Followers

~CARA CARA UTK MENCAIR KAN ORG YG HATI NYA KERAS MCM ICEBERG~



wah cantik jugak yer ice berg nii... Tapi kalo iceberg ni cair ,,, membahayakan seluruh pelusuk dunia.. Kalau org yg hati nya mcm iceberg ni lain... Bila dh cair.. Alhamdulillah.. Lega.. :)


hehhehee.. tiba2 ja buang tebiat kan nak bagi tau cara2 nak cair kan hatii org .. Ni utk org2 yg ada boyfren,kawan atau sesapa sj yg jenis keras hati, keras kepala, kepala angin dan panas baran. Hanya yg betol2 pakar ja dapat mengatasi masalah ni... konon2 nak iktiraf diri sendiri pakar la kan. Tapi memang pakar pon dan tak sangka ada bakat rupa nya yer... Tapi cara2 yg di beri di bawah ini hanya boleh di lakukan jika masalah yg membuat kan si lelaki iceberg ni naik angin tu datang dari org lain. Kalau yg buat masalah tu kita sendiri. Baik xpyah la, Buang masa ja.. Kena tggu 4 hari, 4 malam baru nak sejuk... Serius! berdasar kan pengalaman... dan utk menjadi seorang wanita yg berjiwa kental dan dpat mengatasi smua permasalahan ini bukan lah senang ye anak2..meh nak terang kan satu persatu :)

1. senyum.



Kerana senyuman mu itu adalah pengubat segala penyakit. Kalo nmpak senyuman yg semanis gula tu, yg tgh mengamok macam gorila pon jadi tenang kembali.. Kalo boleh kasi senyuman tu biar smpai ke telinga pon xapa.. Kalau si iceberg tu xsenyum pon , hmpa kena senyum jgkkk.. Jgn tunjuk langsung muka masam tu.. Walau pon dalam hati dok kata , ish dia ni org dok senyum dia wat xtau ja.. Dia mmg wat xtau. tapi dalam hati dia kita mana tau... dok puji kita `ish comel sgguh awek aku ni.` haaaa.. otomatik jadi xmarah dh.... tapi dia cover2 la,, xkan nak terus mengalah dgn satu cubaan,, btoi dak.. Ego smpai ke langit tu.. bukan senang nak kait woo.. pkai galah pon xmampu... jadi terus kan lah senyum yeee......

2. Lemah lembut


Dh tentu lah kalo si iceberg ni lawan nya , yg lemah lembut.... sbb nak bagi dia cair mna leh dok katok dgn dgn perkataan yg kasaq2... kena slow motion lemah lembut gemalai bagai tarian inang la... kalau boleh ckap tu biaq lembut gigi daripada lidah pon xpa.. jnji dpat bagi dia cayaq... biaq la kalo kita berusaha lebih sikit pon.... yg penting , the result .. mcm amek periksa pulak noo.. MEMANG!.. sbb bila dia dh ok .. Hepy tu xdak sapa leh gmbaq kan.. melain kan org yg melalui situasi ini shj....

3. Berulang kali.



Sebut benda yg sma berulang kali... Dari mula jumpa tu smpai ke balik... tapi ayat tu mau power la.. mksud nya yg sedap di dengaq la,, bukan dok sebut ulang kali yg bagi org cemuih... Ayat yg di ulang tu dh tentu la kena lembut. kalo dok ulang2 benda yg sma dgn perkataan yg kasaq mmg nak kena penampaq dh la.. Silap2 sekali dgn kita dia marah jgkkk..

4. Jgn berleter.


Kalo kat org iceberg nii.. Tak payah dok berletiaq la. bukan makan saman pon .. buang masa ja.. Just cakap benda yg logik dan berasas,, Cth nya macam disebalik tindakan yg dia buat tu, apakah akibat nya. Pastu bagi la dia cadangan apa yg patut di buat. Wlopon hati dia ni keras mcm iceberg tapi dia dengaq kalau yg mai tu dari mulut kita yg senyum comel nii.. betol ni.. xcaya try buat..

