Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Tuesday, 27 August 2013

RESIPI MUDAH LONTONG

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo sweetheart sekelian..
Untuk dinner malam ni, Liya makan lontong .
Sedap tau uolls...
For u guys info, untul bulan syawal ni ja,
dah dua kali wat lontong kat umah ni..
Tapi orang yang betol-betol makan tu dua orang ja..
Me and uri omma ja..
Yang lain tu ada yang tak reti makan dan 
ada yang tak suka makan...

yay... kenyang sudah makan ni ?
Sapa lagi yang suka makan ni angkat tangan ....
aaahh ramai jugak yer..
Nak resipi tak ??
Resipi yang agak simple aja 

KUAH LODEH 

1. Sebiji terung hijau.
2. Sebiji carrot
3. 2 biji kentang
4. 1/4 biji kubis.
5. Kacang panjang (2 btg)
6. Pucuk campur.
7. Tempe(goreng)
8. Tauhu (1 keping)
9. Ikan bilis/udang kapas/udang kering
10. Bawang putih dan merah untuk menumis
11. Santan (secawan)
12. Fish ball
13. Asam gelugur 1/2 keping

CARA MEMASAK .
1. Panas kan minyak dan tumis kan bawang putih dan bawang merah.

2. Setelah naik bau masukkan bahan no 8,9,12. Goreng seketika.

3. Setelah agak garing masuk kan air.Kalo guna nyok perah masuk kan yang di perah terus 

4. Apabila air mendidih masuk kan santan dan kacau sehingga rata.Masuk kan asam keping.

5. Setelah santan pecah minyak masuk kan sayur sayuran dan pucuk campuran.

6. Kacau sampai sekata dan masuk kan garam serta aji secukup rasa.

7. Setelah agak2 masak boleh la tutup api.

KUAH KACANG.

1. Kacang tanah ( goreng kering dan di tumbuk lumat)
2. serai (1btg - tumbuk)
3. bawang merah (5 ulas - ditumbuk)
4. Bawang putih (3 ulas - di tumbuk)
5. Cabai kering - (10 tangkai di blender dgn belacan dan bawang)
6. Minyak secukup nya ( secawan atau lebih)
7. Air - segelas

CARA MEMASAK
1. Panas kan minyak dan tumis kan bahan2 yang ditumbuk kecuali kacang
2. Setelah naik bau masukkan cabai kering blender tadi.
3. Masak sampai pecah minyak.
4. Masuk kan kacang tumbuk dan segelas air.
5. Masak sampai pecah minyak dan masuk kan garam, gula dan aji secukup nya.
6. Setelah masak tutup api.

SAMBAL IKAN BILIS 
Yang neh simple. boleh buat style masing-masing ok..
yang penting sedap.. 

okeysss... dah selesai.. kalo ada masa cuba lah resipi mudah ini..
opss jangan lupa ketupat nasik ok..
nanti kalo tak rebus ketupat nasik tak complete lah 
lontong nii..
Thats all for now. nak pergi blogwalking dan komen 
blog2 kawan-kawan plak..
Bye!




8 comments:

  1. pegh!!!!!teringat kuat lontong kakak sedara bwat mase puase ari tuh!!heheheh...

    ReplyDelete
  2. kita suka jugak makan ni..tapi problemnya kita tak suka makan nasi impit so selalunya kita akan makan kuah lodeh tu..memang best macam-macam ada kat dalam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah awak mcm adik kiter la.. dia tak suka makan nasik himpit jugak. ayah pon sama. siap dok cari mee kat dalam peti ais nak makan dgn kuah tu. lucu la

      Delete
  3. phew..iqa lontong pon x pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iqa cuba buat dan rasa,, memang bes!

      Delete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!

Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart