Followers

THE BLACK DAHLIA MURDER

Assalamualaikum.
Anyeonghaseyo beautiful people.
Dah lama aku tak tulis cerita macam ni kan.
Sebelom ni aku ada tulis beberapa cerita jenayah yang lain.
Kalau ada yang belum baca leh tekan kat 
SINI , SINI , SINI , SINI ..
Sebab nak tulis cerita macam ni sangat2 lah takes time.
nak kaji , nak cari maklumat, but since aku 
minat dan nak share dgn hampa semua ,
aku xkisah pon nak spend berhari untuk 1 entry saja..
 
So Hari ni aku nak kongsikan satu cerita yang bertajuk
The black dahlia murder .
Aku tulis cerita ni dengan hati yang penuh berdebaq .
Sampai kan malam nak tidoq pon masih terbayang-bayang lagi.
Aku tak letak gambaq-gambaq yang kurang menyenang kan
dalam ni tapi aku ada letak link...
So kalo ada sapa nak tengok leh la tengok kat link tu.
Selamat membaca !


Black Dahlia adalah nama gelaran 
yang di berikan kepada seorang gadis cantik
yang bernama Elizabeth Short.
 Elizabeth Short telah dibunuh dengan kejam oleh seorang pembunuh psiko.
Mayat Elizabeth telah di jumpai di 
Leimert Park, Los Angeles
pada tarikh 15 Januari 1947.
Badan Elizabeth telah di kerat dua di bahagian pinggang
dan bahagian muka nya juga cedera terok.
Dipercayai , dia di bunuh di tempat
lain dan mayat nya di buang di situ
kerana pihak polis tidak menjumpai setitik darah 
di kawasan mayat nya di temui..
Kes pembunuhan black dahlia ini
adalah kes beku dan tidak dapat
di selesai kan sehingga kini..

Kehidupan awal 

Elizabeth short di lahirkan pada 
19 July, 1924 dan merupakan anak kepada
pasangan Cleo Short dan Phoebe Mae Sawyer.
Pada tahun 1929 ayah nya kehilangan asset keluarga
di sebab kan kejatuhan harga saham 
dan pada tahun 1930, ayah nya 
menghilang kan diri.
Cleo meninggal kan kereta milik nya berhampiran 
jambatan dan menyebab kan kebanyakan org 
membuat kesimpulan yang beliau telah membunuh diri.
Akan tetapi ,tak lama selepas itu,
Elizabeth mendapat perkhabaran yang
ayah nya masih hidup dan 
tinggal di California.
Elizabeth membesar dgn ibu nya .
Di sebab kan ibu nya selalu membawa beliau
menonton filem di panggung wayang,
Elizabeth mula menaruh minat
untuk menjadi pelakon filem yang terkenal.
Antara filem yang memberi inspirasi
pada nya pada masa itu ialah filem bertajuk 
Gone with the Wind.

Elizabeth bersama ibu nya.
Kerana itu lah Elizabeth mengambil keputusan untuk 
berhijrah ke California dan tinggal bersama ayah nya.
Mereka berdua kemudian nya berpindah ke 
 Los Angeles dan tak lama selepas itu,
disebab kan sikap nya yang suka tidur di waktu
siang dan keluar di waktu malam,
Elizabeth berpindah dari rumah ayah nya 
dan bekerja di Kem tentera udara Vandenberg
yang dulu nya di kenali sebagai Kem Cooke.

 Kemudian Elizabeth berpindah pula ke San Francisco.
Semasa berumur 19 tahun Elizabeth di tahan atas kesalahan 
minum minuman keras semasa di bawah umur.
Oleh kerana Elizabeth pernah bekerja 
di kem tentera udara ,
beliau sangat meminati lelaki yang beruniform.