5. Guna penapis



Ni bukan penapis santan atau penapis nyok... Ni penapis kata2... Mksud nya sebarang perkataan yg keluar dari mulut kita tu kena melalui beberapa pemeringkatan.. macam minyak seri murni pulak kan.. hahahhaa.. mesti lahh. yg pasti berkualiti dan memenuhi piawaian . Sebenar nya senang ja nak menapis nii.. Just tukar ayat aktif tu kepada ayat pasif.. Walau pon kalo ekot hati nak je cekik2 leher dia ni sbb ssh sgt nak cair .. Bukan kata xeclas ke apa... kadang2 geram jgk.. Tapi sabar tu kan separuh daripada iman... :)

Uish.. habeh dh kot... Haaaaa.... Penat eden menaip... bukan senang wooo nak buat smua nii.. Kena ada persediaan fizikal dan mental.. Yg pasti org yg dapat melepasi smua ujian di atas ni ada lah org yg sgt penyabar. Tapi mmg la tak smua boleh buat mcm ni kan... :) sbb kalo kita kepala angin dh , mana nak sesuai dgn org yg sma kepala angin jgkkk. terbang habeh la bumbung umah kalo dh kawen.. bahaya2...

anyway.. thanx for reading... tips yg di tulis di atas adalah hak cipta terpelihara dan idea2 ni tidak di ciplak dari mana2 buku atau media masa.. smua nya adalah hasil dari pada pengalaman kehidupan seorang yg bernama Lieya.. :) THE END




PIL CHI KIT TECK AUN

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people... ^_^
Kelmarin dengan hari ni kena ceri beri tanpa sebab.
Tapi perut tak sakit pon so tak tau pasai apa...
so rescue nya adalah pasti nya Pil Chi Kit Teck Aun.
Pil ni ternyata memang berkesan...

Pagi tadi dok mengulang gak la pegi tandas.
Lepas telan sebungkuih Pil ni terus tak meragam dah perut..
Hebat kan ?? So jangan lah takut pada pil ini sebab pil ini memang
di jamin berkesan sangat - sangat ^_^
Sekian .

c.c : +asha hana 

KETENGKOI

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people..
Hampa kenai dak KETENGKOI ?????
Ketengkoi ni sejenis binatang berdarah sejuk...
Dia macam iguana jugak la tapi ni versi Malaysia punya dia kecik dari
Iguana yang selalu orang bela tu.
Kalo iguana orang beli tu kan jenis mandom kan.
Yang ni dia lari laju gila... dengan badan dia yang ringan tu 
anytime ja dia boleh menikus ... so memang payah nak bela binatang ni.
Ka ada orang bela aku ja yang tak tau.. kehkehkeh...


Kat taman pokok-pokok yang mak aku tanam ada gak binatang ni.
Selalu kami kata tu ketengkoi mak bela .. hehehhee..
Sebab dia dok kat pokok-pokok yang mak aku bela.
Tak tau mai dari mana ketengkoi ni tapi memang ada la... 
comel plak tu... ^_^ 
Aku kalo binatang macam ni memang tak geli lah.
Kalau hampa bagi belalang kunyit kat aku ,
memang aku lari tak cukup tanah. takut !!
Okey lah ... hampa panggil binatang ni dengan gelaran apa.?
Kalo ketengkoi ni orang Perelih la panggil ^_^

HIDUP DAN MATI

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah) Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.


O ye who believe! Be not like the Unbelievers, who say of their brethren, when they are travelling through the Earth or engaged in fighting: "If they had stayed with us, they would not have died, or been slain." This that Allah may make it a cause of sighs and regrets in their hearts. It is Allah that gives Life and Death, and Allah sees well all that ye do.


Assalamualaikum..........
Seperti yang kita sedia maklum, hidup dan mati kita telah di tentukan oleh Allah s.w.t.
Andai nya terjadi sesuatu kematian dan terdetik di dalam hati kita ,

" Kalau dia tak pergi keluar tadi , mesti dia takkan mati"

"Kalau penjahat tu tak tembak dia, mesti dia takkan mati"

Ingatlah , bilamana terdetik dalam hati kita begitu ,
maka kita telah menjadi seperti orang munafik tanpa kita sedari.
Ingat lah Allah lah yang menghidupkan dan yang mematikan kita,
walaupun kita berada di rumah sekalipun pada ketika itu,
kita tetap akan mati andai itu yang telah di tetapkan untuk kita.
Hanya Allah sahajalah yang tahu segala rahsia yang ada di seluruh alam semesta .

