah tengok cerita ni baru lah tahu yang Lee Jang Woo ni adalah 
pasangan We Get Married WooJung ...

Sebelum ni ada gak la tertengok kan tapi tak kenal dia tapi bila dah kenal terus
gedik-gedik dok tengok tapi tengok pon baru sampai episode 20 ja.
Tak tau bila nak sambung tengok..
Kesimpulan yang dapat dilihat Lee Jang Woo ni memang seorang yang 
sangat sweet dan soft spoken ... Pendek kata ciri-ciri lelaki idaman tu memang ada pada dia.. 
Sejuk hati aku kalau dapat suami macam dia ni..
Lepas tengok WGM cuba lah dok cari-cari lagi dia ceta yang dia berlakon dan ....

Man of Honour @ Glory Jane .... La dia rupanya lelaki itu....
Suka kalau dia buat rambut macam ni... 
Nampak sangat-sangat sesuai .. do u agree...
Tapi dalam cerita ni dia tak jadi hero pon.. 
Just lelaki no 2 ja tapi ok lah tetap pelakon utama ....

Dia pemain besbol dalam ceta kat atas tu ..... comel kan..
Cepat puji ... hikhik...

Lee Jang Woo jugak pernah menjadi pengacara rancangan Music Bank kat TV KBS
selama 1 tahun 3 bulan ... 


Jangan tak tau Lee Jang Woo ni dulu anggota Kumpulan Kpop pada tahun 2009,
yang terdiri daripada 3 orang iaitu Lee Jang Woo , No Min Woo dan Hyun Woo ..
Tapi depa dah pon berpecah dan masing-masing menjadi pelakon ...
Kenal tak kawan dia yang dua orang lagi tu.. ?? 
Kalau peminat k drama mesti kenai yang dua lagi ni .. ^_^

yang terbaru sekali dia berlakon cerita ni, Bel Ami...
Thats why la aku tulis pasal dia sebab tetiba ja dia berlakon bergandingan dengan
Jang Geun Suk dan IU... Dalam ceta ni dia pegang watak lelaki yang serabai .
Ada umah besaq tapi suka dok dalam khemah...
Pastu suka kumpul habuk kat kereta sanggup tak cuci kereta kerana tu.. 

Nampak dak ciri-ciri lelaki idaman... ^_^ kikiki...
Okey lah... setakat ni ja lah kot nak cerita pasal dia ..
Walaupon belom cukup lengkap rasa nya..... 

Thanks for reading everyone ^_^










  

OPPA SARANGHAE : YONG JUN HYUNG - BEAST

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo pretty people..
Okey rasa nya macam dah lama kan tak buat entry gediks
tentang oppa-oppa kesayangan aku neh,,
Okey hari ni nak cerita pasal oppa yang bernama...
YONG JUN HYUNG ...
Okey dia memang tak seglemer Yong Hwa yang +Sally Samsaiman 

kiter tu sayang kan kan kan... tapi dia glemer jugak lah..
Mana boleh tak glemer....
Actually dia ni adalah anggota Kump BEAST !!!
Hokey jom tempek gambaq tanpa membuang masa!


Aku memang minat kalo lelaki muka honaq macam ni.
Muka ja okey bukan perangai... 
Kalo perangai honaq memang aku terajang awai-awai lagi.
Mula berkenan kat dia masa 1st time tengok dia dalam videoclip "Shock!"
Okey dia memang sangat-sangat hot dalam video clip tu...
Tak caya ?? Try lah tengok baru tauuu.. 
Tapi kalo jenis tak minat korea tengok pon memang tak mungkin
akan mengerti kan kan kan.. 

Cam tak yang mana satu joon hyung oppa??
Alah dah tentu yang rambut spike kat tepi sekali tu ha,,,
Ganaz okey ganazzz.. hehe... Comel2...