Elizabeth menjalinkan hubungan dgn seorang lelaki
yang bekerja sebagai tentera udara.
Lelaki tersebut telah melamar nya utk berkahwin.
Akan tetapi lelaki tersebut meninggal dunia
disebab kan kemalangan udara sebelom mereka sempat berkahwin.
Elizabeth tidak mempunyai ramai kawan
semasa dia tinggal di LA.
Keseluruhan masa nya di habis kan bersama
dengan orang yang tidak di kenali.
Dia menetap di Los Angeles 
selama 6 bulan sebelom dia di bunuh .
pembunuhan Elizabeth Short.

mayat Elizabeth yang telah ditutup dengan kain.
Mayat Elizabeth Short telah di jumpai oleh
penduduk tempatan Betty Bersinger dan anak nya
yang berumur 3 thun semasa 
mereka berdua sedang bersiar2 di kawasan tersebut.
 Dari jauh tubuh badan itu kelihatan seperti
patung mannequin yang telah rosak kerana
bahagian kaki dan badan berada di tempat berasingan.
 Akan tetapi apabila dia mendekati tubuh tersebut,
dia amat terkejut apabila mendapati
yang di lihat nya itu adalah tubuh badan manusia.
Dia bergegas ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
 Selain anggota bdan nya di potong dua ,
pembunuh tersebut jugak telah
mengerat bahagian tepi mulut hingga ke telinga nya
menampak kan raut wajah yang tersenyum.
Selain itu isi bahagian paha nya dan 
sebelah buah dada nya jugak telah di potong.
 Mayat nya jugak telah di basuh dan
dan rambut nya juga telah di syampoo oleh pembunuh tersebut. 
 Tangan nya di letak kan ke atas dan bahagian kaki
nya pula terbuka luas.
Beberapa bungkusan simen kosong
 jugak telah dijumpai bersama mayat Elizabeth 
dan terdapat kesan darah .

Laporan autopsi mencatat kan 
 ketinggian mayat yang di jumpai 165cm dan berat 52kg.
Terdapat kesan jerutan pada leher, 
pergelangan tangan dan kaki nya.
Walaupon kepala nya tidak retak,
terdapat kesan calar pada bahagian depan 
dan tepi kepala beliau.
Punca kematian Elizabeth adalah pendarahan 
di sebab kan kelaran kasar pada bahagian wajahnya
serta hentakan yang kuat pada bahagian kepala dan muka.
Dia juga di katakan telah tercekik darah nya sendiri
 semasa pembunuh tersebut mengerat bahagian tepi mulut nya.
Wajah nya tidak dapat di kenali di sebab kan kecederaan yang teruk.
Pihak yang berkenaan telah membuat lakaran semula
dan mengambil cap jari nya
dan mengesah kan mayat yang di jumpai itu adalah
Elizabeth Short.


Penyiasatan 

 Kes ini telah diserah kan kepada
Los Angeles Police Department (LAPD)
 untuk siasatan .
Elizabeth Short dilaporkan kali terakhir dilihat
berada di ruang legar lobby Hotel Biltmoore,
 sedang menanti kan seseorang
Red Manly yang telah menjadi suspect pertama
dalam kes ini
yang menumpang kan Elizabeth ke hotel tersebut .
Manley mendakwa , sejurus selepas menghantar
Elizabeth , dia terus pulang kerana ada urusan penting.
Semasa berada dengan Manley Elizabeth memberitahu yang dia 
sedang menunggu panggilan telefon dari seseorang.
Menurut pekerja Hotel Biltmoore pula
pada malam kejadian 
mereka melihat Elizabeth membuat beberapa panggilan
telefon dan sejurus selepas itu , dia terus keluar
dari hotel tersebut menuju ke Olive Road
dan itu lah kali terakhir dia di lihat masih hidup.
Dengan bantuan Manly pihak LAPD telah menemui
beg pakaian Elizabeth.
Di dalam beg pakaian tersebut ,
Pihak LAPD menemui 2 btg lilin dan
beberapa surat cinta yang di tulis oleh nya
 tetapi tidak di hantar kepada penerima.


surat yang di hantar bersama barang peribadi Elizabeth.
 9 hari selepas mayat nya di temui,
pihak menyiasat menerima satu bungkusan yang
di percayai di hantar oleh pembunuh tersebut.
Di dalam bungkusan tersebut ,
pihak penyiasat menemui sijil lahir,
kad keselamatan dan buku alamat yang telah dikoyak
beberapa helaian nya.
Kesemua dokumen dan buku alamat  tersebut
 telah di rendam di dalam
minyak tanah untuk menghilang kan kesan cap cari.
Pihak penyiasat menyangkakan
pembunuh tersebut akan menyerah diri.
tetapi sangkaan mereka meleset semata mata.
keratan akhbar yang melapor kan tentang surat yang di hantar pembunuh tersebut.,
Pihak media telah berlawan sesama sendiri
untuk menyiarkan berita terpanas mengenai pembunuhan ini.
Will Fowler adalah wartawan yang pertama
pergi ke tempat mayat di temui lebih awal daripada pihak LAPD
dan melihat keadaan mayat tersebut dengan lebih dekat .
Apabila LAPD tiba di tempat tersebut,
mereka terus mengacukan pistol kearah beliau
kerana menyangka beliau lah pembunuh tersebut.
Namun Will Fowler berjaya memberi kan penjelasan kepada
mereka yang dia hanyalah seorang wartawan.

The Suspect.

Red Manley semasa membuat ujian pengesan penipuan.
Seramai 25 orang suspect telah di kait kan dengan kes ini
 dan beberapa orang yang merupakan suspek utama
 yang berkemungkinan adalah pembunuh sebenar .
Namun di sebab kan bukti yang tidak kukuh ,
pihak LAPD tidak dapat menyelesai kan kes ini.
Pihak media telah memeriksa setiap motel di kawasan
terbabit untuk mengesan jejak Elizabeth
dan mereka menjumpai nama Elizabeth di salah sebuah motel
 yang terletak 15 km dari San Diego.
Mereka jugak mendapati Red Manly
pernah menetap di hotel yang sama.
 Dia jugak lah yang membawa Elizabeth ke Hotel Biltmoore
5 hari sebelom mayat Elizabeth di temui.
 Dia telah di tahan dan di soal siasat sekeras nya.
 Namun tiada bukti yang lebih konkrit untuk mendakwa beliau
Isteri Manly juga menyokong nya dan mengatakan
Manley tiada kaitan dengan pembunuhan ini.
  Manley jugak telah menjalani ujian mengesan penipuan
 dan didapati lulus.
 Akhir nya Manley di lepas kan kerana
tiada bukti yang kukuh untuk menyabit kan dia di atas pembunuhan ini.
Walau bagaimana pon peristiwa ini menghantui hidup nya
sepanjang hayat.

LAPD jugak menerima panggilan telefon
dari seluruh pelusuk negara dari
pemanggil lelaki dan wanita
yang mengakui mereka ada pembunuh black dahlia.
Mereka sendiri tak pasti apa motif manusia-manusia
ini berbuat sedemikian.
Sementara itu penduduk di kawasan tersebut mula
merasa bimbang dan takut dengan
ada nya pembunuh psiko seperti ini.
Mereka bimbang diri mereka pula yang akan
menjadi mangsa kegilaan pembunuh ini..


Suspect seterus nya adalah Mark Henson yang
merupakan pemilik rangkaian kelab malam
dan juga pub di bandar LA.
Elizabeth Short merupakan pelanggan
tetap salah sebuah kelab malam milik nya.
Menurut polis, buku alamat yang di jumpai
bersama barang-barang milik Elizabeth adalah kepunyaan Mark Henson.
Namun dia berjaya melepas kan diri
di sebab kan pengaruh nya yang kuat .
Dia jugak mengugut polis yang menyoal siasat nya
jika mereka terus menerus menuduh dia terlibat
dalam pembunuhan tersebut dia
akan bertindak di luar batasan.
Ini kerana kebanyakan polis LAPD mengambil rasuah dari nya.
Nama Mark Henson di keluar kan dari senarai
suspek begitu saja.
Akan tetapi penyiasat kes ini percaya yang
dia tahu lebih dari itu .

Dalam buku bertajuk "Severed" yang
di tulis oleh John Gilmoore,
dia menuding jari ke arah seorang suspek yang
bernama Jack Anderson Wilson.
Namun Jack didapati mati apabila hotel
murah yang di diami oleh nya terbakar
sebelom sempat pihak LAPD
menemui nya untuk sesi soal siasat.

