Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Tuesday, 15 October 2013

GIVEAWAY FROM KOREA BY MISHA

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo pretty people..
Hari ni Liya nak join satu GA setelah di tag oleh +Sally Samsaiman 
dan juga +adrianna syaz .
Lihat lah betapa terserlah nya keminatan saya terhadap Korea sampai 
dua orang sekali tag untuk GA yang sama.. 
TQ to both of them.

TEKAN SINI UNTUK JOIN
Okey syarat-syarat meng"like" dan mem"follow" dah pon di laksanakan .
So untuk melengkapkan GA ini dengan ini saya akan membuat karangan
360 patah perkataan atau mungkin lebih..
Actually la kan , kalau nak bercerita pasal kenapa
saya minat Korea ni kan memang boleh buat buku!
Serius tak tipu sebab terlalu banyak sangat sebab untuk saya sukakan korea.
Tak caya ? Jom baca kat bawah. Jangan sampai berpinaq mata sudah.. ^_^

 1. Korean Wave - Halyu ( K-drama & Kpop)



Tak dinafikan reason yang paling utama sekali adalah Korean Wave.
Sapa tak minat KDrama dan Kpop kalo tak minat Kpop pon
mesti minat KDrama betol tak.
Start tengok KDrama pon masa sekolah menengah dan Kdrama 
pertama yang saya tonton tu dah tentu lah Winter Sonata tapi kan
sampai sekarang tau tengok ceta winter Sonata tu tak habes pon.
Sebab masa tayang kat tv dulu-dulu , saya sekolah asrama .
So memang susah la nak tengok televisyen.
So insyaAllah lepas-lepas ni akan buat marathon balik untuk menonton ceta ni
sampai ke penghujung nya.
Kalo ikut kan up to date cerita korea yang dah di tonton rasa nya lebih dari 100 kot. 

Kpop ? Mesti lah minat ! Antara kumpulan terawal yang bertakhta di hati
adalah SUPERJUNIOR , di ikuti dengan BIG BANG , 2 AM , SNSD, MISS A,
T-ARA, SISTAR, BEAST , FT ISLAND, 
Tidak lupa jugak kepada kumpulan yang baru-baru macam
U-KISS, VIXX, MR.MR,EXO, BTOB...
Asal kan lagu tu sedap di dengaq memang tak kisah kumpulan baru atau lama.
Selain group-group yang di senarai kan penyanyi-penyanyi lain jugak
ada dalam senarai sebab lagu dan suara mereka yang amazing antara nya
ialah ALI, LEE SEUNG CHUL, HUH GAK, 4MEN, 2BIC, BAEK JI YOUNG,
dan ramai lagi yang selalu nyanyi lagu OST dalam drama Korea yang di tonton.
Dalam belog ini jugak selalu sangat saya bercakap pasal 
drama korea dan lagu korea mungkin ada yang bernanah mata dok baca ^_^
Ok enough on this topic. Jom kita pergi ke point seterus nya.. 

2. Korean Language.




Seperti yang semua orang tahu , bahasa Korea ni comel sesangat.
That`s why la kiter minat sangat nak belajar bahasa ni.
Dulu-dulu hampa ingat tak kalo main kat tv mesti yang dah alih bahasa cina.
Walaupon ceta tu bes tapi serabut perut bila tengok ceta korea dengan
suara cina , bunyi pon agak pelik.
so kiter harap sangat - sangat one day kita dapat kuasai bahasa korea,
so that bila kiter tengok citer kiter tak payah tengok subtittle lagi.
Actually bahasa Korea ni telah di invent King Sejong yang merupakan
Raja yang ke - 4 semasa pemerintahan Joseon Dynasty.
King Sejong adalah seorang raja yang sangat prihatin terhadap rakyat nya
dan telah mencipta tulisan ini untuk rakyat nya kerana pada masa itu,
mereka menggunakan tulisan cina sebagai tulisan perantaraan
dan hanya golongan atasan sahaja yang dapat belajar menulis
manakala rakyat biasa pula di tindas.
Semasa King Sejong mencipta tulisan ini , ramai pihak yang menentang terutamanya golongan bangsawan.
Mereka tidak mahu golongan bawahan menguasai bahasa dan menjadi lebih pandai dari mereka.
Tulisan ni mula di gunakan pada kurun ke 19 walaupon tulisan ini
telah di cipta pada kurun ke 14.
King Sejong merupakan anak ke 6 King Taejo(pengasas Joseon Dynasty)
So kalo pergi Korea ada satu tugu peringatan untuk King Sejong
yang tersergam indah untuk memperingati jasa nya kepada seluruh rakyat negara Korea.



Selain bahasa King Sejong juga telah menulis buku manual untuk pertanian ,mencipta beberapa alatan sains dan teknologi , memperkuatkan ketenteraan dan menjalinkan hubungan baik dengan
Dinasti Ming. Thats why lah dia di gelar sebagai King Sejong the Great.

