Followers

HOW TO GO FOR A TRIP TO MEDAN

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people. Rindu sangat caption ni sebab dulu selalu sangat pakai masa mula-mula start berbelog ^_^ Okay so hari ni saya nak cerita kan pengalaman saya bercuti di Medan, Indonesia. Actually saya sudah ke Medan beberapa kali atas urusan peribadi.. Urusan peribadi yang dimaksudkan itu adalah suami saya menggunakan jalan masuk ke Medan untuk cop pasport bulanan.. Masa tu kami still tunggu lagi untuk permohonan visa. Warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia haruslah menunggu selama 6 bulan sebelum dapat membuat permohonan visa ikut isteri. Kalau dulu lepas kahwin , boleh terus apply ya .. Tapi sekarang sudah tidak boleh. Syarat visa di Malaysia telah diperketatkan dan tidak semudah yang dulu. Mungkin sebab terlalu ramai rakyat Malaysia yang berkahwin dengan orang luar negara menyebabkan pihak berwajib melakukan sedemikian.
Jadi selama 6 bulan tersebut kami berulang alik ke Medan selama beberapa kali sehinggalah ada seorang pegawai Imigresen memberitahu bahawa kami boleh memohon Visit Pass 3 bulan di Medan iaitu Kedutaan Malaysia. So saya akan ceritakan kisah ini kemudian. So selama 6 bulan kami berulang alik ke Medan banyak juga lah tempat - tempat menarik yang kami kunjung. Kali terakhir saya memijak ke bumi Medan adalah pada September 2019 yang lalu. Saya ke sana bertiga iaitu bersama dengan adik saya dan seorang kawan nya . Kami ke sana untuk trip 2 hari 1 malam sahaja yang boleh dikatakan sangat sekejap dan adik saya tidak berpuas hati dengan tempoh tersebut. Kami ke sana nak cari kain batik untuk raya ..
Sebenarnya Medan adalah kota metropolitan yang sedang membangun . Dengan kepadatan penduduk lebih kurang 2.08 juta , kota Medan menjadi tumpuan. Kebanyakan orang Medan berbangsa Sepanjang saya berada di Kota Medan , memang saya tak jumpa langsung pun dengan pelancong dari Malaysia. Ini kerana kebanyakan pelancong dari Malaysia akan terus menuju ke Danau Toba yang mengambil masa perjalanan 4 jam dari Kota Medan. Maybe next time will try to go there!.
Untuk ke Medan , kami akan memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang terletak lebih kurang setengah jam dari rumah saya. Orang Penang kalau belum berkesempatan ke Medan memang sangat lah kerugian . Ini kerana tiket ke sana amatlah murah dan perjalanan ke sana memang sangat lah singkat. I mean kita baru ja letak punggung kat kerusi pastu tak sempat nak panas dah pun sampai. Bukan setakat warga Penang, warga Medan juga ramai yang masuk ke Malaysia untuk melancong melalui Penang . Sebab dekat, murah dan perjalanan singkat.
Jadi berapakah harga tiket untuk ke Medan dari Penang ??? Harga tiket ke Medan adalah lebih kurang RM40 hingga RM70 waktu promosi. Tapi kalau waktu tak promosi boleh mencecah hingga ratusan ringgit . Itu perkara biasa bagi harga tiket antarabangsa , betul tak? Kapal terbang akan mendarat di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kualanamu yang terletak di Kabupaten Deli Serdang. 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Deli Serdang, Medan. 
Dari Lapangan Terbang ini, untuk ke Kota Medan , kita boleh memilih sama ada hendak menggunakan perkhidmatan Grab, Teksi, Bas ataupun kereta api. Untuk trip saya ke Medan , saya memilih kereta api kerana lebih convenient dan kita tidak perlu bersesak untuk mendapatkan tempat duduk disamping suasana yang amat selesa. Harga tiket kereta api untuk ke kota Medan adalah 100,000 rupiah seorang bersamaan dengan lebih kurang RM30.. Perjalanan dari stesen keretapi ini ke Kota Medan adalah lebih kurang 30 minit. Keretapi ini akan membawa penumpang ke Stesen Bandara Kota Medan yang terletak betul-betul di tengah kota Medan dan berhampiran dengan Lapangan Merdeka Medan dan sebuah mall iaitu Central Point . So sesampainya kami di sana, kami akan singgal ke Central Point dahulu.

Untuk membeli tiket ke Kota Medan haruslah menggunakan mesin ini. Petugas akan memberikan bantuan untuk mereka yang kurang familiar dengan sistem pembelian di atas talian ini. Bayaran untuk pembelian tiket ini juga adalah dengan menggunakan kad sahaja samada kad kredit atau kad debit.

Nampak tak dekat nya jarak antara stasiun Keretapi Bandara dan Lapangan Terbang Kualanamu , hanya dengan berjalan kaki sahaja ....

Nampak tak betapa selesanya berada di dalam keretapi Railink Bandara Medan ni ... Sangat selesa.

Basically , percutian ke Kota Medan ini amatlah berbaloi. Anda tak perlu kan modal yang terlalu banyak tapi boleh bercuti dan merasai suasana di tempat orang .. Saya akan update lagi mengenai tempat menarik di Kota Medan di posting yang seterusnya ,.... Until then ! Have a nice day everyone!


Watch my tips and trick to Medan here !!!!

2 comments:

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!