Dr George Hodel
Pihak LAPD jugak membuat kesimpulan
pembunuh Black Dahlia ini
merupakan seorang yang arif dalam bidang perubatan.
Dan berkemungkinan pembunuh tersebut adalah
seorang doktor perubatan yang sudah
biasa dengan sistem anatomi badan manusia.
Salah seorang suspek ialah Dr George Hodel
yang merupakan seorang doktor dan pakar
bedah yang terkenal di zaman itu.
Namun begitu , Dr tersebut terlepas dari tuduhan ini.
Berkemungkinan ada pihak yang cuba
menutup perbuatan doktor ini di atas sebab-sebab tertentu.
Dia jugak pernah cuba mencabul anak nya sendiri
yang berusia 15 tahun dan di kata kan
merupakan suspect utama dalam pembunuhan
setiausaha nya sendiri.
Anak lelaki nya Steve Hodel yang
merupakan seorang bekas penyiasat,
mendakwa ayah nya George Hodel adalah
pembunuh Black Dahlia yang sebenar.
Dalam siasatan nya , 15 guni simen
telah di hantar ke rumah ayah nya 
untuk tujuan pengubahsuaian
sehari selepas pembunuhan black dahlia.
dan bungkusan simen yang sama
telah di jumpai di tempat kejadian.
Di dalam buku nya yang bertajuk
The Black Dahlia Avenger Steve telah
mengait kan ayah nya dengan pembunuhan ini
serta beberapa pembunuhan yang lain
yang berlaku sekitar tahun yang sama.
George Hodel telah meninggal dunia pada tahun 1991.

The conclusion.

Media dan orang ramai menyalah kan Elizabeth sendiri,
mereka mendakwa dialah yang menjadi punca
kepada kematian nya sendiri.
Keluarga Elizabeth pula mengalami tamparan yang
kuat di atas kejadian yang menimpa Elizabeth.
Ada masa mereka mahu pembunuh Elizabeth di tangkap
dan ada masa pula mereka tidak mahu menerus
kan penyiasatan ini di sebab kan
pelbagai spekulasi yang timbul hari demi hari.
Sehingga ke hari ini , pembunuh Black Dahlia tidak dapat disah kan
walaupon kebanyakan polis-polis
yang pernah menyiasat kes ini
berpendapat pembunuh Black Dahlia adalah
George Hodel.
Elizabeth Short berjaya menjadi seorang
yang terkenal  tetapi dalam keadaan yang
sungguh tragis dan bukan seperti yang dia impikan.
Buku - buku dan filem jugak
telah diterbit kan berdasar kan kisah 
tragis ini.

Gambar 

 Ini adalah link utk gambaq autopsi black Dahlia.
The black dahlia autopsy photo.
kalao ada sapa-sapa yang berani
sila lah tengok.

Thanxxx so much for taking your precious time
to read this tragic story!
Until then!
Bye!








 

11 comments:

  1. hehe..salam kak..kita suka kalau baca cerita jenayah2 macam ni..lagi2 yg lama2 punya kes.. kesian kan dianiaya..huhu..tapi rasanya mungkin pmbunuh dah meninggal..huhu..btw mendiang elizabeth cantik kan.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam... haiii.. thanxxx sebab sudi baca yang akak tulis panjang berjela nii. hehehhee..
      itulah kak pun suka jugak cerita cm ni especially yang lama2 punya kes dan kes yang xdpt diselesai kan.. kak rasa pon memang dh meninggal sebab kes ni pon dah lama dh. yeee.. dia memang cntik sangat2 kan. kalo la dia dpat mengejar cita2 dia mesti dia dh jadi pelakon terkenal. ^_^

      Delete
  2. perghh. Ini mmg tragis, tp kes monalisa lg tragis kot. x dpt byg badan dipotong2. Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. monalisa mana ye anis. yang leonardo da vincci lukis tu ke. akak xtau ceta tu, hehehe.. anis ada tgk tak gmbar autopsi dia yang akak link kan?

      Delete
    2. ha'ah kan ..saya terdetik..mungkin Anis nak maksudkan mona affendy kot...huhu..kes tu mmg paling tragis kat malaysia..nasib baik dah terima hukuman setimpal.

      Delete
    3. at least kes tu dapat d selesai kan dan penjenayah dh di tangkap. Elizabeth ni kesian . langsung pon tak terbela. malah bermacam2 pulak yang orang kata utk menambah perisa . kesian

      Delete
  3. siap ada filem untuk kisah ni huhuh misteri sungguhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah tapi still x berkesempatan utk tengok lagii. ^_^

      Delete
  4. Pretty lady... Tak sanggup nak link tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. especially wktu malam. jgn lah tgk. kalo tgk cnfrm night mare

      Delete
  5. takutnya..kiter dah tekan link tu...scary..cane ni...xleh tido malam kangggg T_T

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!