3. Korean Food.



Selalu kan kalo tengok citer korea mesti ada scene makan-makan kan ?
Kita yang dok tengok ni mesti rasa macam teringin kan
sebab most of their food sangat lah comel dan memang membuat kan
kita tertanya-tanya makanan apa itu..
I especially like Korean food that prepare for the King!
(macam kat atas tu lah, amacam ? best tak? )
Punya lah variety dia punya makanan tu sampai boleh buat kiter sangat terliur.
Nak makan restoren kat Perlis ni memang tak dak la restoren makanan Korea.
So apa lagi kiter godek-godek lah resipi kat youtube dan website dan
hasil nya amat lah memuaskan . Walaupon selalu nya
time masak tu memang bahan tak cukup sebab tak dak jual kat sini,
tapi makanan yang di masak tu still on top of the world dan
satisfying the taste buds so so much.



Makanan yang paling sedap pernah kiter cuba masak adalah Sundubu Jjigae
atau dalam bahasa Inggeris nya Soft Tofu Stew.
Nama ja soft tofu stew tapi kat dalam tu jam packed
dengan bahan-bahan seperti kepah/siput , udang , daging, shitake mushroom dan
macam-macam lagi. Pendek kata hidangan ni adalah
salah satu hidangan Korea yang Rich In Flavour!
Makan Soft Tofu Stew ni adalah merupakan satu pengalaman menjamah
makanan yang paling bermakna sekali rasa nya ^_^
Kalo nak tau sila lah cuba masak atau pon pergi try sendiri kat Restoren Korea.
Memang hampa semua takkan menyesal , seriously!

4. Korean History. 


When you like something , You will discover more about that thing.
Sebenar nya kiter start minat pada Sejarah tentang negara Korea ni
daripada drama-drama sejarah yang memang selalu kiter tengok.
So thank you kepada orang yang selalu buat drama bergenre sejarah ni
dan telah buat hati saya sangat tertarik untuk mengetahui nya dengan lebih dekat lagi.
Tujuan sebenar pengarah filem atau drama itu sendiri sudah tentulah 
untuk memperkenalkan sejarah negara mereka ke seantero dunia.
Sejarah di Korea bermula dengan zaman batu dan berkembang pesat
sehinggalah sekarang mereka menjadi negara yang terkenal di mata dunia.

Peta di atas menunjukkan 3 kerajaan yang memerintah tanah Korea sehingga tahun 668
iaitu Baekje , Silla dan Gaya 
sebelom di ambil alih oleh kerajaan Goryeo dengan bantuan kerajan Yuan (Mongul).
Disebab kan sistem pemerintahan Goryeo yang lemah dan banyak di bantu 
oleh Kerajaan Yuan , maka pada tahun 1392 , 
takhta kerajaan kemudian nya berpindah kepada Joseon yang memerintah 
tanah Korea sehingga tahun 1910.
Kesemua kerajaan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan nya yang tersendiri,
tapi yang paling sistematik dan mempunyai rekod untuk setiap aktiviti dan perkara yang berlaku
adalah Joseon Dynasty.
Seorang bangsawan akan di tugas kan untuk menjadi pencatat ke atas setiap
perkara yang telah berlaku pada setiap hari dan buku ini diberi nama
Joseon Wangjo Sillok atau The Annal of Joseon.
Buku ini di tulis dengan tulisan cina dan telah pon di alih kan kepada
tulisan Korea untuk tatapan seluruh rakyat korea dan sekarang kerajaan
Korea sedang berusaha untuk mengalih bahasa kepada bahasa Inggeris pulak
untuk tatapan seluruh dunia.. ^_^
Suka sangat inisiatif kerajaan Korea mengekal kan tempat-tempat bersejarah
seperti sediakala untuk tatapan umum.

5. Wonderful Places in Korea.



Seperti yang kita tengok dalam drama atau movie, negara Korea kaya dengan tempat pelancongan nya
yang sangat-sangat cantik dan sentiasa menggamit kita untuk pergi ke sana.
Kalau nak senarai kan tempat-tempat yang nak di tuju tu memang banyak tersangat-sangat,
tapi kiter lebih berminat kepada tempat yang berunsurkan sejarah seperti istana-istana,
tanah perkuburan di raja, perkampungan masyarakat korea zaman dahulu , muzium-muzium, dan
macam-macam lagi yang ada kaitan dengan sejarah.
Tapi tempat-tempat menarik yang lain pon teringin jugak nak pergi.


Korea jugak terkenal dengan pantai dan pulau nya yang cantik-cantik.
Selain itu Korea jugak kaya dengan gunung-ganang yang cantik dan menjadi tarikan kepada para pelancong
yang sukakan aktiviti yang lasak di samping dapat menikmati flora dan fauna.
Kalo boleh kiter nak pegi sana dalam musim bunga atau pon musim luruh .
Bila tu insyaAllah tahun-tahun akan datang.