Sekian... ^_^

MENU TENGAHARI

Assaalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people.
Tengahari tadi kiter makan nasik kerabu ^_^
Sedap okey sedap tapi kan rindu nasik kerabu kelantan lagi..
Bila lah dapat makan nasik kerabu kelantan lagi tu tak tau la.
Adeh lama dah kot tak pi Kelantan.
Ada la dalam dua tahun rasa nya .
Kalau kat Kelantan nasik kerabu dia lagi besh!!
Yelah ada macam - macam plak tu .
Paling sedap sekali rasa nya Nasik kerabu burung puyuh!!
Aduh dengan solok lada nya memang mengancam..
Rindu saat berada di Kelantan.. ^_^


Terliuq dak tengok gambaq ni ^_^ 
Bye!!!

KISAH CEREK

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people...
Nak cerita satu kisah yang lama dah terjadi yang menimpa keluarga aku.
Okey ingat dak dulu-dulu sebelom wujudnya cerek-cerek elektrik,
cerek-cerek yang bunyi kuat tu kan ada satu jenis cerek yang lama.
okey sat nak tempek gambaq.. ^_^


okey yang ni lah lebih kurang ^_^
So family aku memang guna cerek ni lah untuk masak ayaq..
Satu hari tu kan , masa tu tak tau macam mana leh tergerak hati nak cek 
dalam cerek tu kan tau dak jumpa apa ???
teka , teka , teka , teka....
Mesti tak dapat teka kan sebab benda ni memang tak dapat di jangka .
Benda tersebut adalah ...............
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok ... yes katak.... ^_^
Katak yang sudah kering dan segala zat-zat katak tu dah pon masuk
ke dalam perut semua orang. betol tak tipu...
Setiap hari katak tersebut di masak di dalam api 100 darjah celcius.
Tapi kan rasa air tu tak berbeza langsung.
Kot la nak bau hanyiaq ka memang dak..
Dan masa kami keluarkan katak tu dari cerek , dah pon leper ..
Kemek semua nya hehhehehee... rasa nya lama kot katak tu ada dalam cerek tu
tanpa pengetahuan kami sekeluarga... Pelik tak ?
Macammana katak tu boleh masuk dalam cerek ?
Sampai lani masih menjadi tanda tanya.
Lagipon masa tu kan umah memang tak dak sinki..
Selalu tahan air nak masak tu dalam paip bilik air .
Bilik air plak gelap so memang sure tak nampak ada katak kat dalam tu.. 
Kesimpulan nya katak adalah haiwan yang tak beracun sebab semua nya
yang minum ayaq katak tu segar bugar dan sihat sejahtera 
especially aku ... Sekian ^_^




KISAH TOTO.

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people...
Kebiasaan nya kalo kita duduk rumah bujang tak dak katil
mesti pakat-pakat tidoq atas toto kan ??
Sapa tak tau toto tu apa ? Toto ni bukan Toto 4D okeh ...
Ni toto yang tilam tidoq tu la...
Padahal semua orang tau aku ja dok buat qapla cendoi kat sini kan.. ^_^
Macam ni cerita dia , adik aku untuk sem ni dia tak dapat asrama.
So dia dan kawan-kawan duduk umah sewa.
Umah sewa pon dekat-dekat jela dengan tempat belajaq tu .
Kira nya nak pi ke tempat belajaq tu jalan kaki pon boleh.
So dalam umah tu ada 3 bilik... dan dalam bilik yang dia duduk tu ada 4 orang
termasuklah dia sendiri..
So hari pertama dia sampai kat umah tu dia pi naik bas.
Malam nak tidoq semua pakat-pakat tak bawak tilam/toto.
Yang bawak tu sorang ja lah tu pon sebab mak pak dia mai hantaq dengan kereta..
so malam tu dia pon lapik la toto dia kat atas lantai..
Dia bawak dua helai toto tu so dia lipat dua dan tidoq..
Kira nya tempat tidoq dia memang selesa gila la..
Yang kawan dia 3 orang ni plak pakat tidoq atas lantai lapik dengan kain..
Hampa boleh tangkap dak apa aku nak cerita kat sini ?
Punya lah baguih punya kawan boleh tak ajak kawan-kawan tidoq atas toto sekali..
Dia sedap-sedap ja dok tidoq sorang-sorang atas tu yang
kawan-kawan dia dok tergolek atas lantai... Kejam tak kejam ?
Pastu kan siang tu boleh plak dia tanya kat depa...
" Hampa tak sakit ka tidoq atas lantai ?"
Adik aku dan kawan-kawan lain pon jawab
" Dak la tak sakit kami dah biasa dah tidoq atas lantai , maklumlah orang susah."
Masa adik aku cerita tu kan aku memang terkejut gak la..

Ada jugak kawan yang perangai macam ni ..
Selalu nya kawan-kawan aku dulu pakat hampaq atas lantai dan tidoq ramai-ramai.
Bukan nya dok menyedap sorang-sorang , yang kawan-kawan plak
dok biaq tidoq atas lantai cemtu...
Tau lah tu tilam hang kan, tapi at least consider la sampai kawan-kawan
dah beli tilam masing-masing kan...
Kira nya sebulan gak la perkara ni terjadi sebelom boleh beli tilam seniri tu..
Kesian kan.. Sabaq je lah ^_^


Lani semua pakat ada tilam masing-masing dah.
Gambaq ni adik aku hantaq kat fb nak menunjuk tilam dia dah ada.. ^_6
so kawan-kawan sekelian pls pls jangan baik perangai macam ni hokey?
Hudoh bebeno tau dak ? Kan baik kalo kita berkongsi ^_^

P.s : Yang paling tak tahan nya budak tu orang Perlis jugak! 
Buat malu ja !!

GATAI TANGAN

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people....
Hari ni 29 October kan.. Lagi 2 hari nak gaji dah!
Hoooooreyyyyy !!! Tapi kan sejak kelmarin ,
dah mula gatai tangan ehehehheheee...
Selalu macam ni , bila nak dekat masa gaji ja memang sure gatal tangan..
Betol ka sebab gaji atau memang kat tangan ni ada bakteria..
Sebab tu kot rasa gatai...
Apa-apa pon memang tak sabaq gila nak dapat gaji...


MENIKMATI ROTI PUTIH DENGAN JEM ROSELLE

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people...
Hari ni pegi keja makan roti dengan jem roselle...
Sedappp sesangat kot rasa jem niii..

Warna jem ni sangat lah cantik kalo kawan-kawan nak tau.
Mungkin tak terzahir pada gambar di atas tapi cukup
untuk buat aku rasa macam nak menikah pakai baju warna tu,, 
hehhehehee.. macam la nak kawen dah kan padahal tak tau tahun bila lagi..
What do u guys think ??

COKLAT LADY BIRD

Assalamualaikum...
Anyenonghaseyo beautiful people...
Nak tunjuk coklat comel yang wrap dengan bentuk lady bird,
Coklat ni beli dari Langkawi... 
Kakak Gunawaty yang belikan sebab dia pergi kursus kat sana Sabtu dan Ahad lepas.

Mesti ada certain people yang dah tengok coklat ni kan..
Sebab Anis kawan seofis kiter dah pon buat entry pasal coklat ni..
Tak kira lah kiter pon nak buat jugak sebab memang dah niat nak 
tulis pasal coklat ni sebelom tu lagi cuma tak boleh nak transfer gambaq ni ja..
Kalo kawan-kawan nak tau , kiter tak pernah pergi Langkawi.
Even sekali pon padahal dekat sangat pon Langkawi tu dengan umah.
Jeti nak pi Langkawi pon dalam 15 minit cemtu ja dari umah.
Yo lah dulu-dulu kecik-kecik ayah jenis tak bawak anak berjalan.
Pastu bila dah besaq nak pegi sendiri tapi tak sampai lagi hajat tu.
InsyaAllah tahun-tahun akan datang..
Sebelom pi ke Pulau Jeju kena pi Pulau Langkawi dulu ye dok ?
Bye!!

HAPPY BIRTHDAY TO KAK ZAZA.

TO KAK ZAZA YANG CANTIK DAN CUN MELECUN.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ^_^
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI .
TQ SEBAB SELALU DATANG KOMEN 
DAN MENABUNG KAT BELOG INI...

SALAM SAYANG DARI LIYA ^_^

p.S : Dah petang baru gatai nak buat entry wish ni.. 
sori yer kak zaza.. Hope u have a wonderful birthday... ^_^

TIPS LIPSTICK KEKAL LAMA DI BIBIR

SELAMAT MENCUBA ^_^

HAPPY WORKING ^_^


HAPPY WORKING EVERYONE !_!


JEM DAN JUS ROSELLE HOMEMADE

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people...
Pernah dak minum jus roselle atau makan roti sapu jem roselle?
Mesti ramai yang pernah kan kan...
Kelmarin dulu mak ada bawak balik buah roselle satu beg plastik besaq.
Ada dekat2 60 bijik semua nya.. Kawan mak yang bagi.
So apa lagi mula lah cari resipi untuk buat jus dan jem roselle ni.
Orang kampung panggil roselle ni buah asam belanda.


Inilah dia rupa sekuntum bunga roselle ^_^

Mula-mula kiter rendam dulu dalam air untuk buang kotoran..
Pastu cuci bersih..


Lepas cuci bersih kiter rebus bunga roselle tu sampai air nya jadi merah..
Sebab bunga roselle tu ada hampir 60 biji. 
kiter masukkan gula sebanyak 1.5kg.
Bila dh empok angkat dan tos kan pastu blender lah bunga tu.
Air nya pulak simpan untuk di jadikan jus.

Ni bunga roselle yang dah pon dikisar. 
Sekarang ni nak masak atas api pulak.. 
Tambah sikit lagi gula ikut citarasa masing-masing okey ?

Alrite dah pon siap jem roselle...
Masak sampai pekat okey... Tak payah campor tepung jagung pon okey...


Air Roselle dah pon boleh minum..
Just tambah air dan ais batu saja ...
Yang rebus tadi tu lah masuk kan dalam botol simpan dalam peti ais.. 
Simple kan cara nak buat dia.. ^_^


Jem yang dah siap tu masukkan dalam botol yang comel macam ni okey ??
Ingat tau bahan2 dia adalah..

30 kuntum bunga roselle
1kg gula 
Air 2 liter..

Kalo lebih kuntum nya tu kawan-kawan leh tambah seniri pandai-pandai je lah yer...
Selamat mencuba ... ^_^

P.s : Tak dapat rasa lagi jem ni sebab roti tak beli lagi. hehhehee ^_^






GELAGAT TOTOI TIDOQ SEPANJANG HARI

Assalamualaikum ....
Anyeonghaseyo beautiful people..
Sejak Totoi balik ke umah, dia asyik tidoq ja. 
Kelmarin Sabtu dia tidoq sepanjang hari.. 
Siang dah tidoq dah malam pon dia tidoq lagi..
Macam dah telan pil tidoq dah pon ...


Masa ni aku baru ja balik dari keja.
Tengok dok sedap ja dia buat bentuk bulat macam bola.


Bila gerak dia sat dia pon mula lah tukaq posisi.
Totoi suka tidoq atas kusi malas ayah..
Sampai dok berebut-rebut dengan ayah.
Kadang-kadang ayah mengalah turun dok bawah dia pon sedap ja naik pi tidoq.


Ni dia bangun sat makan tengah hari..
Pastu mula la dok bersiap-siap macam nak pi keluaq..
Rupanya sambung tidoq lagi..

Tengok tu dia baru lepas belajaq tu ..
Dok merenung masa depan .. ^_^


Tengok dah pon tidoq balik.
Letih belajaq la tu.. pensil pon ada kat tangan lagi.
Hehehehe... ok bye ^_6

JAM GETAH JELLY

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people..
Hari ni nak tunjuk jam getah jelly yang baru ja sampai kat umah 
beberapa hari lepas ^_^
Jam ni memang sangat comel dan selesa di pakai ,,

Inilah dia jam getah jelly yang dimaksudkan ^_^
Comel kan.. kaler pink dan hijau muda..

Yang ni adik Su punya ..



Yang ni Liya punya .. comel kan ...

Apa pendapat hampa semua tentang jam ni ??
Jam ni actually adalah jam budak2 tapi orang dewasa pon boleh ja pakai.
Sebab kaler dia yang striking tu kan memang nampak sangat2 style..
Pastu ringan dan rasa macam pakai gelang ja..

Ok bye!!

MENGHILANGKAN RASA KAPUR , KELAT ATAU PAHIT DALAM MEE

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people...
Hari ni Liya nak kongsikan satu petua kepada kawan-kawan semua.
Petua tersebut adalah
PETUA MENGHILANGKAN RASA KAPUR DALAM MEE .
Mesti ada yang pernah mengalami situasi ni kan.
Bila masak mee , Mee rasa kelat walaupon cukup rasa.
Liya ada try search dekat google untuk tengok petua-petua
yang di berikan oleh blogger lain dan
adalah jumpa dua blog yang bagi tips yang sama iaitu
merendam mee tersebut ke dalam air dan di tabur dengan gula,
lepas tu baru tos kan dan masak..
Tapi Liya bukan nak bagi petua tu ^_^
Petua yang Liya nak bagi ni adalah petua lain yang di ambil dari resipi rahsia ayah.
Rahsia - rahsia pon tak da lah rahsia sangat kan ...
Okey kepada yang tak tau , rasa nya semua tak tau kot.
Ayah Liya dulu dia meniaga makanan goreng-goreng .
Kalo kat Perlis ni kalo sebut nama Wak Jalil Kotiau Kerang mesti orang kenai..
Tapi bukan kotiau kerang ja yang ayah pandai masak.
Mee, Bihun ,Nasik Goreng.. hailam tak hailam.
Semua ada lah .. ^_^ rindu plak nak makan masakan ayah..
Ayah kalo tak meniaga memang jangan mimpi lah dapat rasa ,
Hahahaaa,, Tapi lani ayah tak meniaga dah atas sebab-sebab tertentu.
Ok ... enough blabing jom kita straight to the point ok...

Cara nak menghilangkan rasa pahit @kapur tu kan..
Masa nak masak mee tu masukkan sup tulang ayam.
Selalu kalo nak masak mee mesti nak letak ayam kan ??
So tulang ayam tu buat lah sup.. pastu air sup tu lah masukkan time masak..
sure rasa pahit , kelat , kapur tu akan hilang.. ^_^
Senang kan ???? okey,... Selamat Mencuba yer kawan-kawan.
Bye !_!

CPUV 17

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beaitiful people..
Alhamdulillah , rezeki hari Jumaat...
Dapat lagi CPUV untuk kali yang ke 17..

 CPUV kali ni adalah dari Golden Screen Cinema (GSC)
Kali ni GSC mempromosikan filem yang bertajuk 
THOR the Dark World.
Filem ni memang tak asing lagi bagi mereka-mereka yang minat 
kepada filem bergenre action dan klasik macam ni...

So apa tunggu lagi Jom ramai-ramai pegi ke GSC 
dan tonton ceta ni... 3D pon ado...
Kalo beli GSC Combo 3 atau Large Signatire Combo 1 
boleh dapat Keychain Hammer dengan harga RM2 ja!

Once again thank you Nuffnang dan advertiser sebab bagi 
CPUV ni kepada Blog Lieya Von Jay ^_^
Byeee

ISO IS JUST AROUND THE CORNER

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people...
Bulan 11 as always adalah bulan ISO.
Seperti tahun - tahun sebelum nya , aku akan sibok menyediakan
dokumen-dokumen yang di perlukan untuk melayakkan 
syarikat kesayanganku mendapat pengiktirafan ISO .
Well actually memang dah dapat tapi rekod kena maintain setiap tahun.


Actually tahun ni adalah tahun ke 3 aku menguruskan ISO seorang diri...
Sama seperti tahun-tahun yang lain jugak..
Boleh di katakan sesenang macam makan kacang sebab dah pon
khatam dua buah file yang tebai ni..
Konon nya lah dah khatam hahaha. 
Padahal dekat nak sampai time ISO audit tu baru lah terkial-kial nak menyelak fail.
Bagus punya budak. 


Tahun lepas yang datang audit tu orang putih dan dia seorang yang sangat-sangat sporting..
Nak tau kisah kejayaan aku tahun lepas leh baca kat SINI .
Dan jugak kesengsaraan aku untuk mewujudkan benda yang tak
wujud pulak boleh baca kat SINI . 
Bila aku baca balik apa yang aku tulis tahun lepas pasal ISO ni
memang aku betol-betol agak sengsara nampak nya.
Aku sendiri pon tak sedaq. hehehe..
So untuk tahun ni tak tau lah apa yang akan terjadi.
Harap-harap dapat yang baik-baik aja mcm tahun lepas.
Lagipon tak dak benda sangat nak check sebab project dah habes kan ...
Okey .. apa-apa pon nanti Liya update lagi hokey?
Bye ^_^

P.s : +Sally Samsaiman  .. memang fail mesti warna biru ke ?? 