Okey itu cerita lama dan dah basi,
Lepas tu aku on off ja minat dia mula dh merambang mata
dok tengok yang lain .. untilll..
One day aku tertengok satu drama yang bertajuk "Monstar".
Jun Hyung oppa ni jadi pelakon utama...
Saat ini lah cinta yang dulu berputik kembali,

Bila rambut dah bertukar otomatik muka pon bertukar.
Men`s charm are their hair . do u agree,
Dalam ceta ni dia jadi budak sekolah dan
dalam masa yang sama seorang penyanyi terkenal...
Tak sangka dia ada bakat dalam lakonan...



InsyaAllah akan review drama Monstar ni bila dah siap tengok..
Jom tengok biodata ringkas Jun Hyung oppa....

Real Name : Yong Jae Soon.
Commercial name : Yong Jun Hyung
D.O.B : 12 Dec 1989 (Muda dari aku!!)
P.O.B : Seoul,South Korea.

Eh tu je lah kot... btw oppa ni pernah bercinta dengan Goo Hara (Kara)
Tak mau lah letak gambar dia sebab jeles sikit2..hehe..


Okey lah... bye!!

OPPA SARANGHAE : YOON AH IN

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people...
Sempena hari Jadi Yoon Ah In pada kelmarin 6 Oct 2013 yang ke 27 tahun.
Eh dia muda setahun lah dari kiter tapi tak pa pelakon korea , penyanyi korea,
apa kaitan dengan Korea semua oppa .. okey ??


Hensem dak ? Tipu lah kalau cakap dia tak hensem... :)
ok taste masing-masing kan, kalo tak nampak dia hensem apa leh buat..
*wink*wink* 
Sebenar nya 1st time tengok dia berlakon tu masa
tu dia berlakon cerita bertajuk Sungkwukwan Scandal.


Dalam  ceta ni dia rambut panjang .
Memang sangat-sangat sesuai dengan muka dia lah buat gaya rambut macam ni.
Walaupon dia tak jadi pelakon utama dalam ceta ni tapi 
kiter tetap minat kat dia.
Actually dia ni dah lama jugak lah berlakon.
Sejak tahun 2003 lagi dan dia pernah membintangi 6 buah drama 
dan 6 buah filem (source Hancinema)
Tapi yang baru kiter sempat tengok tu hanyalah 2 , haha..
Macam minat gila kan tapi dua ja pon yang pernah tengok. hampeh...


Cerita kedua yang kiter dah tengok ialah " Jang Ok Jung. Live in love "
Dalam ceta ni dia berjaya membawa watak King Sukjong dengan jaya nya..
Kalo yang belom tengok tu boleh lah berbuat demikian .. :)
Sebelom ni pon kiter pernah buat review tentang drama ni ..
Kalo yang belom baca boleh lah baca kat SINI .


Yang terbaru sekali Yoo Ah In membintangi filem yang bertajuk
" Tough As Iron " yang mula di tayang kan pada 3 Okt 2013.
Kiter kurang suka tengok movie sebab cepat habes dan cerita pon tak panjang kan.
tapi demi Yoo Ah In insyaAllah kiter akan cuba tengok filem ini...


Akhir kata kat sini kiter nak ucapkan...
" 생일 축하  합니다  우리 유아인 오 빠

Bye !_!

P.s : Alhamdulillah dah boleh guna internet ni lepas buka dengan chrome. 
Lepas makan satgi baru nak start bw.. ^_^





TOTAL HITS

Assalamualaikum.
Anyeonghaseyo pretty !_!
Selalu kan kalo bukak akaun nuffnang,
hampa2 semua dok tengok dak total hits?
Aku ada time aku tengok ada time aku tak tengok..
Tapi yang pelik nya ada satu total hit yang agak pelik...
Dan sampai kan jadi yang paling2 hit lah kat blog aku...
Sejak bulan lepas dan bulan ni jugak...
Sebelom ni aku memang tak perasan sangat.
Tapi semenjak dua menjak ni memang selalu ada.
Sampai kan entry tu jadi popular post.
padahal tulis pon bodoh-bodoh ja...
So nak tau dak apa dia ?????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yay!! LEE DONG WOOK lahhh...
Sebelom mama Review blog ni lagi perkara ni terjadi ^_6
bukti dia .... sila lihat di bawah...


yang tu bulan lepas punya ...
So yang minggu lepas punya macam ni plak...



Agak-agak oppa Lee Dong Wook ni
memang ramai gila peminat nya sampai ke entry buruk tu
pon ramai yang datang terjah....
(Ek eleh baru banyak tu dah kecoh ! hehehe)
So i think la kan entry tu kena buat lain kot ,
bagi comel-comel sikit baru tak malu sangat bila ada yang baca,,


Anyway.......
감사합니다  오빠 ...
오빠 사랑해

BYE!!!!

SNOW FLOWER COVER BY SO JI SUB

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo prettyyy !_!


So Ji Sub ni dah la hensem,
pandai berlakon pastu pandai menyanyi..
Tak caya ? Dia nyanyi sedap wooo...
Jom layan lagu yang dia nyanyi.
Cover lagu untuk ost drama I m sorry I love you..
Lagu ni bertajuk " Snow Flower "
Penyanyi asal Park Hyo Shin..
Lagu ni adalah one of the most beautiful ost song ever.
Pastu ramai plak yang dok cover laguu nii.. 


Enjoy!!! bye

OPPA SARANGHAE : SO JI SUB

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful ladies!
 Eh rasa macam dah lama tak buat entry gedix macam ni kan..
Well, once in a while kena gak kan gedix.
Eh gedix dengan pelakon korea tak per
sebab depa dok nun jauh di sana kan..
Untuk hari ni jom berkenalan dengan my lovely oppa

SO JI SUB. 소지섭



Sekarang ni tengah gila kan dia sebab tengok

ceta yang dia berlakon setelah sekian lama
tak tengok dia... so hati agak
berbunga dan bila hati berbunga nak menulis pon rasa seronok.
kalo hampa-hampa kenal dia ni,
mesti tau yang dia ni sorang pelakon yang payah nak senyum.
mak kata senyum dia mahaii...
Kena bayaq sejuta kot baru dia nak senyum ^_^
Tapi watak macam tu memang sesuai dengan dia.
dan aku minat sangat lelaki yang sombong belagak dan
payah nak senyum macam ni sebab sekali senyum
melting setahun ^_^
tanpa membuang masa lagi jom kita tengok
ceta2 yang pernah dia lakon kan.
kiter list down semua nya kali ni ok ?
semua tu means yang dia jadi hero atau 2nd hero lah..

 1. A Delicious Proposal

Ceta ni ceta lama , tahun 2001. 
Wah masa ni kiter pon muda lagi dan oppa pon muda lagi time ni.
So sebab ceta ni dah lama tak pasti ada ke tak kat online.
Ceta ni di bawah kategori Romantic Comedy so
agak-agak mesti best kan ...
Tapi dalam ceta ni oppa memegang watak sebagai abg
kepada heroin iaitu Son Ye Jin .
Kalao baca kat sinopsis ceta ni mengisah kan

tentang cinta di antara dua anak musuh tradisi.
di mana ayah hero dan heroin ni dulu-dulu
pernah bermusuhan .. ^_^ macam besh je kan...

2. Law Firm 

Nostalgia je kan nampak muka oppa kiter dalam ceta ni..
So dalam ceta ni dia tak jadi hero pon.
Hero nya Song Seung heon . 
Ceta pasal syarikat guaman la ni.. 
Best ke tak, kiter pon tak pasti.. ^_^
Ceta ni tahun 2001 jugakk . 

3.We are Dating Now

Akhir nya dapat jugak my oppa jadi hero dalam drama
We are dating now yang di tayang kan di SBS
pada tahun 2002 .
Drama ini bergenre kan romantic comedy.
Dalam ceta ni oppa memegang watak sebagai 
Choi Kyo In yang jatuh hati pada jiran nya
yang selama ini di anggap seperti adik beradik sniri..

4. Glass Slipper

Dalam tahun 2002 lagi, 
my oppa berlakon ceta ni pulak.
Ceta ni dia tak jadi hero pon.
Ceta ni ada 40 episode dan di tayang kan di TV SBS.
Macam ada konflik sikit ceta ni.. 
Konflik kekeluargaan rasa nya ^_^
Nak komen lebih tak leh sebab kiter pon belom tgk lagi .

5. Thousand years of love

Dalam ceta Thousand years of love ni ,
oppa bergandingan dengan kakak kiter iaitu Sung Yu Ri.
Ceta ni best sebab ada unsur-unsur time traveller macam tu.
Tuan puteri ni dari kerajaan yang musnah iaitu Baekje dan
datang ke zaman moden.
Di zaman moden dia berjumpa pulak dengan 
kelahiran semula kekasih nya dan musuh-musuh nya.
Memang best citer ni...
nak tau boleh la tengok ^_^

6. Memory Of Bali

Sapa penah tengok ceta ney ??
Mesti ramai pernah kan sebab ceta ni pernah masuk dalam tv.
Ceta ni ending dia sedih gila yang buat 
kiter meraung macam orang mati kekasih..
Sedih sesangat kot! 
tapi masa tengok ceta ni kita lebih minat kepada hero 
nya iaitu Jo In Sung..
Dalam ceta ni oppa ni keras macam batu la
plus kita selalu kata dia ni macam dok kulum batu ja dalam mulut 
hehehhehee. ^_6

7. I am sorry I love you

Ceta ni pon pernah masuk dalam tv gak!
Dan sampai sekarang ni kiter tengok citer ni sekerat-sekerat ja.
haiiishhh .. kata sayang oppa tapi boleh jugak wat cm ni kan..
Ceta ni pon kategori sedih gak nii..
Oppa selalu kalo berlakon dapat perempuan yang jenis
happy happy go lucky gitu..
Oppa ja payah nak senyum.
Ending ceta ni pon sedih gila..
Adik-adik kita setiap kali tengok setiap kali tu la depa menanges ,,
hehehhehee.. feeling gitu..

8. Rough cut 

Apabila oppa dan oppa bergaduh ini lah jadi nya.
Kang Ji Hwan oppa dengan So Ji sub oppa,
mana lagi aku sayang?? aduh xleh nak pilih kot.
Both of them have their own style i cannot resist.
Yang ni movie dan kiter belom tengok agi. hehhee..
Movie kiter tak layan sangat sebab pendek.
kiter suker citer yang pjg-pjg baru ada ummm..
Tapi insyaAllah satu hari nanti kiter ada masa
sure kita tengok citer ni.
Nak gak tengok dua-dua oppa ni bergaduh .. hehee

9. Cain and Abel

Yang ni plak kisah persaudaraan antara abg dan adik.
Kiter belom tengok yang ni. hehehee.
so tak leh nak buat ulasan yang lebih .

10. Road no 1

yang ni plak ceta yang berlatar kan 
kehidupan sewaktu zaman Korean War.
Kali ni oppa jadi askar pulak yer,
Pon belom tengok lagi ceta ni..
Ji Sub oppa bergandingan dengan Yoon Kye Sang oppa,
yang memang kiter minat jugak ^_^

11. Ghost 

Ni Drama yang oppa berlakon pada tahun 2012.
Latest jugak lah dan pernah di tayang kan di S one,
kat tv malaysia tak berapa pasti rasa mcm belom lagi.
Best ceta ni sebab oppa jadi mcm penyiasat jenayah cyber.
Oppa sangat2 hensem dalam ceta ni ,
betol tak tipu punya .. apa ? tak percaya ?

