Anyeonghaseyo pretty people...
Eh kawan-kawan pernah dengaq dak pasal bulan hantu ???
Bulan hantu ni jatuh pada bulan ke - 7 dalam kalender lunar
iaitu pada bulan ini ^_^
Mengikut kepercayaan masyarakat buddha,
pintu neraka di buka pada bulan ni dan
ke semua roh - roh hantu bebas bergerak ke mana sahaja.
Untuk mengelak kan dari di ganggu oleh hantu - hantu yang
berkeliaran ini, masyarakat buddha akan
bersembahyang untuk hantu-hantu ini
agar mereka akan kembali tenang dan tidak mengganggu manusia.
Selain bersembahyang kepada hantu ini,
ada beberapa pantang larang yang harus di ikuti oleh mereka..
Hungry ghost festival yang diadakan di Penang. |
1. Jangan kencing dekat pokok kerana di khuatiri mengganggu
hantu yang ada dalam pokok itu ^_^
2. Orang-orang muda tidak di benar kan pulang lewat pada
bulan ini kerana di khuatiri hantu akan mengikut mereka
pulang ke rumah.
3. Jangan menendang atau mengganggu barang-barang sembahyang
yang telah di offer (makanan, lilin, colok dan sebagai nya)
kepada hantu kerana ke semua barang tersebut
bertujuan untuk menenang kan hantu-hantu tersebut
4. Pasangan yang ingin berkahwin harus menangguh kan niat mereka
untuk berkahwin pada bulan hantu.
5. Pada bulan hantu ini jugak, pementasan teater opera jugak
di adakan bertujuan untuk memberikan hiburan kepada hantu-hantu ini.
Kebiasaan nya, barisan hadapan di reserve kepada hantu-hantu.
so manusia jangan lah cuba-cuba untuk duduk di situ..
6. Jangan berenang di bulan ini! Hantu yang mati akibat lemas akan cuba
mengakibat kan nasib yang sama kepada anda.
Ada kes pernah terjadi dimana kaki di tarik dari dalam air.
7. Pada bulan ini jugak, mereka tidak di galakkan untuk melawat
orang yang sakit, melawat orang mati, pindah rumah
dan jugak memulakan bisnes.
8. Jangan bercakap mengenai hantu untuk mengelak kan hantu-hantu
ini mengganggu ketenteraman.
9. Jangan pakai baju merah atau pon hitam pada bulan ini.
10. Pada waktu malam, jangan biarkan pintu terbuka sampai larut
malam untuk mengelak kan tenaga luar daripada masuk
ke dalam rumah.
11. Jangan tinggal kan payung yang terbuka di luar rumah
pada waktu malam kerana di khuatiri hantu - hantu
tersebut akan menumpang.
12. Membawa masuk payung yang di guna kan waktu malam
ke dalam rumah jugak di larang kerana mungkin
membawa tenaga yang tak elok ke dalam rumah.
13. Di nasihat kan tidak masuk ke dalam hutan pada bulan ini.
Pokok yang daun nya panjang di kategori kan kepada yin
dan di larang berteduh di bawah pokok seperti itu..
14. Tidak boleh membunuh serangga seperti belalang, kupu-kupu
dan sebagai nya. Berkemungkinan serangga tersebut
adalah jelmaan roh atau nenek moyang yang
telah meninggal dunia.
15. Di larang membaik pulih bangunan atau kediaman pada
bulan ini kerana di khuatiri akan mengganggu makhluk yang menumpang
di situ .
16. Mengalihkan atau meletakkan akuarium yang
baru di dalam kediaman jugak di larang kerana air jugak
mempunyai unsur yin
17. Menyambut hari jadi pada tengah malam di bulan ini
juga adalah di larang sama sekali.
18. Menjemur kain yang basah di luar rumah pada waktu
malam jugak di larang kerana roh hantu ini akan mencuba
pakaian yang di jemur itu. Apabila pakaian tersebut di pakai nanti
di khuatiri akan membawa bad luck kepada si pemakai.
19. Kasut tinggi jugak di larang untuk di pakai pada bulan ini
kerana roh roh hantu ini lebih mudah untuk merasuk apabila
si polan memakai kasut tinggi. Walau bagaimanapon,
perkara ini bergantung kepada nasib tuan badan..
wahhh ... banyak gila kan pantang larang yang mesti di ikuti oleh
penganut buddha pada bulan ini..
Harap-harap kawan-kawan semua dapat menambah kan ilmu pengatahuan
tentang bulan hantu ini..
Tak salah kita belajar tentang budaya dan cara hidup masyarakat
lain yang berada di bumi malaysia ini kan...
Thanx for reading !
Bye!_!
source : my.72dragon.com
nice sharing dear, malam semalam pun masa kakak dan hubby tengah nak dinner ternampak orang bagi hantu makan...he he he...
ReplyDeleteahahahahaa.. ni pon sebab ada kawan-kawan cina kat opis yang bagi tahu.. sejak dok kawan dgn cina lah tahu semua ni. heehhee
Deletewaa.. first time dgr.saya pernah belajar agama Buddha dulu. subject Religion in Malaysia, tapi saya x pernah dgr ada kepercayaan ni dalam agama Buddha
ReplyDeletemungkin dalam buku xdak kot tapi stiap tahun memang depa akan sembahyang utk hantu, selain sembahyang hantu depa ada sembahyang kubor jugak ^_^
DeleteOh ade eh? Patut lah ada nampak macam bendera2 warna warni. ohhh. singgah sini.
ReplyDeleteada.. hehheee.. kalo nmpak bendera bentuk tiga segi cucuk atas tanah tu ye lah tu ^_^
DeleteNice entry, hehe. Anyways singgah lepak2 sini sat naa :D
ReplyDeleteharini dkt office ada sembahyang hantu.. :)
ReplyDeletesiap ada makan2 lagi buah la beras, minyak ahaha
yang bestnya melayu pon dapat jugak tp yang halal la