Followers

HOTEL MENARIK DI MEDAN - FAVE HOTEL.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua .. 
Okay hari ini iolls nak bercerita sedikit mengenai hotel yang menjadi pilihan saya ketika berada di Medan . Salah satu hotel yang pernah saya diami semasa berada di Medan adalah Fave Hotel. Fave Hotel adalah hotel 3 bintang yang terletak di alamat seperti berikut 

Jl. S Parman No313A, 
Petisah Hulu, Kec Medan Baru,
Kota Medan, Sumatera Utara 
20152 Indonesia.

Nak ke hotel ni kalau dari stesen keretapi Kota Medan adalah lebih kurang 5 ke 10 minit sahaja , ikut keadaan trafik semasa. So kos untuk ke hotel ini adalah lebih kurang 14,000 rupiah hingga 17,000 rupiah . Harga pun mengikut masa dan keadaan juga, So saya dah 2 kali menetap di hotel ini. First tu saya pergi ke sana dengan husband. Second time saya pergi bersama adik dan kawan.

Hotel ni terletak berdekatan juga dengan kawasan peranginan. Actually kawasan peranginan Kota Medan ni dekat-dekat sahaja . So kalau nak kemana Grab Fare pun adalah sama. Dan Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Malaysian Embassy. Kalau jalan kaki lebih kurang 10 minit je dah sampai.

So jom saya nak kongsi sikit gambar hotel ini supaya u guys boleh dapat gambaran.

 Ini adalah ruangan lobi hotel ini. so apabila tetamu sampai , kita akan di sambut oleh penyambut tetamu yang sangat mesra dan penuh dengan senyuman .. air sejuk juga disediakan untuk tetamu. Waktu check in hotel ni macam kebiasaan adalah pada pukul 2 , tapi atas budi bicara kita boleh check in awal jika kita kebetulan sampai awal so okay lah kan ada flexibility dalam pengurusan.


Ini adalah pandangan hotel tersebut daripada luar . Memang sangat cantik kerana menggunakan konsep warna Magenta yang sangat-sangat menarik perhatian. Bersebelahan dengan hotel ini ada satu tempat menarik iaitu Rahmat Wild Life Museum & Gallery. so jalan kaki pun dah sampai tapi iolls belum pernah pergi lagi. Mungkin sebab tidak terbukak hati kot ^_^


Okay inilah contoh bilik tidur di Fave Hotel ni. Lawa kan ????? So bila-bila kalau berkunjung ke Medan boleh lah menginap di Hotel yang super awesome ini .. Harga untuk 1 malam adalah sekitar RM100 hingga RM150 , mengikut waktu dan masa tertentu juga. Maksud nya kalau time peak season harga boleh jadi mahal sedikit dan kalau waktu biasa dan bukan musim perayaan atau cuti, harga mungkin boleh jatuh bawah dari RM100. 

Overall saya puas hati stay kat hotel ni untuk kedua kalinya and will definitely came back!

5 comments:

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!