Haaa.. nampak ? hensem kan ? hehehhee
puji cepat kalo tak tak mo kawan.. ^_^
so dalam ceta ni oppa bergandingan dengan Choi Daniel ..
Sapa Choi Daniel ni... tanya lah Mr Google ...

12. Master`s Sun.

Lastly master sun ^_^
Drama yang tengah di tayang kan kat Korea sekarang ni
dan jugak di channel s One ...
Bes ceta ni sapa tak tengok rugi..
Seperti yang pernah di nyatakan drama ini adalah hasil seni HONG SISTER
Ceta mengenai seorang perempuan yang dapat melihat hantu
dan terpaksa menolong hantu.
tapi oppa ni dia punya badan berkuasa sikit sebab 
boleh buat hantu-hantu semua hilang... besss ceta nii
wajib tengok !_!
(nanti habes nak buat review k )

Selesai sudah bercerita pasal lakonan oppa tersayang ni,
so now jom kita baca personal detail tentang oppa pulak ..

Nama : So Ji Sub 
D.O.B : 4 Nov 1977
birthplace : Incheon South Korea
height : 182 cm
blood type : O
talent agency : 51k

ah. smart giler. oppa ni model Giordano jugak ek.
Lepas ni kena beli brand Giordano pulak la.
demi oppa tersayang.. hehehhe..
Gedix je kan ^_^

So untuk memudah kan kawan-kawan mengomen.
kiter nak kawan-kawan jawab soalan di bawah 

1. oppa Ji Sub ni hensem tak ?
2. pernah tengok dia berlakon tak ?

hehe.. soklan pon tak boleh blah ja kan..
anyway ... thanks for taking your precious time to read
this very gedix entry,,,
Bye!!


P.s : Oppa ni kan wajah dia seakan-akan seseorang 
yang pernah bertakhta di hati .. ^_^ 
tiba-tiba kenangan lalu menggamit hati ewah2. gatal!















OPPA SARANGHAE : JUNG IL WOO

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyooo pretty ladiezzzz,
Hari ni nak kenal kan sorang lagi oppa yang tak berapa
nak oppa sangat sebab dia muda dari aku,
tapi tak kira nak panggil oppa jugak.. ^_^
presenting

JUNG IL WOO. 정일우


ah comel nya my oppa ni kan..
well 1st time tengok dia berlakon adalah cerita yang
bertajuk My Fair Lady .
Dalam ceta ni dia jadi hero no 2.

kalo hero no 2 kawan-kawan paham-paham je lah.
mesti akan keciwa dan terpaksa membiar kan
insan yang di cintai itu terlepas ke tangan orang lain..

So dalam ceta my fair lady ni,
il woo oppa bergandingan bersama dengan 
Yoon Eun Hye dan Yoon Sang hyun.
Tapi di sebab kan dia hero no 2
dan watak dia tak menyerlah ,
so memang time ni langsung tak minat kat dia..
so nak tau bila yang dok berputik
dan melting bila tengok dia ??


Dalam ceta 49 days.
Walaupon dia tak jadi pelakon utama tetapi
dalam ceta ni dia jadi malaikat maut 
yang sangat hot giler.
Malaikat maut naik moto besar , hehehe...
memang best giler la tengok dia berlakon dalam ceta ni.
Dengan Macho nya fuh. 
tergugat iman aku,, ^_^
sapa-sapa yang belom tengok ceta 49 days ni,
leh la tengok dan paham apa yang aku maksud kan ^_^

Ni dia The Grim Reaper yang memang hot gila. ^_^
Kiter suker style rambut dia dalam ceta ni.
Memang stylish gila!
ah.. comel nya my oppa (gedix seketika)
Bila dah mula minat,
Pantang ada ceta baru memang kiter akan follow..
The next drama ,
Flower Boy Ramyun Shop .
Dalam ceta ni Il Woo oppa memegang watak sebagai 
Cha Chi Soo seorang anak orang kaya 
yang telah jatuh cinta kepada
cikgu praktikal nya yang hanya merupakan
Miss Nobody.. Maksud nya perempuan tu
bukan lah yang paling hot tapi dia leh jatuh cinta.
Memang best ceta ni sebab ada lawak-lawak
jenaka ala-ala romantic comedy gitu..
Dengan pakaian dia yang memang segak bergaya..
Maklum lah jadi anak orang kaya kan .. 
pakai semua mau branded lah..
padahal dia budak sekolah agi time tu.. ^_^
Memang comel lah...
So satu hari tu kiter tengok lah satu ceta ni 
yang bertajuk HIGH KICK 1.
Tengok ceta ni pon sebab nya ceta ni terlalu popular.
so kiter nak tau la. apa kemenda yang
popular sangat ceta ni sebab ada sampai ke HIGH KICK 3.
Sebenar nya High Kick ni sitcom 30 minit dan
episode dia ada 100 ke atas.
Alah macam kita dok tengok pi mai pi mai tang tu,
spanar jaya dulu-dulu ni la kan..
Perasan tak sekarang ni macam tak dak dah sitcom macam tu?

Kebetulan plak dia ada dalam sitcom ni.
Memang best bertambah-tambah walopon 
kalo tak da dia tetap best gak. ^_^
Kalo tengok sitcom ni , tak gelak guling-guling memang tak sah.
Sitcom ni memaparkan kisah family Lee Sun Jae (tok wan).
Tajuk dia High Kick sebab tok wan ni dia suka benar
dok tendang punggung anak-anak dan cucu nya.
Sitcom ni banyak berkisar tentang kehidupan family 
yang pada aku macam real life plak.
Kadang-kadang dalam family kita kan
ada moment yang pelik-pelik dan lucu
yang orang lain tak tahu kan.. 
so dalam ni ada mcm tu lah.
Jung Il Woo dalam ceta ni dia jadi Lee Yun Ho.
yang ganas dan suka memonteng.
Tapi bila dia dah start jatuh hati kat cikgu kelas,
dia pon tak ponteng lagi,
so dalam ceta ni jugak hampa leh tengok 
Kim Bom dan Changsung (2pm) masa muda-mudi 

Haaa .. comel kan.. Semua time ni muda remaja lagi.
Memang bes sangat ceta ni macam nak
tengok berkali-kali..
Kalo nak banding kan dengan HIGH KICK 2 dan HIGH KICK 3,
yang no 1 lagi best lah.. ^_^
Try tengok dan hampa akan faham ^_^

At last but not very least ,
The Moon that Embrace the Sun.
Dalam ceta ni dia jadi Prince Yang Myung.
Tapi di sebab kan dia ni anak gundik,
dia tak leh jadi raja lah.
so adik dia lah yang jadi Raja.
Ceta ni best gak la.. Ceta mengenai Raja yang
bercinta dengan seorang gadis yang menjadi seorang pawang.
Ending dia Prince Yang Myung ni meninggal kot.
Last episode tak tengok sampai ke hari ni.
Sebab hari tu masa nak tengok asyik dok sangkut ja..

Paling suka time dia senyum. 
Gigi dia kecik-kecik macam ni
Tapi kalo buat muka serius pon memang comel sangat ^_^
Jom baca serba sikit pasal dia 

Name : Jung Il Woo
D.O.B : 9 Sept 1987
Hometown : Seoul
Education : Hanyang University
height : 184 cm 

So kalo ada sesapa yang minat kat Jung Il Woo
dan nak hantaq surat or hadiah kat dia..
Leh guna address kat atas ni yer,,
Hari jadi dia pon dah tak lama lagi akan menjelang tiba. 
boleh lah bagi hadiah . hehehe... ^_^
(Tapi tak pasti address ni still valid atau tak )
Dia pernah datang ke Malaysia tahun lepas kot.
Nak tengok ??

Comel kan!
Untuk list drama dan movie lain tekan SINI
Ok! Thats all for now! bye!
Saranghae Il Woo Oppa!