KONG KAD

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people ....
Geng-geng pejabat kami akan start guna Kong Kad. 
Ini pon gara-gara komputer yang di linkkan ke pintu masuk tu rosak.
so memang tak leh nak baca time in and out kami la.
Bos la tak mau nak perbaiki awal-awal komputer tu.
Bila dah rosak teruk macam ni mau tak mau 
kena lah perbaiki jugak ^_^


Jadi dengan ada nya kongkad ni macam tak leh dah ja nak mai keja lewat.
Tapi lani memang selalu awai dah..
Kalo tidak pukoi 9 pagi baru nampak muka.. 
Bertuah punya pekerja kan..
Ok bye!

TOTOI DAH KEMBALI

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people.. ^_^
Ingat dak hari Rabu lepas Liya ada tulis yang Kekasih hati 
yang comel lote tu tak balik umah kan? 
Tak baca lagi ? Boleh baca kat SINI ...
Petang Khamis iaitu kelmarin , sampai ja kat umah,
adik aku habaq Totoi dah balikk.. yay!!!!
Terimakasih ya Allah.. Puas aku berdoa supaya Allah permudahkan
Totoi untuk jumpa jalan balik ke umah... 

Wajib amek gambaq dengan Totoi sempena kepulangan nya hehe.
Tengok lah Totoi dah pon jadi kuruih muka pon panjang ja..

Jamu Totoi makan nasik lagi walaupon dah berkali dia makan..
Agak nya sepanjang perjalanan dia mencari awek tu dia memang tak cukup makan.. 
Kalau la dia boleh bercakap memang dah tanya kat 
dia ke mana dia pergi hehehee...


Totoi wat muka gangster dh lani .. hehe.. 
Tak tau la dia jumpa ka dak cinta hati dia tu...
Harap-harap lepas ni dia tak pi berjalan jauh-jauh dan buat kakak-kakak 
dia rindu.. Sejak balik umah ni keja dok mintak makan ja...
I so so happy !_!  
Terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang sudi mendoakan 
Totoi kembali ke rumah ... ^_^
Bye !


HADIAH GA DARI LIZA IZARA

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people.. ^_^
Liya menang GA by Liza Izara tempoh hari.
So sekarang ni Liya nak kongsikan hadiah yang Liya dapat... 
Sebenarnya hadiah ni sampai kat umah pada Hari Selasa tapi
sebab tak sempat nak update disamping internet kat
umah yang sangat down beberapa malam lepas so memang tak sempat lah..


Mesti kawan-kawan tak sabaq nak tau hadiah yang Liya dapat kan..
Hehehehhee.. Sebenaq nya Liya memang tak sangka akan dapat hadiah ni.
Masuk pon sebab Liza invite dan memang tak berharap pon akan menang.
Tapi alhamdulillah dah rezeki kan ... So menang lah...
Okey nak tunjuk hadiah yang comel tu yang Liya pakai kelmarin ^_^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Surpriseee!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tada !!!!

Cantik dak tudung kami ??? heehhehe
TQ so so much  to Liza Izara..
Kak Liya suka sangat hadiah ni.
Next time buat GA lagi okey .. heheheee...


CREAMY CARBONARA + BOLOGNESE SPAGETTI

Assalamualaikum.....
Anyeonghaseyo beautiful people....
Pagi tadi punya menu ni untuk sarapan pagi..
Actually spagetti ni adik aku Zahirah yang buat untuk bawak pi pejabat dia.
So aku cilok la sikit untuk bawak makan sarapan pagi..


Letak kuah carbonara sebelah , bolognese sebelah...
Kenyang sampai ke tengah hari,,, 
Sebenaq nya aku tak minat sangat makan spagetti.
Sebab nya adik-adik aku yang dua orang tu (zahirah & Anis)
suka sangat buat spagetti so aku memang sampai tahap menyampah
dan ada time bila depa buat aku memang tak jamah langsung..
Antara carbaonara dengan bolognese aku lagi suka carbonara.
1st time makan kat pizza hut.. sedap sangat .

P.s : Hampa suka spagetti apa ???

I WONT CRY FOR U