 6. Korean Traditional Architecture.


Kiter suka sangat-sangat tengok binaan yang ada di negara Korea seperti istana nya
dan rumah-rumah orang zaman dulu yang masih lagi kekal sehingga ke hari ini.
Senibina nya sangat cantik dan di kekal kan seperti sediakala untuk tatapan umum. 
Bukan setakat istana ja malahan rumah-rumah dan perkampungan nya jugak.


Thats why la depa senang nak buat cerita atau filem yang berkisar kan zaman dahulu kala
sebab semua nya masih kelihatan seperti dahulu walaupon telah di baik pulih di beberapa tempat.
Walaupon ada sesetengah pihak mengatakan Korea meniru senibina negara cina,
tapi bagi saya binaan mereka mempunya nilai estetika yang tersendiri.^_^

 7. Korean Art & culture.



Kalo hampa nak tau, lukisan-lukisan yang di lukis oleh orang Korea zaman dulu banyak yang masih lagi selamat hingga ke hari ini.
Dan kebanyakan lukisan-lukisan itu menceritakan dan menunjukkan gambaran kehidupan
masyarakat pada zaman dahulu, pemandangan, potret , peta kawasan dan macam-macam lagi.
Sebenar nya kita sangat-sangat merasa kagum dengan hasil seni ini 
dan bagaimana mereka boleh preserve semua benda ini sampai lah sekarang ^_^


Selain lukisan terdapat beberapa alat muzik yang diciptakan dan di mainkan oleh mereka
untuk hiburan di zaman dahulu.
Antara yang terkenal ialah Gayageum.
Gayageum ini adalah alat muzik yang telah di ciptakan sejak zaman pemerintahan kerajaan Gaya.
Alunan muzik gayageum ini sangat lah menusuk kalbu.
.


Selain muzik , tarian jugak amat sinonim dengan mereka.
 Universiti di Korea jugak ada menawarkan kursus muzik dan tarian tradisional untuk yang berminat.
Persembahan tarian dan musikal juga di sajikan kepada para pelancong supaya
mereka dapat mengenali budaya masyarakat Korea dengan lebih dekat.


Rasa nya ni saja kot yang boleh kiter cerita tentang negara Korea yang memang kiter suka sangat-sangat.
Walaupon tak pernah menjejakkan kaki di tanah Korea namun hati tetap terpaut dengan nya.
Adik kiter cakap kiter ni dah layak jadi warganegara Korea sebab semua benda pon
kita tahu , lebih dari negara sendiri.
Walaupon jatuh sayang pada negara Korea tapi Malaysia takkan mungkin di lupakan.. ^_^
Sekian ...

Mangsa tag : +asha hana , +Aefa Aerisya 

P.s : Ambek masa 4 hari 4 malam untuk tulis ni! 
Sekarang lega hati sebab dah pon siap.









12 comments:

  1. thnx tag hana. wahh minat yang sama mcm hana. haha tp tu la. nak makan jajjangmyun pown tak ada kesempatan apatah lgi makan korea lain. huwaa ! jeles dengan akak. selalu dapat rasa makanan korea. huhu

    #btw gd luck utk GA. hehe in sya ALLAH kalau ada kesempatan hana join. :)

    ReplyDelete
  2. Amboiii ni memang minat giler dengan korea ni... apapun ida harap Lieya berjaya yer...

    ReplyDelete
  3. Wah..all obout KOERA...semoga Lieya boleh menang :-)

    ReplyDelete
  4. Thanks for joining dear.. Nice entry!:) Jom jenjalan ke blog peserta lain... http://www.aimisyahirah.com/2013/10/senarai-peserta-giveaway-from-korea-by.html

    ReplyDelete
  5. hahaha...total 1000++ patah perkataan :P

    ReplyDelete
  6. Blogwalking here ~
    From the same segment, done follow u..mind to follow Atish back okay :3
    Goodluck sis
    http://randomlyawesomeme.blogspot.com/2013/10/giveaway-from-korea-by-misya.html

    ReplyDelete
  7. semoga berjaya kak!:) sure menang ni,hee

    ReplyDelete
  8. Salam. Singgah sini untuk support awak dari segmen yang sama.Goodluck ^^

    Jom singgah blog saya dan lihat banyak giveaway menarik yg baru diupdate dengan tawaran hadiah yg awesome ! :)

    http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/giveaway-from-korea-by-misya.html

    ReplyDelete
  9. wowww...nice entry about korea ^^ gud luck awk ^^

    ReplyDelete
  10. Tahniah!!! Anda pemenang GA ini!!! http://www.aimisyahirah.com/2013/11/senarai-pemenang-giveaway-korea-by.html

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!

Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart